Sepetang Bersama Blogger 2013 Terima Kasih Semua #SBB2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penat menganjurkan #SBB2013 terasa hilang apabila melihat Dewan Hotel Singgahsana penuh dengan Rakan Blogger, Penaja, Aktivis Sosial Media, Media dan Tetamu Jemputan.

SBB2013

Lebih gembira apabila melihat Blogger demi Blogger naik ke pentas memeriahkan majlis dan ramai Rakan Blogger dan Penaja yang diinterview oleh Media. Matlamat utama menjadikan #SBB2013 sebagai platform memperkenalkan seramai mungkin Rakan Blogger tercapai.

SBB2013

Dalam kegembiraan terkejut apabila melihat Sahabat Bro Jejai ditolak masuk ke dalam dewan oleh Isteri beliau. Tidak dapat menahan sebak apabila Bro Jejai sudah tidak mengenali aku dan kelihatan ramai Rakan Blogger lain yang rapat dengan Bro Jejai melarikan diri menjauhkan diri kerana tidak tahan menahan sebak hati.

SBB2013

Terima ksih kepada Rakan Blogger dari Indonesia dan Brunei serta jemputan dari Indonesia dan Kemboja yang sudi bersama dengan #SBB2013. Terasa nusantara majlis #SBB2013.

SBB2013

Walaupun aturcara seakan-akan rojak tetapi nampak kepuasan di muka setiap Rakan Blogger yang sanggup menunggu melebihi jam 6 pm walaupun janjinya #SBB2013 akan tamat sebelum jam 6 pm. In shaa Allah banyak yang penganjur pelajari untuk memperbaiki seandainya ada sokongan untuk menganjurkan #SBB2014.

SBB2013

SBB2013

Tahniah kepada pemenang iPhone 5 Gabget Impian seperti telah dikata hadiah bukan segalanya yang paling penting kita telah berjaya membina ukhwah dan jaringan yang boleh membina persahabatan berpanjangan. In shaa Allah tunggukan contest yang hebat untuk 2013.

SBB2013

Terima kasih kepada Penaja seperti disenarai di SINI yang sudi menaja berbagai hadiah tapi rasanya taklah sampai RM100k seperti kata sahabat Blogger dalam entrinya di SINI. Selain Rakan Blogger, Penaja, Media tidak dilupakan AJK dan Sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan #SBB2013 menjadi acara gilang gemilang yang santai (tak sempat nak bergambar dengan Rakan-Rakan yang hebat ini).

SBB2013

SBB2013

SBB2013

Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi menjadi moderator dan panel untuk mini forum, banyak ilmu yang dapat dicedok dari perkongsian Abang Ensem, Kak Jie, Beautifulnara, Ustaz Nur Effendi, Broframestone, Yuyu Zulaikha, Amanz dan Bang Iwan.

SBB2013

SBB2013

Untuk melihat berbagai foto menarik dan senda gurau #SBB2013 sila ke SINI.

Semuga #SBB2013 menjadi langkah pertama untuk 1000 langkah Kejayaan.

(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … maaf ya!!)


Spread the love

181 Comments

  1. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada DH dan team yang bertungkus lumus menjayakan SBB2013.

    Rasa macam tak percaya dapat hadirkan diri bertemu rakan-rakan yang selama ini hanya berhubung melalui blog.Secara jujur majlis ini sangat bermanfaat buat rakan2 blogger yang hadir.Double thumbs up untuk team Denaihati.
    *pasal gambar tu DH berhak ambik 🙂
    Curahan rasa azmanisma @ ..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

  2. salam..
    terima kasih Boss..
    ermm, tak sempat nak sembang lama..
    nampak macam Bro sibuk je melayan
    ramai tetamu..saya pun habis je, terus
    teman blogger yang baru kenal (prohariz)
    ke LRT stesen sebab dia tak tahu jalan dan
    ada urusan lain..mungkin kita bertemu di lain
    masa..TAHNIAH keran berjaya menganjurkan
    program ini yang saya anggap terbaik dalam
    menyatukan blogger di seluruh Asia Tenggara

  3. salam bro.. nanti kalau ade info pasal rebuild for gaza tu.. harap bro kasik tau ye. thanks. ramai gak yang selected tertanya-tanye pasal progrem ni. harap dapat pencerahan bro untuk next article. terima kasih!

  4. tahniah DH atas penganjuran majlis ini. moga majlis sebegini akan diteruskan untuk tahun hadapan..

    alhamdulillah..2 org rakan saya menang cabutan bertuah & berpeluang berjumpa rakan2 blogger yg lain..

  5. TQ banyak-banyak DH anjurkan majlis macam ni… Tuhan je yang dapat membalas jasa DH bagi makan free pada kitorang.. Semoga ada lagi majlis-majlis macam ni pada masa akan datang untuk menghilangkan keseganan saya yang segan gila masa majlis kali ni..hehehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!