Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 memang banyak perancangan nak travel bukan sahaja diluar negara malah di dalam negara. Nostalgia mengembara di Europe tahun 2012 memang tidak dapat dilupaka. 2013 sudah ada perancangan untuk mengembara ke destinasi baru. Untuk merancang pengembaran khasnya cuti-cuti Malaysia kenalah tahu Jadual Cuti Umum Malaysia dan Negeri-Negeri di Malaysia untuk melancarkan perjalanan.
Berikut disenaraikan tarikh-tarikh cuti umum yang boleh dijadikan hari bercuti bersama keluarga bawa makan angin di tempat-tempat menarik dalam negara atau luar negara. Mesti seronok dapat bercuti bersama keluarga sambil rehatkan fizikal dan mental. Untuk keluarga yang nak berlibur di Kuala Lumpur boleh menginap di antara Top 10 Hotel di Kuala Lumpur.
Senarai Tarikh Cuti Umum di Malaysia 2013
TARIKH | PERISTIWA | SAMBUTAN |
1 Januari (Selasa) | Tahun Baru 2013 | Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
14 Januari (Isnin) | Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan sahaja |
20 Januari (Ahad) | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah sahaja |
24 Januari (Khamis) | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Semua negeri |
27 Januari (Ahad) | Hari Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, N.Sembilan, Perak, P.Pinang & Selangor sahaja |
1 Februari (Jumaat) | Hari Wilayah Persekutuan | Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja |
10 Februari (Ahad) | Tahun Baru Cina | Semua negeri |
11 Februari (Isnin) | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Semua negeri kecuali Kelantan & Terengganu |
4 Mac (Isnin) | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu sahaja |
29 Mac (Jumaat) | Good Friday | Sabah & Sarawak sahaja |
15 April (Isnin) | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka sahaja |
19 April (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak sahaja |
26 April (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu sahaja |
1 Mei (Rabu) | Hari Pekerja | Semua negeri |
7 Mei (Selasa) | Hari Hol | Pahang sahaja |
17 Mei (Jumaat) | Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis sahaja |
24 Mei (Jumaat) | Hari Wesak | Semua negeri |
30 & 31 Mei (Khamis & Jumaat) | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | WP Labuan & Sabah sahaja |
1 Jun (Sabtu) | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Semua negeri |
1 & 2 Jun (Sabtu & Ahad) | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak sahaja |
6 Jun (Khamis) | Israk dan Mikraj | Kedah, N.Sembilan & Perlis sahaja |
7 Julai (Ahad) | Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia | P.Pinang sahaja |
10 Julai (Rabu) | Awal Ramadan * | Johor, Kedah & Melaka sahaja |
13 Julai (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | P.Pinang sahaja |
26 Julai (Jumaat) | Hari Nuzul Al-Quran | Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu sahaja |
8 Ogos (Khamis) | Hari Raya Puasa * | Semua negeri |
9 Ogos (Jumaat) | Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * | Semua negeri |
31 Ogos (Sabtu) | Hari Kebangsaan | Semua negeri |
14 September (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak sahaja |
16 September (Isnin) | Hari Malaysia | Semua negeri |
5 Oktober (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabaha sahaja |
12 Oktober (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka sahaja |
15 Oktober (Selasa) | Hari Raya Qurban * | Semua negeri |
16 Oktober (Rabu) | Hari Raya Qurban (Hari Kedua) * | Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu sahaja |
24 Oktober (KHamis) | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang sahaja |
2 November (Sabtu) | Hari Deepavali * | Semua negeri kecuali WP Labuan & Sarawak |
5 November (Selasa) | Awal Muharam (Maal Hijrah) | Semua negeri |
11 & 12 November (Isnin & Selasa) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan sahaja |
22 November (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor sahaja |
9 Disember (Isnin) | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor sahaja |
11 Disember (Rabu) | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor sahaja |
25 Disember (Rabu) | Hari Krismas | Semua negeri |
Merancang percutian dengan baik dapat memberi kepuasan pada diri kita. Oleh itu, buatlah persiapan awal dan rancang percutian tahun 2013 dengan sebaik mungkin. Masa itu EMAS, jangan dipersia-siakan. Perancangan yang baik boleh menjimatkan perbelanjaan.
48 Comments
Cuti umum ini bisa digunakan untuk berlibur bersama dengan keluarga
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Ciri Wanita Hamil
thanks ya share hari2 cuti malaysia… gud info 🙂
thanks ya share hari2 cuti malaysia… gud info 🙂
saya yang baru duduk penang kengkadang pening dengan cuti umum..cuti setiap negeri lain2..lagi2 belah pantai timur dengan kedah
Curahan rasa afif @ ..Kisah Kak Pah "Listen" vs Hantu Lendu…
Boleh rancang percutian keluarga.
makasi ya sob ud share
makasi jga ud posting artikel nya
Sukses selalu
Curahan rasa Joshua Karsten Blog @ ..Jadwal Update PageRank Google 2013
mantap nya
makasi sob ud share 🙂
Curahan rasa Joshua Karsten Blog @ ..Jadwal Update PageRank Google 2013
Tapi kena ada perancangan yang baik. InsyaAllah perjalanan yang dirancang akan teratur dan selesa
Curahan rasa faizal @ ..Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu
Seronoknya dapat bercuti bersama keluarga.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu
Bila musim liburan tiba si kecil biasanya minta pergi ke rumah kakek neneknya
ada tempat2 yg tak patutb dilawati kerana faktor keselamatan, kebersihan, makanan dan sebagainya
dengan teknologi moden segala pengalaman dapat dikongsikan dengan cepat
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Terhad Free 2000 Domain.my dari Asiahost
memang best dapat tengok tempat orang
Ni bro dah keluarkan entri tentang cuti. Tak lama lagi, mesti keluar entri bercuti bersama denaihati network. Kita tunggu dan lihat hehe
Curahan rasa effort lab @ ..Robot Transformers Dunia Nyata [4 gambar]
Comments are closed.