SEO blog apabila diamalkan dalam bisnis memang meletup

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang Denaihati tertarik dengan status SEO tulisan Datuk Roslan Ab Hamid di Facebook beliau. Datuk Roslan sahabat Abang masa belajar di UKM dan sekarang sudah berjaya menjadi sifu public speaking dan story telling. Bila bercerita tentang SEO memang tidak dapat dipisahkan dengan blog tetapi sebenarnya teori yang sama boleh digunakan dalam bisnis.

Datuk Roslan Hamid
Selfie bersama Datuk Roslan Hamid di Big Bad Wolf 2013

Abang menjadi menulis blog Denaihati sejak Julai 2008. Politik yang bigung adalah entri pertama blog Denaihati. Sebenar sebelum blog Denaihati, Abang sudah menjadi blogger mengguna domain underground yang majoritinya berbahasa Inggeris. Abang ada misi besar menulis blog bukan sekadar extra income untuk beli barang dapur sahaja.

Penulisan blog ada seninya yang apabila kita ikut caranya akan memberi keputusan yang sangat menakjubkan. Antara seni blog adalah SEO yang apabila kita fahami akan memberi trafik organik yang sangat tinggi sehingga menghasilkan bounce rate yang sangat rendah. Bounce rate blog Denaihati terkini 4.84% berbanding bulan Jun 2016 bounce rate blog Denaihati pada 5.51%. Bestkan bila bounce rate blog kita rendah. Maknanya setiap pembaca yang datang pasti akan tersangkut di blog kita untuk membaca beberapa entri yang lain. Kepada rakan blogger baru yang mungkin tak berapa  mahir dengan makna bounce rate sila baca artikel “Bounce rate tak sesuai untuk blog” ada sedikit kupasannya.

bounce rate blogAda yang tanya apa itu trafik organik? Trafik organik adalah trafik yg datang dengan kerelaan sendiri dari search engine antaranya Google dan Yahoo. Trafik organik boleh menjana database baru yang sangat berkuasa untuk meningkatkan nilai sesebuah blog apabila blog kita ada teknik mengumpul database tersebut.

Tiada bezanya dengan bisnis apabila kita membina jenama yang baik cara seni SEO maka pelanggan akan datang dengan rela dari satu pelanggan ke pelanggan yang lain. Database pelanggan kita akan bertambah kerana ada sahaja pelanggan baru dan sebahagian pelanggan akan menjadi pelanggan setia. Sesekali buat contest, sesekali bagi offer runtuh, sesekali buat roadshow untuk bagi suntikan berbeza dalam pemasaran dan penjenamaan.

Bagaimana membina blog yang baik

Istiqomah dengan seni menulis blog pasti blog akan terus memberi ilmu kepada dunia begitu juga bisnis akan terus semarak apabila minda bisnis ada dalam diri bukan sekadar ikut-ikut orang. Bila diuji jadi panik tak tahu nak buat apa.

Nak belajar cara profesional urus blog sehingga boleh meningkatkan sale bisnis anda menggunakan SEO, kami team Denaihati bersedia membantu, sila email ke admin@denaihati.com

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

42 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!