Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dengan izin Allah kali pertama dipertemukan Allah SWT aku dengan insan hebat Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki di majlis bersama pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur, Muar yang diadakan di Masjid Kesang Laut. Penuh masjid melempah ruah jemaah dari seluruh kampung bukan sahaja pelajar madrasah hingga ke jalan meraikan kedatang Sheikh Abdul Karim.

Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki

Pertemuan kali pertama di Madrasah An Nuur menjadi permulaan sebuah persahabatan dan kami bertemu sekali lagi ketika mengiringi Ustaz Azhar Idrus menghadiri majlis Maulidur Rasul di Masjid Sultan Singapore.

Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki dilahirkan pada 29 Mac 1979 di Kota Suci Makkah Al-Mukaramah, Arab Saudi. Sheikh dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan Al Quran di Masjid Al-Haram dan boleh meniru lebih 15 suara pembaca AL Quran yang hebat-hebat termasuk Sheik Masyaari Al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy. Berketurunan kacukan Melayu dan Thailand dan boleh bertutur dalam bahasa Melay dengan baik walaupun lama menetap di Mekah.

Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki

Sheikh Abdul Karim mula belajar dan mendalam talaqqi dan hafiz Al-Quran bermula pada usia 8 tahun di Masjid Al_Haram. Kemudian menyambung pelajaran di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif, Arab Saudi dan melanjutakan pelajaran di Maahad Darul Maarif, Thailand dan Maahad Ali Li Al-Dirasat Al-Islamiyyah Wal-Arabiayyah (MADIWA) Perak. Menamatkan pendidikan Syariat Islam dari Universiti Al Azhar dan mendapat biasiswa jurusan Tafsir dan Hadis di Universiti King Saud, Arad Saudi.

Sekarang Sheikh Abdul Karim bertugas sebagai Imam di Masjid Negeri Sultan Salahudin, Shah Alam disamping menjadi jemputan di rancangan di TV9 dan TV Hijrah. Beliau juga antara muazim yang azan di TV9 dan TV Hijrah. Boleh dapatkan CD bacaan ayat Al Quran Sheikh Abdul Karim di kedai-kedai yang menjual CD agama.

Joom kita saksikan video biodata Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki.


Spread the love

49 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!