Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah sekali lagi pihak Denaihati Network akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk tahun yang ketiga. Cepat betul masa berlalu, diam tak diam, sudah masuk tahun ketiga kita menganjurkan majlis yang dapat merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca.

Tahun 2014 membuka lembaran baru yang ceria dengan persetujuan syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network. Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2014 kali dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014 #SBBYEOS2014.

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad penaja utama SBBYEOS2014
Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad penaja utama SBBYEOS2014

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan AmpangLokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. Atas pemintaan ramai penganjur akan membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain (menunggu maklumbalas) yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.

saloma bistro jalan ampang
Saloma Bistro sedia menanti Rakan Blogger untuk SBBYEOS2014

Seperti biasa hadiah cabutan bertuah menjadi tarikan utama untuk dimenangi oleh para peserta SBBYEOS2014 yang bertuah. Barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini. Yuran pendaftaran sebanyak RM20 dikenakan kepada semua peserta. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak (ada cendol dan kambing golek) dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Memang rugi sangat kalau tak join.

yeos-minicontest-728x90

Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad siapa cepat dialah yang dapat. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan jenama anda kepada dunia.

Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.

1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.

  • Minggu pertama : RM100 x 3
  • Minggu ke dua : RM80 x 5
  • Minggu ke tiga : RM50 x 5
  • Minggu ke empat : RM20 x5

2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=c81e728d9d4c2f636f067f89cc14862c

3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.

Jangan berlengah lagi, mari kita daftar sebagai peserta dan menempah tapak jualan sekarang di halaman rasmi Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 atau klik banner di bawah.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Pihak penganjur sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor SBB2014 doakan semuga berjaya. Kepada individu dan syarikat jangan lepaskan peluang untuk menjadi co-sponsor SBB2014 kerana produk anda akan mendapat pendedahan besar-besaran. Kepada yang berminat untuk mengetahui kelebihan menjadi co-sponsor sila rujuk Pakej Penaja.

Semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan majlis ini memberi manafaat kepada semua. Sebarang pertanyaan sila kirimkan pesanan di Facebook Denaihati Network.


Spread the love

186 Comments

  1. dah daftar…walaupun dah ada plan ke tempat lain pada tarikh yg sama…tetap daftarkan diri dulu..takut apayg dirancang tak jadi..kalau tak jadi..InsyaALLAH akan hadirkan diri
    Curahan rasa ema @ ..Mandi di LA Hot SpringMy Profile

    1. yang terdekat
      1. Concorde Hotel.
      2. Renaissance Kuala Lumpur Hotel.
      3. Option lain.. boleh menginap kat hotel area kl sentral dan naik monorail ke bukit nenas. dari RM120~. bolehlah masuk website hotel rasmi utk detailnya….
      Curahan rasa Denaihati @ ..Harga sebenar iklan di blogMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!