Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah semalam telah berlangsung majlis pengumuman Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 bersama rakan blogger, penaja dan rakan media. Sejak 2012, pihak Denaihati Network telah mengadakan majlis Sepetang Bersama Blogger ini untuk memberi ruang kepada rakan-rakan blogger bersua muka dan berinteraksi antara satu dan lain.
Pada tahun ini, ada kelainan yang dibawakan untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Jika tiga tahun sebelum ini, semua majlis diadakan di dalam dewan, pada tahun ini, acara di luar dewan akan diadakan. Ini dilakukan untuk memberi kelainan dan berdasarkan maklum balas daripada rakan-rakan blogger yang mahukan aktiviti yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara satu dan lain.
Sekiranya anda masih belum pernah menyertai majlis SBB, ini adalah peluang untuk anda menambah jaringan atau mengukuhkan jaringan sedia ada. Usah tunggu untuk acara rasmi semasa majlis SBBYEOS2015 untuk berkenalan. Gunakan peluang berkumpul di satu tempat untuk saling kenal-mengenali.
Penaja Sepetang Bersama Blogger 2015
Syukur alhamdulillah, pada tahun ini, pihak Yeo’s Malaysia sekali lagi ingin bekerjasama dengan Denaihati Network untuk penganjuran aktiviti ini. Pada tahun lepas juga, pihak Yeo’s Malaysia buat pertama kalinya telah bersetuju menjadi penaja utama untuk SBB2014.
Yeo’s Malaysia bermula pada tahun lepas, telah bergerak aktif dalam Social Media dan sangat gembira apabila boleh bekerjasama dengan rakan-rakan blogger sekalian. Penglibatan para blogger secara aktif di alam maya ini, membuatkan Yeo’s Malaysia juga mengambil langkah proaktif untuk bersama-sama dalam social media.
Selain itu, pada tahun ini juga, pihak kafe The Sumbs telah bersetuju menjadi penaja bersama untuk majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Kafe The Sumbs menggunakan tagline ForFoodieByFoodie menawarkan pelbagai hidangan menarik dengan harga yang berpatutan. Kafe mereka terletak di seksyen 13, Shah Alam.
Pada majlis #SBBYEOS2015 ini, pihak The Photolicious telah bersetuju untuk menjadi jurugambar dan juruvideo rasmi sepanjang majlis berlangsung. The Photolicious merupakan syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan proses mengambil gambar dan video untuk pelbagai acara. Sekiranya anda sedang mencari jurugambar atau juruvideo, The Photolicious seharusnya menjadi pilihan anda.
Selain itu, pihak eQurban Resources Sdn Bhd dan Jam Tawaf Magnetik Denaihati telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama dalam majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Terdapat sejumlah rakan-rakan blogger yang telah bersetuju untuk menjadi rakan strategik untuk majlis pada kali ini, senarai akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Bila dan di mana?
Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di
- Tempat : Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya
- Tarikh : 13 Jun 2015
- Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
- Bayaran : RM30 seorang
- Penyertaan terbuka kepada semua yang ingin hadir
- Daftar di http://sbb.my/pendaftaran
Majlis pada tahun ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi melibatkan acara Blogger Treasure Hunt manakala pada sebelah petang sesi Blogger Sharing akan diadakan. InsyaALLAH kedua-dua sesi ini akan diselitkan pengisian bermanfaat.
Hadiah dan cabutan bertuah
Acara Blogger Treasure Hunt pada tahun ini menawarkan hadiah berjumlah RM5000 tunai dan juga hamper. Selain itu, terdapat juga hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti iPhone 6, Samsung Note Edge, dan beberapa lagi hadiah lain yang akan boleh dimenanangi.
Tambah menarik, pihak Yeo’s Malaysia akan mengadakan kontes menjelang SBBYEOS2015 ini yang menawarkan hadiah 3 unit GoPro Hero 4 untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman rasmi mengenai kontes ini.
Tempat adalah terhad, pastikan anda daftarkan diri secepat mungkin. Pengalaman tahun lepas, ramai yang berduka cita apabila pendaftaran ditutup disebabkan kuota telah penuh.
233 Comments
mantap postingan nyaa.. sukses slalu yaa.. thx atas informasinya,,,, semoga bos sukses skaluuu.. keep posting terus yaa..
Curahan rasa bookie8.com @ ..Jadwal bola copa amerika 2015 di Chili
luar biasa, membaca denai hati dari satu halaman ke halaman lain semain membuatku semangat berbagi, khususnya lewat blog. senang sekali jika bisa ikut komunitasnya, bagaimana caranya yaa. saya di Bandung. terima kasih
Curahan rasa Kaos Distro 3Second Bandung @ ..Mengenal kaos distro 3 second lebih dekat
wuaa…tak dapat join SBB ni pasal ada kenduri tahlil pada tarikh yang sama…kalau ada lagi mesti kene join
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Tips to Sell Broken Smartphones
hadiah untuk cabutan bertuah memang terbaik,,untung sungguh siapa yang dapat nanti..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Paling Ampuh Atasi GST
salut sama website deniahati ini, terus konsistent. terakhir saya ke website denia sekitar tahun 2012, websitenya kini tambah keren!
Curahan rasa Clicky @ ..Pengobatan tradisional kanker payudara
nampaknya ramai yang akan pergi.
nampak macam lebih menarik berbanding tahun-tahun lepas.
lebih santai dan pastinya leh tampung lebih ramai yang ingin datang berbanding tahun-tahun lepas.
Curahan rasa apdm1 @ ..APDM – Aplikasi Pangkalan Data Murid
insya allah, akan pergi nanti.. mmg terbaik la event team denaihati buat ini.. satu medan untuk blogger lain bertemu muka
Curahan rasa haridah @ ..14 Persiapan Fizikal Sebelum Bersalin, Panduan Ibu Hamil
Saya daftar untuk 2 orang, yakni bersama anak. Semoga pada 13 Jun ini, Insya Allah akan pergi ke SBBYEOS2015 nanti di Taman Cabaran Princent 5 Putrajaya. Tempat yang menarik untuk aktiviti event.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
terbaik la bro. nanti jumpa tegur tegur la ya. saya ni selalu leka kalau main handset hehe
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
Maknanya SBBYEOS2015 akan dibuat di Taman Cabaran, Precint 5 Putrajaya. Pasti tempat itu luas dan sesuai untuk aktiviti sukan. semoga ia tempat terbaik untuk blogger-blogger berkumpul dan kenal-mengenali antara satu sama lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Oh lupa pula nak tulis SBBYEOS2015, asyik tulis SBB2015. Ini sedah tentu ia ditaja oleh Yeo’s Malaysia, yakni penaja utama untuk “Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s Malaysia 2015”.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Pada tahun lepas memang menarik sekali, pastinya tahun ini lebih menarik lagi dengan aktiviti di luar dewan. Ia macam aktiviti kesukanan untuk keluarga pula, bila membaca team-team Denaihati bercerita aktiviti yang akan diadakan nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Tahun lepas saya tinggal di Kota Bharu tetapi tetap pergi juga ke SBB 2014 dan sekarang dah tinggal di Kuala Lumpur, lagi senang nak ke SBB 2015 ini. Peluang ini akan saya pastikan akan hadir setiap tahun.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Memang semangat ni. Maklumlah event setahun sekali, memang rugi kalau tak hadir.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
Hadiah cabutan bertuah pun memang menarik dan pasti akan menarik lebih ramai penyertaan. Mana-mana yang belum berdaftar, cepat-cepatlah mendaftarkan diri ke SBB 2015 tahun ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Hadiah cabutan bertuah memang menarik. Tak dapat yang utama, yang sampingan bun biasa buat diri tersenyum 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..7 Sebab Badan Mudah Letih Di Bulan Ramadhan
Semoga tahun ini SBB 2015 akan lebih ramai penyertaan dan antara yang terbaik SBB yang telah diadakan sebelum ini. Mana-mana blogger yang sudah pergi sebelum ini, pasti akan sentiasa dikenang selamanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Comments are closed.