Denaihati - Hidupkan untuk memberi

Senarai Peserta dan Tugasan Contest Gadget Impian

Artikel diterbitkan pada 16-11-2011 20:50

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah 114 Rakan Blogger telah mendaftar sebagai peserta contest Gadget Impian. Terima kasih kepada semua blogger yang telah menulis entri penyertaan contest Gadget Impian. Setelah diperiksa satu persatu penyertaan banyak juga blog yang tidak cukup syarat seperti yang telah ditetapkan. Team Denaihati telah menghubungi Rakan Blogger melalui email untuk update blog mengikut syarat yang telah ditetapkan dan hasilnya 103 blog layak menjadi peserta contest Gadget Impian dan 11 tidak layak kerana tidak lengkap.

Senarai Penuh @ Peserta Contest Gadget Impian.

Tugasan Contest Gadget Impian

1. 103 Peserta perlu menulis satu entri dengan memilih SATU gadget impian dan sebab mengapa gadget tersebut menjadi gadget impian dengan tajuk bebas. Jangan sesekali copy paste entri ini.

2. Entri mesti publish pada atau selepas  jam 10.30 pagi waktu Malaysia atau 9.30 pagi waktu Indonesia Barat pada 19/11/2011. Peserta yang publish lebih awal akan terkeluar dari contest.

3. Di akhir setiap entri mesti ada ayat “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.

4. Tinggalkan komen “Gadget Impian saya adalah” dan letakan link entri tersebut diruangan commentLuv.

smartphone Senarai Peserta dan Tugasan Contest Gadget Impian

Mungkin ini antara Gadget Impian

Syarat Contest Gadget Impian

1. 10 peserta akan dipilih ke peringkat akhir.

2. Pemilihan 10 peserta akhir berdasarkan jumlah markah yang paling tinggi diperolehi.

3. Setiap satu klik button RETWEET, FB like dan Google + 1 dikira satu markah.

4. Setiap satu komen di entri Gadget Impian tersebut akan dikira 1 markah.

5. Contoh sekiranya entri Gadget Impian tersebut mempunyai 10 klik Reweet, 15 klik FB like, 10 klik Google + 1 dan 20 komen maka jumlah markah adalah 55 markah.

6. Sekiranya terdapat peserta tertinggi  mempunyai markah yang sama maka team Denaihati akan menilai kandungan entri dan sekiranya sama juga markah plugin Waktu Solat akan menjadi penentu.

7. Tugas peserta adalah mempromosi entri Gadget Impian yang telah dibuat semaksimum yang boleh untuk mendapat klik retweet, FB like, Google + 1 dan komen sebanyak yang mungkin.

8. Pemilihan 10 peserta terakhir juga tertakluk kepada gadget yang ditaja oleh sponsor. Kalau ada yang pilih komputer Sony Viao Z series confirm tak dapat.

9. Team Denaihati boleh mengubah syarat jika perlu pada bila-bila masa untuk kebaikan perjalanan contest Gadget Impian.

10. Contest pusingan pertama akan tamat pada 11.59pm, 4/12/2011.

Hadiah Contest Gadget Impian

1. 5 peserta pertama akan mendapat hadiah Gadget Impian pilihan mereka dan Makan Malam bersama team Deanaihati dan Sponsor.

2. 5 peserta kedua tertinggi mendapat sistem keselamatan blog tajaan Eizil.com, header blog tajaan Anarm.net dan Makan Malam bersama team Deanaihati dan Sponsor.

3. Semua peserta akan mendapat senaskah buku “Khalifah Ganti Superman” tulisan Tan Sri Ali Hashim.

4. Hadiah akan bertambah dari masa ke semasa bergantung kepada penambahan sponsor. Kepada yang nak sponsor boleh rujuk entri “Sponsor Contest blog Denaihati“. Sponsor masih diterima dan link blog atau websita anda akan dimasukan dalam senarai penaja yang akan ada pada setiap entri peserta contest Gadget Impian.

Semuga penjelasan ini jelas untuk semua peserta contest Gadget Impian. Sebarang persoalan boleh ditanya melalui contact atau pesanan melalui Facebook Denaihati. Semuga contest Gadget Impian akan menjadi platform kepada Rakan Blogger mencapai impian yang tersemat sekian lama. Semuga contest Gadget Impian memberi berbagai manafaat kepada sebarapa ramai Blogger yang sering bertandang ke blog Denaihati. Sukses semua.

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • yanmie November 16, 2011 at 10:17 pm

    Salam,

    insyaallah akan mencuba macam biasa, tapi macam susah je tang FB LIKE tu hehe, takpelah cuba je dulu.

    nie yang rasa nak tukar gadget impian nie hehehe :D
    Entri terbaru yanmie – Semak Keputusan UPSR 2011 melalui Online SMSMy Profile

  • puanbee November 16, 2011 at 10:16 pm

    okey ada masa nak mengarang ni .. 19 yek…
    Entri terbaru puanbee – Kelas Masakan Buat Sosej Gulung Yang YummyMy Profile

    • zie fauzi November 16, 2011 at 10:26 pm

      Perah..jgn tak perah Bee.. Pas perah idea, promosi pulak.. :)

  • Ikhwan November 16, 2011 at 10:14 pm

    Kena perah otak ni nak tulis entri sebagus mungkin ;)
    Entri terbaru Ikhwan – 5 Website Hosting Malaysia Pilihan Ikhwan Shah [dot] ComMy Profile

  • myvitrd November 16, 2011 at 9:50 pm

    insyaallah akan cuba buat sebaik mungkin
    Entri terbaru myvitrd – Tinggal 31 Hari Lagi Dari Tarikh JangkaanMy Profile

  • cikgu naman November 16, 2011 at 9:45 pm

    fuh…mencabarnya syarat tu..hehe..kena challenge dengan top² blogger tuuu..xpe..boleh usaha
    Entri terbaru cikgu naman – Rabu Tanpa Kata- Gambar Bogel Cikgu Dari Kak JieMy Profile

    • denaihati November 16, 2011 at 9:48 pm

      Kena keluar sikit modak buat promosi. Kalau keluar rm200-300 dapat gadge rm1-2k kira berbaloi-baloi juga tu.

    • Steward John November 18, 2011 at 10:49 pm

      Tak apa, boleh juga kita mengukur kemampuan diri kita kan
      Entri terbaru Steward John – SEA Games 2011 Indonesia Medal TallyMy Profile

  • namia November 16, 2011 at 9:41 pm

    agak2 kan samsung galexy note lepas tak … hiks
    Entri terbaru namia – UNTUK SEMUA SAYA MOHON MAAFMy Profile

  • wazy November 16, 2011 at 9:39 pm

    Insya Allah,akan cuba buat yang terbaik,selamat berjaya untuk semua
    Entri terbaru wazy – E-book KomputerSaya.comMy Profile

  • ekspresiruang November 16, 2011 at 9:31 pm

    tahniah kpd yg terpilih.
    saya xterpilih, mungkin gajet impian mahal sgt. huhu
    Entri terbaru ekspresiruang – Pancake Floor Pillows: Set Bantal Lantai Berharga RM2365!My Profile

  • syamila November 16, 2011 at 9:28 pm

    mmg tk de chance langsung la nampaknya…tk pe la..kita buat je entri nanti….huhuhu
    Entri terbaru syamila – Wordless Wednesday #13My Profile

  • Nurul Hanis Anasa November 16, 2011 at 9:28 pm

    Alhamdulillah, saya tercalon :) Kiranya ini mengikut vote lah ya? :) Jikalau berkesempatan, admin denaihati boleh senaraikan nama2 gatget di atas? Maksud saya jenama telefon bimbit tersebut :) Itupun jikalau berkesempatan. Terima kasih :)

  • ariff November 16, 2011 at 9:27 pm

    rasa-rasanya macbook air boleh lepas tak?
    Entri terbaru ariff – Kenapa Lelaki Suka Main Game?My Profile

  • zie fauzi November 16, 2011 at 9:25 pm

    tugasan dah keluar…. syaratnya mcm lebih kepada kepolularitian sesuatu blog.. blog yang femes maybe senang nak dapat klik n komen banyak…
    ermmm… tak kisah la… yang penting cuba dulu..mana tau untung nasib boleh capai impian tu…. :) Good luck untuk semua peserta….

    • JebengOtai November 20, 2011 at 12:26 pm

      Gambate :)
      Entri terbaru JebengOtai – Ohaiyo GozaimasuMy Profile

    • Steward John December 8, 2011 at 9:49 pm

      Semoga berjaya.. tapi memang betul, kalau blog yang mempunyai network yang besar memang senang minta bantuan.. tapi tak apa, moga adanya contest macam ni boleh menambahkan lagi network kita tu
      Entri terbaru Steward John – AirAsia ticket for just 10senMy Profile

  • Fizz.My a.k.a. Mr.Bintang November 16, 2011 at 9:16 pm

    wow… nak kena fikir gadget ape nak rembat ni.. hehe..

    ada had nilai ke gadget impian tu? kang x pasal² melebihi kemampuan sponsor.. :D

    • ariff November 16, 2011 at 9:34 pm

      kan dah tulis tu sony vaio z series tak lepas. yg tu lebih kurang 4k dah. melampau
      Entri terbaru ariff – Kenapa Lelaki Suka Main Game?My Profile

      • denaihati November 16, 2011 at 9:37 pm

        Bro kat Malaysia Z series terbaru cecah rm8k tu

        • ariff November 16, 2011 at 9:39 pm

          hoho… patutlah. jadi macbook air boleh la lepas ni XD
          Entri terbaru ariff – Kenapa Lelaki Suka Main Game?My Profile

          • Fizz.My a.k.a. Mr.Bintang November 16, 2011 at 9:49 pm

            memandangkan aku belum ada laptop.. rasanya nak Macbook air gak lah.. hikhikhik..

            • Steward John December 8, 2011 at 9:31 pm

              Yang penting gadget tu memang berguna dan membantu kita pun dah cukup
              Entri terbaru Steward John – AirAsia ticket for just 10senMy Profile

  • Azizwan November 16, 2011 at 9:15 pm

    tak tahu ler boleh buat ke tak ni.. huhu..
    Entri terbaru Azizwan – Wordless Wednesday #2 – Sampai Pun KauMy Profile

  • rosezha November 16, 2011 at 9:13 pm

    selamat berjaya untuk semua peserta.
    Entri terbaru rosezha – Wordless Wednesday 4My Profile

    • Steward John December 8, 2011 at 9:20 pm

      Terima Kasih… rasanya ramai yang dah bersungguh2 mempromosi blog masing-masing ni..
      Entri terbaru Steward John – AirAsia ticket for just 10senMy Profile

1 2 3 27