Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat yang hebat?
Sifu bisnis Abang kata cara fikir orang biasa memang akan sentiasa tiru apa sahaja orang luar biasa buat, contohnya
- Sifu FB ads buat kelas FB ads dia pergi belajar dan buat juga kelas FB ads walaupun jualan dari FB ads dia suam-suam kuku
- Sifu Google adwords buka kelas Google Adwords dia pergi belajar dan buka juga kelas Google Adwords
- Sekarang ternampak banyak pulak yang mengajar pelaburan saham bila tengok kelas sifu Hj Mohd Asri & bos Yusnizam Yusoff pecah panggung. Nak tahu cara buat duit dengan saham baca sini Teknik buat duit saham.
Sifu bisnis Abang kata selalunya orang yang luar biasa akan memulakan trend tapi tidak ramai yang kreatif, inovasi dan sanggup perah otak memikirkan idea baru. Bila orang mula tiru apa yang kita buat jangan marah-marah kerana ini bermakna kita sudah berjaya dan tiba masa untuk bergerak mencipta trend baru.
Sifu bisnis Abang kata cara fikir usahawan luar biasa seperti Bill Gates, Steve Jobs, Micheal Dell, Jeff Benzos dan Mark Zuckerberg tak sama dengan cara fikir usahawan biasa kerana itu mereka telah mengacau sistem dunia sehingga mengubah budaya kehidupan kita.
Begitu juga cara fikir kita semua sebagai usahawan. Cara fikir kita akan menentukan berapa besar bisnis yang bakal kita buat. Kita tidak akan mampu ubah cara fikir bisnis orang lain walaupun ahli keluarga kita sendiri apatah lagi kekawan.
Dan jangan cuba ubah cara fikir mereka kerana kesannya sangat negatif kerana mereka akan berusaha mempertahankan cara fikir mereka. Yang boleh ubah hanya ALLAH dan kerja kita sebagai manusia hanya kongsi peluang dan ilmu perniagaan kepada mereka.
Adakah kita termasuk dalam golongan Orang Luar Biasa atau Orang Biasa-biasa je?
Abang sentiasa berfikir untuk jadi luar biasa, masih cari formula mencari Rahsia Rezeki.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
seminarduitdigital.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
96 Comments
Orang luar biasa tak semestinya orang pertama dalam sesuatu niche
.
Tapi, yang paling relevan tetap akan bertahan lama
.
Contoh masa fb datang dah ada friendster dan myspace.
.
Tapi sebab fb lebih menepati selera dan sentiasa berinovasi. Sampai sekarang orang pakai
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Mengandung Bijak 2017
Orang putih kata, last man standing yang akan bertahan sehingga menang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Insentif Ace Untuk Uber Driver Capai Pendapatan Konsisten
Orang luar biasa tak semestinya orang pertama dalam sesuatu niche
.
Tapi, yang paling relevan tetap akan bertahan lama
.
Contoh masa fb datang dah ada friendster dan myspace.
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Mengandung Bijak 2017
Ada orang yang drop out dari kolej jauh lebih berjaya dari orang yang ada PhD.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Buat RM11 Ribu Dengan FB Ads
ringkas saja tulisan abang DH kali ini tapi menusuk ke hati.. saya tak tiru sapa2, tapi saya duplikasi org2 yg dah berjaya, bezakan abang DH?
Curahan rasa mus @ ..Bisnes Toneexcel Mudah
Tiru jalan orang yang dah berjaya lagi mudah, tapi nak jadi macam mereka belum tentu menjadi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
setuju juga mcm tu, mcm produk cabut bulu kaki tu…pergh jutawan skrg kan
mcm x percaya je
Curahan rasa seri nian @ ..Kenapa Ramai Suka Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee
Mungkin boleh buat produk baru, cabut bulu hidung atau bulu ketiak sebagai inovasi terkini.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nilai Hartanah Bakal Menyusut Lagi
ada juga yang kata, cara cepat untuk berjaya adalah tiru orang yang sudah berjaya.
nak tiru tu kene ada mentor, kalo x asyik try error je plak
Curahan rasa seri @ ..Kenapa Ramai Suka Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee
Kalau ada mentor, beliau boleh bagitau apa perkara yang perlu dielakkan atau asyik langgar dinding je.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Untuk Lebih Masa Dengan Famili
Comments are closed.