Senarai Peserta dan Tugasan Contest Gadget Impian

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah 114 Rakan Blogger telah mendaftar sebagai peserta contest Gadget Impian. Terima kasih kepada semua blogger yang telah menulis entri penyertaan contest Gadget Impian. Setelah diperiksa satu persatu penyertaan banyak juga blog yang tidak cukup syarat seperti yang telah ditetapkan. Team Denaihati telah menghubungi Rakan Blogger melalui email untuk update blog mengikut syarat yang telah ditetapkan dan hasilnya 103 blog layak menjadi peserta contest Gadget Impian dan 11 tidak layak kerana tidak lengkap.

Senarai Penuh @ Peserta Contest Gadget Impian.

Tugasan Contest Gadget Impian

1. 103 Peserta perlu menulis satu entri dengan memilih SATU gadget impian dan sebab mengapa gadget tersebut menjadi gadget impian dengan tajuk bebas. Jangan sesekali copy paste entri ini.

2. Entri mesti publish pada atau selepas  jam 10.30 pagi waktu Malaysia atau 9.30 pagi waktu Indonesia Barat pada 19/11/2011. Peserta yang publish lebih awal akan terkeluar dari contest.

3. Di akhir setiap entri mesti ada ayat “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.

4. Tinggalkan komen “Gadget Impian saya adalah” dan letakan link entri tersebut diruangan commentLuv.

Mungkin ini antara Gadget Impian

Syarat Contest Gadget Impian

1. 10 peserta akan dipilih ke peringkat akhir.

2. Pemilihan 10 peserta akhir berdasarkan jumlah markah yang paling tinggi diperolehi.

3. Setiap satu klik button RETWEET, FB like dan Google + 1 dikira satu markah.

4. Setiap satu komen di entri Gadget Impian tersebut akan dikira 1 markah.

5. Contoh sekiranya entri Gadget Impian tersebut mempunyai 10 klik Reweet, 15 klik FB like, 10 klik Google + 1 dan 20 komen maka jumlah markah adalah 55 markah.

6. Sekiranya terdapat peserta tertinggi  mempunyai markah yang sama maka team Denaihati akan menilai kandungan entri dan sekiranya sama juga markah plugin Waktu Solat akan menjadi penentu.

7. Tugas peserta adalah mempromosi entri Gadget Impian yang telah dibuat semaksimum yang boleh untuk mendapat klik retweet, FB like, Google + 1 dan komen sebanyak yang mungkin.

8. Pemilihan 10 peserta terakhir juga tertakluk kepada gadget yang ditaja oleh sponsor. Kalau ada yang pilih komputer Sony Viao Z series confirm tak dapat.

9. Team Denaihati boleh mengubah syarat jika perlu pada bila-bila masa untuk kebaikan perjalanan contest Gadget Impian.

10. Contest pusingan pertama akan tamat pada 11.59pm, 4/12/2011.

Hadiah Contest Gadget Impian

1. 5 peserta pertama akan mendapat hadiah Gadget Impian pilihan mereka dan Makan Malam bersama team Deanaihati dan Sponsor.

2. 5 peserta kedua tertinggi mendapat sistem keselamatan blog tajaan Eizil.com, header blog tajaan Anarm.net dan Makan Malam bersama team Deanaihati dan Sponsor.

3. Semua peserta akan mendapat senaskah buku “Khalifah Ganti Superman” tulisan Tan Sri Ali Hashim.

4. Hadiah akan bertambah dari masa ke semasa bergantung kepada penambahan sponsor. Kepada yang nak sponsor boleh rujuk entri “Sponsor Contest blog Denaihati“. Sponsor masih diterima dan link blog atau websita anda akan dimasukan dalam senarai penaja yang akan ada pada setiap entri peserta contest Gadget Impian.

Semuga penjelasan ini jelas untuk semua peserta contest Gadget Impian. Sebarang persoalan boleh ditanya melalui contact atau pesanan melalui Facebook Denaihati. Semuga contest Gadget Impian akan menjadi platform kepada Rakan Blogger mencapai impian yang tersemat sekian lama. Semuga contest Gadget Impian memberi berbagai manafaat kepada sebarapa ramai Blogger yang sering bertandang ke blog Denaihati. Sukses semua.

---

  1. Saya bersyukur bisa masuk dalam 103 peserta
    Entri terbaru Bang Iwan – BOCORAN KUNCI JAWABAN UJIAN NASIONAL 2012My Profile

  2. bila la nak ada contest camni lagi..
    Entri terbaru fakhruddin – Merungkai Kisah Tentang KB Mall..My Profile

  3. Terlalu sukar utk bersaing dgn mereka, ada peminat masing2. Macam kita ni terlalu sukar utk menyelit di celah2 kehebatan mereka.
    Entri terbaru sensasi2020 – Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".My Profile

  4. Semoga saya dapat mengikuti contest akan datang
    Entri terbaru hatiputera – Pelaksanaan SBPA 2012 ditangguhkan.My Profile

Trackbacks

  1. […] ni aku kagum tengok kesungguhan dan consistency para peserta peringkat akhir contest gadget impian yang dianjurkan oleh Denaihati. Ni contest yang besar, di mana blogger yang menang contest ni akan dapat gadget yang diimpikan. […]

  2. […] Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hari ni entri ni hanyalah khas untuk anastasyea. Korang dah tahu kan yang akak nih dah berjaya ke peringkat seterunya dalam Kontest Gadget Impian anjuran Denaihati kan? […]

  3. Galaxy Tab 7.7 PLUS boleh kalahkan IPAD 2 | Norfanil dot com says:

    […] boleh tengok Senarai peserta Gadget Impian dan boleh baca pasal gadget impian di dua link ini Denaihati 1, Denaihati […]

  4. Contest Gadjet Impian Denaihati dilanjutkan? Jom teruskan Mengundi! says:

    […] yang bakal menjadi peserta Top10 dalam Contest Gadjet Impian Denaihati ini? Nantikan pengumumannya selepas 11 December […]

  5. […] Kid sedang dalam contest gadjet impian dari denaihati.com yang menyaksikan seramai 103 peserta yang join contest ini. Segalanya tidak mustahil kerana 5 peserta pertama akan dapat gadjet impian mereka. Mungkin ada […]

  6. […] impian aku. Dan giveaway ini hanya akan diteruskan sekiranya saya termasuk antara top 10 di dalam contest gadget impian anjuran […]

Artikel pilihan...close