Assalamualaikum dan salam 1Dunia, CANTIK siapa yang tak suka cantik. Blog pun nak kena cantik inikan manusia terutama perempuan. Setiap hari masyarakat didedahkan dengan berita kecantikan samada di surat khabar dan majalah yang terpampang di kedai buku, kedai mamak, 7Eleven dan sebagainya. Watak perempuan cantik akan menjadi bahan promosi yang paling panas dengan diselitkan usur seksi untuk menambah asam garam keenakannya.
Fenomena wanita cantik menjadi suatu industri besar bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Perempuan yang merasai dirinya kurang cantik akan merasa rendah diri dan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menjadi cantik termasuklah secara mistik, menggunakan susuk emas dan mandi bunga. Keghairahan perempuan menjadi caantik ada juga rahmatnya apabila melahirkan ramai jutawan Perempuan Melayu seperti Arwah Datuk Sosilawati.
Yang sedihnya tu ada pulak yang mengambil kesempatan daripada keghairahan perempuan untuk menjadi cantik. Terbukti apabila Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan terdapat 6 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Dexamethasone, Hydroquinone dan Tretinoin yang boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Keenam-enam produk tersebut ialah Losyen BML HB, Krim Malam Shana, Krim Herba Natasya Gold, Krim Hydro Pemutih Biotox, Krim Pemutih Yoko dan Krim Rawatan Malam Sue Beauty.
Cantik yang dikejar akhirnya merana yang dapat kerana itu kecantikan pemberian Allah SWT itu paling sempurna dan tak perlu diubah-ubah lagi. Mungkin ramai perempuan merasai apabila mereka cantik tanda bahagia, gembira dan sempurna … apakah betul itu yang dirasai sila kongsikan perasaan anda wahai kaum hawa. Masyarakat pun patut disalahkan kerana sering menyisih perempuan yang kurang cantik katanya.
100 Comments
salam buat semua…. 🙂
isk3.. tak sangka.. Mungkin bahan kimia tu tak diketahui kesannya shingga kajian dijalankan semula
Curahan rasa muhsin aminudin @ ..video parody perkahwinan diraja England dari T-mobile
Banyak kesan bahan kimia yg telah terbukti cari je kat google banyak result akan keluar.
Merkuri yang paling banyak terkandung dalam bahan kosmetik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto dan Video Konser Justin Bieber di Indonesia
Assalam..
Zaman belajar dulu mmg tak pandai guna semua2 ni, biarkan je muka dgn panas terik mentari tp bila dah kahwin ni, baru nak menjaga wajah itu pun sebab tgk seorang rakan sekerja dulu2 (lelaki) menjaga wajah melebihi dari seorang perempuan. Dari situ terdetik di hati, “Dia lelaki tau sayangkan wajah dan jaga kecantikan dan kebersihan, tp aku ni sebagai perempuan langsung tak ambil kisah”
Tp bukan la sampai nk bermekap2 mcm tu, sekadar cuci muka, pakai bedak..itu pun kdg2 malas…nampak kering je muka ni..
Curahan rasa iza @ ..Kembali Bertugas
jom join blog saye http://www.mizbeauty.blogspot.com
saya de jual makjun tradisional punye, pil tunjuk langit, kacip fatimah.
dari dulu, ayah tak pernah bagi pakai kosmetik pelik2. dari kecik, dia dah pesan. mekap pn jangan. saya mengenal apa itu compact powder hanya selepas spm. lain lah bdk2 sekolah skrg. tgk muda2 dah mcm2 mekap da. hahaha. then pencuci muka tak pernah lagi pakai pelik2. dr zaman sekolah menengah pakai sabun oat sampai skrg. itu untuk sabun badan. pencuci muka al-aisyah. itu je yg sesuai untuk remaja. mekap banyak2 pun tak perlu. kalau nak mekap pn cukup hanya bedak dan lip gloss. tak perlu kot eyeshadow, mascara apa semua tu. buat susah je. banyak bahan kimia di muka buat apa? penuh minyak nanti. kekekeke
same la, lepas SPM dah masuk IPT baru kenal compact powder. skrg pun pakai biasa2 je…xde la mekap sgt asalkan xnmpk pucat. Pernah jugak pg kls mekap, hasilnya mmg le cntik tp mcm pkai topeng je rasa.
Curahan rasa munna @ ..Email 1Malaysia – dimana relevannya
Ada yang suka wanita ber make up tebal ni tapi lebih ramai suka yg sederhana tak keterlaluan.
Aku juga suka yang sederhana dan natural.
Make Up yang natural tanpa adanya kamuflase dan kepalsuan.
No object is so beautiful that, under certain conditions, it will not look ugly. It is better to be beautiful than to be good. But… it is better to be good than to be ugly. :))
Zaman sekarang ni rasanya ramai yang cantik cantik, aku pernah terbaca (dan kita boleh lihat sendiri), budak budak zaman sekarang memang cantik atau lebih popular lagi, memang cute cute kalau nak dibandingkan dengan kita kita yang dari zaman dulu dulu ni. Katanya, sebab sekarang ni umat akhir zaman, ramai yang sudah tak dapat nak dibezakan, Melayu nampak macam Cina, Cina nampak macam Melayu. Cute lah konon nya. Tapi kita tak sedar rupa melambangkan bangsa, apa salahnya kalau hidung besar dari orang lain sikit pun, itu menandakan anda tu lain dari orang lain, bukan sampai tahap cacat pun, itu semua kehendak Allah s.w.t (bagi orang Islam). Sayang lah diri anda, luar dan dalam, baru lah orang lain boleh ikut sayang – itu semua tandanya anda hargai dan sayang ciptaan Allah s.w.t. Peace no war. 🙂
Curahan rasa Muhammad Hafizi @ ..PERIHAL NAMA
cantik dalam hati lg penting kan? 🙂
bukan nak kata la, tapi org yahudi pon bangga dgn hidung bsr diorang. masyarakat dilaknat tu pon reti bersyukur gak.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Penthouse Mewah Di Kota Maksiat
apa salahhnya hdung bsar pn kan. semua tu aset2 unik pada diri hehhe
Nama krim2 di atas memang ana da aware lame..rasanya memg da lama msuk senarai blacklist, coz mengandungi hydriquino..so gurl pls be aware ya..
Curahan rasa Ana Admi @ ..TIRED
nk cepat cantik..barang pon nk beli yg murah2… huhuhu
Curahan rasa shah @ ..6 produk kosmetik dikesan mengandungi racun
nak cantik tapi xnak kluar duit sng je. buat ibadat byk2, nnt wajah tu berseri la. kan? hehe
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Rekaan Rumah Yang Selamat Daripada Pencuri
ambil wuduk.. atau masa cuci muka tu, selawat.. insyaallah ok. 🙂
herbalife punya produk kecantikan dipanggil outer nutrition ™ no drugs =)
Curahan rasa joegrimjow @ ..Pemenang Contest Nak Kurus Ingat Joegrimjow!
amboi joe. hahahah ada duet nnt aku beli herbalife kau ye haha
herbalife ni sponsor team barcelona, kan? hehe
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Dapur Moden Di Kediaman Mewah Di Las Vegas
joe team world herbalife. org kuat ni kekekek
untuk mencapai kecantikan sejati (inner beauty) seorang wanita haruslah memenuhi tiga syarat: menunaikan shalat, mengerjakan puasa, dan beribadah dalam arti penghambaan dan penyerahan diri kepada Allah secara mutlak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..RA KARTINI Antara Mitos dan Fakta
syukur dah dengan apa yang Allah dah beri ni. sempurna fizikan pun dah mencukupi. memang nak gak cantik macam org sana, org sini tapi berpadalah.yang penting kecantikan hati.
Curahan rasa lizz @ ..Dramatic New Video of Japan Tsunami
hati yg cantik pasti akan terpancar secara luarannya di muka seseorang tu 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Penthouse Mewah Di Kota Maksiat
kita cantik apa liza?
Di Indonesia juga pernah ditarik 70 produk kecantikan yang mengandung zat berbahaya seperti Merkuri, Hidrokinon, Asam Retinoat, zat warna Merah K.3 (C1 15585), Merah K.10 (Rhhodamin B) dan Jingga K.1 (C1 12075).
Curahan rasa Bang Iwan @ ..RA KARTINI Antara Mitos dan Fakta
kandungan zat warna Merah K.3 dan K.10 sangat berbahaya untuk kulit. “Bisa menyebabkan kanker kulit karena merupakan zat warna sisntetis yang biasanya digunakan untuk pewarna kertas
Curahan rasa Bang Iwan @ ..RA KARTINI Antara Mitos dan Fakta
di Malaysia, pengemaskiniannya masih di tahap rendah. kalau dipergiatkan lagi usaha mencari bahan2 terlarang dalam produk kecantikan, pasti jumlahnya meningkat lagi.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Penthouse Mewah Di Kota Maksiat
Percaya tak kalau aku kata majoriti produk dari sumber kilang yang sama cuma tukar jenama sahaja.
percaya! it’s all about branding. ntah2 hasil kandungan tu sebijik je setiap jenama tu. mcm jual beras. kampit je lain2. beras mcm tu gk
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Penthouse Mewah Di Kota Maksiat
setuju! ada juga dgr2 mcm tu
terlebih cantik sampai sanggup ubah wajah sendiri, itu lagi haru biru.
yg tu dah mcm anu dalam botol dah tu. hehe
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Penthouse Mewah Di Kota Maksiat
itu sangat banyak. kadang2 tgk mcm perfect je lepas potong sana sini. sampai ada sanggup bedah bahu bg cantik. fuhhh
Tu kata orang nak cantik biarlah berpada2 jangan merosakkan diri sendiri dan mengubah ciptaan-Nya..
contoh terdekat BOTOX kann kann!
PojiePooh; Hanya Satu…
Curahan rasa Pojiepooh Abdullah @ ..Makyong Raja Bongsu Sakti
Comments are closed.