Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang memberi pendapat yang bernas dalam entri “Blogger Trafik Hunter“. Ramai sebenarnya pening Siapa Blogger Trafik Hunter ni. Aku banyak membaca Blog Senior yang banyak memberi teguran kepada Blogger Trafik Hunter ni tapi bukan kepada semua tetapi teguran ini khas pada sekumpulan Blogger Trafik Hunter.
Komen dari Blogger Piratz adalah antara maksud sebenar Siapa Blogger Trafik Hunter yang disebuat oleh kebanyakan teguran yang dibuat oleh Blogger Senior ni :
Sejujurnya aku antara blogger yang menyifatkan sesetengah blogger itu traffic hunter. Bagi aku kenyataan diatas ada kebenarannya. Tetapi apa yang aku nak cakapkan blogger yang denaihati terangkan diatas sebagai blogger sepenuh masa tue kurang tepat. tak banyak blogger di malaysia yang berkerja sebagai blogger.. kebanyakkannya semua masih lagi belajar yang mempunyai banyak masa terluang….
blogger trafik hunter yang dimaksudkan adalah seperti dibawah.
1. menghantar kemaskini entri keatas semua page, group, dan profile blogger/kumpulan/personal yang popular. kerana, orang tersebut mempunyai ramai kawan dan pengikut. yang menerima akibatnya adalah mereka yang ‘like’, ‘join’, dan juga rakan2 personal tersebut.
2. menghantar entri yang sama berulang-ulang kali setiap hari.. boleh dikatakan, entri yang sama dihantar sebanyak 3-4 kali ke page, group, dan profile di facebook. keburukkannya, group, page, dan profile tersebut akan kehilangan kawan/ahli.
3. melakukan tajuk entri yang berunsur lucah tetapi kandungan didalam entri tiada kena mengena dengan tajuk. Tajuk lucah digunakan bagi menarik minat orang untuk baca. Setiap orang tak kira jantina pasti ada perasaan ingin tahu. Apa yang aku nak tegur mengenai point ini, bagaimana earning yang diterima jika mereka melakukan pernipuan. memang dosa pahala, halal haram itu kerja Allah. Tapi kita boleh tahu mana yang baik dan yang buruk..
4. menyertai perbagai tribe di triberr… jadi kesan buruknya timeline twitter akan dipenuhi entri yang sama setiap masa.. dan kadang-kadang berhari2. mungkin itu strategi bagus. tapi bagaimana pula dengan blogger yang hanya mengemas kini 4-5 entri seminggu jika dibandingkan blogger yang 4-5 entri sehari? tidak adil mungkin…
Mungkin ramai daripada Blogger Trafik Hunter ini adalah Blogger baru yang berusaha untuk menjadi Blogger Sepenuh Masa. Suatu ketika dahulu aku pun adalah seorang Blogger Baru yang ada melakukan antara 4 kesilapan yang diterangkan oleh Blogger Piratz. Aku banyak belajar daripada kesilapan dan menerima teguran daripada Blogger Senior melalui penulisan dan teguran terus melalui email yang dikirimkan kepada aku. Semua itu sebahagian daripada pengalaman untuk menuju kejayaan. Hidupkan mesti berani gagal.
Semuga Rakan Blogger mengambil pengajaran daripada teguran Blogger Senior dan kepada Rakan Blogger yang lain berilah peluang Blogger Baru untuk memperbaiki kesilapan. Pasti setiap Blogger ada membuat kesilapan sebelum sampai ketahap sekarang. Teguran tu janganlah terlalu ganas sangat sebab Blogger Melayu sensitifnya tinggi kalau dah merajuk sunyi pulak nanti Dunia Blog Melayu ni.
Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca Bagaimana Membina Identiti di Dunia Blog dengan hanya Berkomen nukilan BloggerAzman Ishak sebagai panduan.
114 Comments
teruk jgk cr traffik dgn cara mcm ni.
Curahan rasa manmala @ ..Skrol Laut Mati berusia 2,000 tahun
Nombor 2 tu setuju sangat.. ramai jer blogger ping entri blog dekat kat wall facebook masing.. Memang bukan hal kita pun kalau dorang ni post kat wall dorang tapi kadang2 keluar juga kat wall setiap kali bukak facebook tu.. tu yang tak best sangat, penuh jer dengan ping entri..
Curahan rasa Steward John @ ..Appreciation from a blogger friend
sori bro aku dah keluar tribe, ada yang kaki update sehari banyak kali, semak timeline walaupun dah set kan masa dia jarak2..bukak tribe sendri dengna kawan2 sekolah…huhu
Curahan rasa Kamil ace @ ..Dua Buku Satu Hari
so far Sya masih belum buat lagi seperti yang disebutkan.
Curahan rasa Sya Isya @ ..SYAISYA.COM DAPAT SITELINK GOOGLE
sikit sebanyak terkena juga kat diri sendiri satu ketika dulu. harap dapat jadi pengajaran semua
hehehehe
Curahan rasa hafizal @ ..Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger
rasa2nya macam peernah aku buat jugak…tapi aku dah insaf sebab ada kawan2 bloggers nasihatkan
Curahan rasa hafizal @ ..Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger
erm betul tu….
Aku tak rasa point ke 5 tu salah. Sebab kat triberr kita boleh set masa untuk kita tweet latest entry orang lain. Lagipun bagi aku, bukannya every second kita tweet entri, dalam 1 jam sekali apa salahnya tweet entri rakan. Timeline twitter kan laju. Bukan macam facebook feed.
Curahan rasa Hisyam @ ..#SteveJobs Letak Jawatan
emmm , nak tanya , kalau kita tak ping di group2 Facebook , macam mana ? takkan nak blogwalking je ?
Curahan rasa Mohd Zakwan @ ..Dapatkan Duit Raya Secara Online
Bukan tak boleh ping kat Facebook tapi jangan banjirkan entri yang sama dalam satu masa. Ping secara berhemah yang terbaik selangkan masa mungkin setiap 1 jam.
Dulu memang pernah ping dekat FB.. tapi dah naik malas sebab wall tu penuh dengan Entry
Curahan rasa Steward John @ ..Blogger nak sponsor Perodua Myvi Extreme?
Dah buka rahsia trafik yang sebenar…. cara “ilmu hitam”
urmmm, tersangat setuju…kejar traffic hingga 2,3kali post entry same kat wall page,group mmg melampau…
Curahan rasa tzmlt @ ..Juliana Evans Warning Zizan
isu ni macam tak pernah habis je. zzzz
Curahan rasa amoi @ ..Wordless Wednesday #15: Gunshot.
setuju ckp Blogger Piratz …blogger bru mcm aku..selalu sngt lakukan kesilapan bila berblogging…so..dgn adanya blogger2 otai..dpt la mereka memberi tunjuk ajar kps blogger yg bru mcm aku ni..
Curahan rasa Zul’s Stuff @ ..Dragon Ball Astro Ceria Malay Version MKV **Added Episode 54**
Tak salah cari trafik, tapi biarlah menggunakan cara yang betul, baru orang respek..
Comments are closed.