Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minat melabur semakin meningkat di kalangan Rakyat Malaysia. Pelaburan ada macam-macam contohnya ada yang minat melabur di Bursa Saham seperti Bro Kacak ni dan ada yang suka melabur di bidang property seperti Abang Ensem dan Sheikh Ganteng ni. Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang terkejar-kejar untuk melabur dalam industri logam bernilai tinggi iaitu Emas dan Perak. Harga emas terkini di pasaran sudah melonjak banyak kalau dibandingkan 4-5 tahun yang lepas.
Apa yang aku kurang berkenan di Malaysia ini ramai sangat yang suka jadi Fund Manager yang tak bertauliah. Contohnya sekarang musim Emas dan Perak maka banyaklah syarikat pelaburan Emas dan Perak yang berdaftar di Malaysia tubuh bagai cendawan. Ramai yang jumpa aku memperkenalkan produk mereka tapi sehingga hari ini memang aku tak layan sebabnya sudah terlalu banyak syarikat pelaburan Emas yang kantoi diserbu Bank Negara dan akhirnya semua pelaburan terbeku dalam akaun. Yang aku tak tahan tu perkataan “Jangan risau pelaburan dapat kelulusan Bank Negara” … pehhh berani betul diaorang ni. Kalau ya nak promosi biarlah patut-patut.
Bank Negara Malaysia telah menyenaraikan 77 Syarikat Pelaburan dan Individu yang berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia dan juga Syarikat Pelaburan dari luar negara yang beroperasi secara online yang semuanya menjalankan operasi tidak mengikut peraturan kewangan di Malaysia.
Berikut antara Syarikat Pelaburan Tidak Sah Di Malaysia :
[box type=”shadow”]
- Arowana Ventures (Unlicensed Activities) – memang banyak dengar kisah scam Arowana ni.
- Genneva Malaysia Sdn Bhd (Gold Investment) – ada kawan ajak join ni.
- FX Primus (Forex Trading) – adalah buka akaun tapi tak buat sebab Forex ni memang super high risk jadi belum ada keberanian.
- Prestige Dairy Farm (Unlicensed Activities) – ehhkk tak kan susu pun jadi pelaburan.
- Titan Group Sdn Bhd (Unlicensed Activities) – harap-harap ini buka Titan Lelaki Kacak yang punya.
- RGCX Trading Corp (Forex Trading) – Rami juga yang email ajak join ni.
- Tabung Dana Ehsan (Unlicensed Activities) – nama je dah boleh kelirukan orang.
- Lagi senarai @ Senarai penuh syarikat pelaburan tak sah di Malaysia (klik) [/box]
Apa juga pelaburan yang kita masuk mestilah atas kesedaran kita kerana setiap pelaburan ada risikonya dan jangan sesekali menyalahkan kawan-kawan yang mengajak kita seperti yang kata Cikgu Amir penipu apabila berlaku kerugian kerana hak membuat keputusan adalah ditangan kita. Kekadang kerugian dalam pelaburan adalah salah satu cara ALLAH SWT nak membersihkan harta kita kerana terlupa nak berkongsi dengan orang lain melalui zakat, infaq dan sedekah.
142 Comments
bagaimana kalau pelaburan tidak sah dibiarkan saja ?
Curahan rasa Share With Irfan @ ..Formasi CPNS Kemenkes 2012 Seluruh Provinsi Indonesia
Terima Kasih Tuan..info yang baik
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Berbudi kepada tanah
bagus ambil tahu syarikat2 yang tidak sah di Mesia..
sekurang2nya tidak tertipu. Itu harap2nya bukan brother
Titan.. kalau itu syarikat dia, jom kita serang blog dia.. har3
Curahan rasa nurmisnan @ ..Jom berbuka puasa di Bangkok House sambil beramal
Wah selain tidak sah..itu juga dosa..!!
Curahan rasa Share With Irfan @ ..Software Cek Posisi SERP Artikel Di Google
Trima kasih tuan,sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan rujukan,sbab skrang ada banyak macam-macam skim dgn berbagai helah….!
Curahan rasa galut @ ..Pasti Boleh Buat Kuih Raya
Semakin moden kita di Malaysia, semakin ada yang ingin mengambil kesempatan. Diharap rakan semua dapat berhati2 dalam membuat pelaburan. Banyakkan bertanya dan membuat rujukan. Trima kasih DH info amat berguna.
Curahan rasa irsah @ ..Design Baju Raya Melinda Looi 4 Seasons
Terima kasih di atas perkongsian info ini.. Lepas ni kena berhati-hati bila nak join dalam mana-mana syarikat pelaburan.. Nak kena semak dalam senarai yang Tuan Denaihati berikan.. TQ..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Segmen Klik Like/Share Dan Menang Wang Tunai
Informasi yang bagus sekali bagi yang berminat pada pelaburan
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Pendaftaran Online CPNS Kemenkes 2012
sehingga mereka akan lebih hati-hati…
Curahan rasa Dadan @ ..Cara Pendaftaran Online CPNS Kemenkes 2012
VGMC pun ada skali.. haha..
Curahan rasa Jaws @ ..Lata Jarum, Raub, Pahang
VGMC baek punyee..
Boleh jadi panduan buat mereka yang nak membuat pelaburan agar tidak terjebak dengan yang tidak sah ni…
Curahan rasa Myra Jay @ ..Udang Masak Sos / Sambal
fuhhh.. macam2 den penah dengar sal company2 yg tersenarai tu, nasib baik la x cepat terpengaruh..
Curahan rasa Tak Suka Tak Apa @ ..Mengapa gagal jana pendapatan di internet
Banyak juga tu 77 syarikat, kawan belum ada buat apa perlaburan lagi di bskl dekat bank tu adalah
Curahan rasa onlajer @ ..Wordless Wednesday : Myanmar Olympic?
Kawe dulu pon ada terikut-ikut mende ni.. Senyum kojap jer… sedih memanjang 🙁
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Kemaskini Blog
Boleh sonyum kira ok la tuh brader.. hehe
Curahan rasa Tak Suka Tak Apa @ ..Mengapa gagal jana pendapatan di internet
Titan pun ada buat syarikat pelaburan tu
Curahan rasa zool @ ..Video : Motosikal Batman dari Vietnam
memang tak berapa berani nak masuk BSKL ni.. kena ada ilmu mencukupi baru boleh cuba
Curahan rasa zool @ ..Pencapaian Julai 2012 dan Perancangan Ogos 2012
Tuhlah tak sangka dalam diam-diam..hehe
Curahan rasa JAI @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
zaman sekarang nie smua org nak duit…
Curahan rasa doublekill @ ..PUASA TETAPI TIDAK SOLAT
Comments are closed.