Senarai Keputusan Kerusi Parlimen PRU13

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 5/6/2013 genap sebulan PRU13 telah berlalu tetapi yang tewas masih tidak dapat menerima kekalahan dan terus menganjurkan “Black 505” yang pada pendapat aku hanya peperangan persepsi yang akan meruntuhkan negara. Perlu diingat yang kalah bukan kalah semua dan yang menang bukan menang semua jadi kalau pihak yang kalah terus memprovokasi, apa pula terjadi bila pihak yang menang bertindakbalas?? Bukankah ini akan merosakan Malaysia hanya kerana cita-cita politik. Tidak salah membantah tapi biar menggunakan cara perundangan yang betul tapi jangan pula bila menang undang-undang itu betul tapi bila kalah Hakim tidak adil. Rakyat sudah penat berpolitik sejak PRU12 dan kini mungkin terbawa sehingga PRU14.

Pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa tidak berlaku sesuatu di atas muka bumi ini walaupun gugurnya sehelai daun kering kalau bukan atas kehendak ALLAH SWT inikan pula pemilihan pemimpin yang sudah jelas difirmankan oleh ALLAH dalam Al Quran seperti firman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.

Sebahagian kecil bukan Islam yang extremis memang menunggu sahaja reaksi negatif daripada umat Islam dan sudah pasti mereka akan menyokong konon atas prinsip demokrasi. Lihat sahaja keberanian Melissa Gooi menghina Yang Di Pertuan Agong tetapi pasti beliau tidak takut kerana berapa ramai orang Melayu yang menyokong beliau.

Kalau pemimpin hanya menerima demokrasi apablia memihak pada mereka pasti Malaysia menuju kahancuran seperti apa yang sedang berlaku di banyak negara Arab dan yang terbaru Turki. Percayalah dunia menunggu sahaja kehancuran Malaysia sebuah negara Islam yang paling berjaya. Bukan semua Rakyat Malaysia menyokong Black 505 terutama yang akan dianjurkan pada 16 jun 2013 .. jadi Pembangkang mesti menghormati mereka-mereka ini.

Takut melihat bencana taufan di Aklohoma dalam masa 16 minit tornado memusnahkan segala-galanya dan tidak mustahil kalau Malaysia dilanda bencana sebegini kalau kita tidak mahu menerima ketentuan ALLAH SWT. Kalau kita sebagai umat Islam tidak menyakini ketentuan ALLAH SWT … siapa lagi???

Semuga semua pemimpin yang telah dipilih rakyat Barisan Nasional, Keadilan. PAS dan DAP berhenti berpolitik dan dapat menjalankan tanggung jawab sebaik mungkin dengan fokus menepati janji yang telah dijanjikan.

Barisan Nasional
133 kerusi

PAS
21 kerusi

DAP
38 kerusi

Parti Keadilan Rakyat
30 kerusi

Bebas
0 kerusi

Senarai lengkap keputusan kerusi parlimen:

P 001 ( Padang Besar ) : Zahidi Zainol Abidin
P 002 ( Kangar ) : Shaharuddin Ismail
P 003 ( Arau ) : Shahidan Kassim
P 004 ( Langkawi ) : Narawi Ahmad
P 005 ( Jerlun ) : Othman Aziz
P 006 ( Kubang Pasu ) : Johari Baharom
P 007 ( Padang Terap ) : Mahdzir Khalid
P 008 ( Pokok Sena ) : Mahfuz Omar
P 009 ( Alor Star ) : Gooi Hsiau Leung
P 010 ( Kuala Kedah ) : Azman Ismail
P 011 ( Pendang ) : Othman Abdul
P 012 ( Jerai ) : Jamil Khir Baharom
P 013 ( Sik ) : Mansor Abd Rahman
P 014 ( Merbok ) : Ismail Daut
P 015 ( Sungai Petani ) : Johari Abdul
P 016 ( Baling ) : Abdul Azeez Abdul Rahim
P 017 ( Padang Serai ) : N Surendran K Nagarajan
P 018 ( Kulim-Bandar Baharu ) : Abdul Aziz Sheikh Fadzir
P 019 ( Tumpat ) : Kamaruddin Jaffar
P 020 ( Pengkalan Chepa ) : Izani Husin
P 021 ( Kota Bharu ) : Takiyuddin Hassan
P 022 ( Pasir Mas ) : Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
P 023 ( Rantau Panjang ) : Siti Zailah Mohd Yusoff
P 024 ( Kubang Kerian ) : Ahmad Baihaki Atiqullah
P 025 ( Bachok ) : Ahmad Marzuki Shaary
P 026 ( Ketereh ) : Annuar Musa
P 027 ( Tanah Merah ) : Ikmal Hisham Abdul Aziz
P 028 ( Pasir Puteh ) : Nik Mazian Nik Mohamad
P 029 ( Machang ) : Ahmad Jazlan Yaakub
P 030 ( Jeli ) : Mustapa Mohamed
P 031 ( Kuala Krai ) : Mohd Hatta Md Ramli
P 032 ( Gua Musang ) : Tengku Razaleigh
P 033 ( Besut ) : Idris Jusoh
P 034 ( Setiu ) : Che Muhamad Zulkifly
P 035 ( Kuala Nerus ) : Mohd Khairuddin Aman Ghazali
P 036 ( Kuala Terengganu ) : Raja Kamarul Bahrin Shah
P 037 ( Marang ) : Abdul Hadi Awang
P 038 ( Hulu Terengganu ) : Jailani Johari
P 039 ( Dungun ) : Wan Hassan Mohd Ramli
P 040 ( Kemaman ) : Ahmad Shabery Cheek
P 041 ( Kepala Batas ) : Rezaal Merican Naina Merican
P 042 ( Tasek Gelugor ) : Shabudin Yahaya
P 043 ( Bagan ) : Lim Guan Eng
P 044 ( Pematang Pauh ) : Anwar Ibrahim
P 045 ( Bukit Mertajam ) : Sim Chee Keong
P 046 ( Batu Kawan ) : Kasthuriraani Patto
P 047 ( Nibong Tebal ) : Mansor Othman
P 048 ( Bukit Bendera ) : Zairil Khir Johari
P 049 ( Tanjong ) : Ng Wei Aik
P 050 ( Jelutong ) : Ooi Chuan Aun
P 051 ( Bukit Gelugor ) : Karpal Singh Ram Singh
P 052 ( Bayan Baru ) : Sim Tze Tzin
P 053 ( Balik Pulau ) : Hilmi Yahaya
P 054 ( Gerik ) : Hasbullah Osman
P 055 ( Lenggong ) : Shamsul Anuar Nasarah
P 056 ( Larut ) : Hamzah Zainudin
P 057 ( Parit Buntar ) : Mujahid Yusof
P 058 ( Bagan Serai ) : Noor Azmi Ghazali
P 059 ( Bukit Gantang ) : Idris Ahmad
P 060 ( Taiping ) : Nga Kor Ming
P 061 ( Padang Rengas ) : Mohamed Nazri Abdul Aziz
P 062 ( Sungai Siput ) : Michael Jeyakumar Devaraj
P 063 ( Tambun ) : Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
P 064 ( Ipoh Timor ) : Su Keong Siong
P 065 ( Ipoh Barat ) : M Kulasegaran V Murugeson
P 066 ( Batu Gajah ) : Sivakumar Varatharaju Naidu
P 067 ( Kuala Kangsar ) : Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
P 068 ( Beruas ) : Ngeh Koo Ham
P 069 ( Parit ) : Mohd Zaim Abu Hasan
P 070 ( Kampar ) : Ko Chung Sen
P 071 ( Gopeng ) : Lee Boon Chye
P 072 ( Tapah ) : Saravanan Murugan
P 073 ( Pasir Salak ) : Tajuddin Abdul Rahman
P 074 ( Lumut ) : Mohamad Imran Abdul Hamid
P 075 ( Bagan Datok ) : Ahmad Zahid Hamidi
P 076 ( Teluk Intan ) : Seah Leong Peng
P 077 ( Tanjong Malim ) : Ong Ka Chuan
P 078 ( Cameron Highlands ) : Palanivel Govindasamy
P 079 ( Lipis ) : Abdul Rahman Mohamad
P 080 ( Raub ) : Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
P 081 ( Jerantut ) : Ahmad Nazlan Idris
P 082 ( Indera Mahkota ) : Fauzi Abdul Rahman
P 083 ( Kuantan ) : Fuziah Salleh
P 084 ( Paya Besar ) : Abdul Manan Ismail
P 085 ( Pekan ) : Najib Razak
P 086 ( Maran ) : Ismail Abd Muttalib
P 087 ( Kuala Krau ) : Ismail Mohamed Said
P 088 ( Temerloh ) : Nasrudin Hassan
P 089 ( Bentong ) : Liow Tiong Lai
P 090 ( Bera ) : Ismail Sabri Yaakob
P 091 ( Rompin ) : Jamaludin Jarjis
P 092 ( Sabak Bernam ) : Mohd Fasiah Mohd Fakeh
P 093 ( Sungai Besar ) : Noriah Kasnon
P 094 ( Hulu Selangor ) : P. Kamalanathan P. Panchanathan
P 095 ( Tanjong Karang ) : Noh Omar
P 096 ( Kuala Selangor ) : Irmohizam bin Ibrahim
P 097 ( Selayang ) : William Leong Jee Keen
P 098 ( Gombak ) : Mohamed Azmin Ali
P 099 ( Ampang ) : Zuraida Kamaruddin
P 100 ( Pandan ) : Mohd Rafizi Ramli
P 101 ( Hulu Langat ) : Che Rosli Che Mat
P 102 ( Serdang ) : Ong Kian Ming
P 103 ( Puchong ) : Gobind Singh Deo
P 104 ( Kelana Jaya ) : Wong Chen
P 105 ( PJ Selatan ) : Hee Loy Sian
P 106 ( PJ Utara ) : Tony Pua Kiam Wee
P 107 ( Subang ) : Sivarasa K. Rasiah
P 108 ( Shah Alam ) : Khalid Abd Samad
P 109 ( Kapar ) : Manivannan Gowindasamy
P 110 ( Klang ) : Charles Anthony Santiago
P 111 ( Kota Raja ) : Siti Mariah Mahmud
P 112 ( Kuala Langat ) : Abdullah Sani Abdul Hamid
P 113 ( Sepang ) : Mohamed Hanipa Maidin
P 114 ( Kepong ) : Tan Seng Giaw
P 115 ( Batu ) : Chua Tian Chang
P 116 ( Wangsa Maju ) : Tan Kee Kwong
P 117 ( Segambut ) : Lim Lip Eng
P 118 ( Setiawangsa ) : Ahmad Fauzi Zahari
P 119 ( Titiwangsa ) : Johari Abdul Ghani
P 120 ( Bukit Bintang ) : Fong Kui Lun
P 121 ( Lembah Pantai ) : Nurul Izzah Anwar
P 122 ( Seputeh ) : Teresa Kok Suh Sim
P 123 ( Cheras ) : Tan Kok Wai
P 124 ( Bdr Tun Razak ) : Abd Khalid Ibrahim
P 125 ( Putrajaya ) : Tengku Adnan Tengku Mansor
P 126 ( Jelebu ) : Zainudin Ismail
P 127 ( Jempol ) : Mohd Isa Abdul Samad
P 128 ( Seremban ) : Loke Siew Fook
P 129 ( Kuala Pilah ) : Hassan Malek
P 130 ( Rasah ) : Teo Kok Seong
P 131 ( Rembau ) : Khairy Jamaluddin Abu Bakar
P 132 ( Telok Kemang ) : Kamarul Baharin Abbas
P 133 ( Tampin ) : Shaziman Abu Mansor
P 134 ( Masjid Tanah ) : Mas Ermieyati Samsudin
P 135 ( Alor Gajah ) : Koh Nai Kwong
P 136 ( Tangga Batu ) : Abu Bakar Mohamad Diah
P 137 ( Bukit Katil ) : Shamsul Iskandar Mohd Akin
P 138 ( Kota Melaka ) : Sim Tong Him
P 139 ( Jasin ) : Ahmad Hamzah
P 140 ( Segamat ) : Subramaniam K V Sathasivam
P 141 ( Sekijang ) : Anuar Abd Manap
P 142 ( Labis ) : Chua Tee Yong
P 143 ( Pagoh ) : Muhyiddin Md Yasin
P 144 ( Ledang ) : Hamim Samuri
P 145 ( Bakri ) : Er Teck Hwa
P 146 ( Muar ) : Razali Ibrahim
P 147 ( Parit Sulong ) : Noraini Ahmad
P 148 ( Ayer Hitam ) : Wee Ka Siong
P 149 ( Sri Gading ) : Ab Aziz Kaprawi
P 150 ( Batu Pahat ) : Mohd Idris Jusi
P 151 ( Simpang Renggam ) : Liang Teck Meng
P 152 ( Kluang ) : Liew Chin Tong
P 153 ( Sembrong ) : Hishammuddin Hussein
P 154 ( Mersing ) : Abd Latiff Ahmad
P 155 ( Tenggara ) : Halimah Mohd Sadique
P 156 ( Kota Tinggi ) : Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
P 157 ( Pengerang ) : Azalina Othman
P 158 ( Tebrau ) : Khoo Soo Seang
P 159 ( Pasir Gudang ) : Normala Abdul Samad
P 160 ( Johor Bahru ) : Shahrir Ab Samad
P 161 ( Pulai ) : Nur Jazlan Mohamed
P 162 ( Gelang Patah ) : Lim Kit Siang
P 163 ( Kulai ) : Teo Nie Ching
P 164 ( Pontian ) : Ahmad Maslan
P 165 ( Tanjong Piai ) : Wee Jeck Seng
P 166 ( Labuan ) : Rozman Isli
P 167 ( Kudat ) : Abd Rahim Bakri
P 168 ( Kota Marudu ) : Johnity Maximus Ongkili
P 169 ( Kota Belud ) : Abd Rahman Dahlan
P 170 ( Tuaran ) : Madius Tangau
P 171 ( Sepanggar ) : Jumat Idris
P 172 ( Kota Kinabalu ) : Wong Sze Phin
P 173 ( Putatan ) : Marcus Makin Mojigoh
P 174 ( Penampang ) : Ignatius Dorell Leiking
P 175 ( Papar ) : Rosnah Abd Rashid Shirlin
P 176 ( Kimanis ) : Anifah Aman
P 177 ( Beaufort ) : Azizah Mohd Dun
P 178 ( Sipitang ) : Sapawi Amat Wasali
P 179 ( Ranau ) : Ewon Ebin
P 180 ( Keningau ) : Joseph Pairin Kitingan
P 181 ( Tenom ) : Raime Unggi
P 182 ( Pensiangan ) : Joseph Kurup
P 183 ( Beluran ) : Ronald Kiandee
P 184 ( Libaran ) : Juslie Ajirol
P 185 ( Batu Sapi ) : Tsen Thau Lin
P 186 ( Sandakan ) : Wong Tien Fatt
P 187 ( Kinabatangan ) : Moktar Radin
P 188 ( Silam ) : Nasrun Mansur
P 189 ( Semporna ) : Mohd Shafie Apdal
P 190 ( Tawau ) : Yap Kain Ching
P 191 ( Kalabakan ) : Abdul Ghapur Salleh
P 192 ( Mas Gading ) : Nogeh Gumbek
P 193 ( Santubong ) : Wan Junaidi Tuanku Jaafar
P 194 ( Petra Jaya ) : Fadillah Yusof
P 195 ( Bandar Kuching ) : Chong Chieng Jen
P 196 ( Stampin ) : Julian Tan Kok Ping
P 197 ( Kota Samarahan ) : Rubiah Wang
P 198 ( Mambong ) : James Dawos Mamit
P 199 ( Serian ) : Richard Riot Jaem
P 200 ( Batang Sadong ) : Nancy Shukri
P 201 ( Batang Lupar ) : Rohani Abdul Karim
P 202 ( Sri Aman ) : Masir Kujat
P 203 ( Lubok Antu ) : William Nyallau Badak
P 204 ( Betong ) : Douglas Uggah Embas
P 205 ( Saratok ) : William Ikom
P 206 ( Tanjong Manis ) : Norah Abdul Rahman
P 207 ( Igan ) : Wahab Dollah
P 208 ( Sarikei ) : Wong Ling Biu
P 209 ( Julau ) : Joseph Salang Gandum
P 210 ( Kanowit ) : Ago Dagang
P 211 ( Lanang ) : Alice Lau Kiong Yieng
P 212 ( Sibu ) : Oscar Ling Chai Yew
P 213 ( Mukah ) : Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah
P 214 ( Selangau ) : Joseph Entulu Belaun
P 215 ( Kapit ) : Alexander Nanta Linggi
P 216 ( Hulu Rajang ) : Ugak Kumbong
P 217 ( Bintulu ) : Tiong King Sing
P 218 ( Sibuti ) : Ahmad Lai Bujang
P 219 ( Miri ) : Michael Teo Yu Keng
P 220 ( Baram ) : Anyi Ngau
P 221 ( Limbang ) : Hasbi Habibollah
P 222 ( Lawas ) : Henry Sum Agong


Spread the love

30 Comments

  1. Pingback: Black 505
  2. Sebenarnye x kisah siapa yang memimpin.. Yang penting jalankan amanah dengan sebaiknya.. Macam Khairi Jamaluddin, baru naik menteri Sukan dah mcm2 dia cuba buat! Itu yang sepatutnya… Kalau semua menteri macam dia kan best? hehe
    Curahan rasa Izuddin @ ..Doa Minta Jodoh Sampai CepatMy Profile

  3. rakyat memberontak mahukan keadilan nak wat guane.. saya rasa spr kurang telus sebab kedua2 parti buat petisyen. Jadi di mana telusnya kalau kerajaan pun failkan hantar petisyen. tapi apa-apa pun, saya tunggu duit brim dan harga kereta turun huhu
    Curahan rasa Bidadari @ ..Anak : Memilih NurseriMy Profile

  4. Sokong dua2 (BN &Pembangkang), nak tunggu duit seribu hehe.
    Result yang sebelum nih (PRU12) buat saya terkejut.

  5. semoga yg bisnes terus dpt berbisnes dgn aman, guru terus dpt mendidik murid menjadi rakyat yg matang dan menjadi pengundi yang bijak, jururawat & doktor dpt terus merawat rakyat Malaysia supaya jadi sihat mental dan fizikal, alim ulamak dpt terus berperanan memantapkan aqidah umat Islam dan berdakwah kpd bukan Islam dan seperti yg Allah kehendaki, syariat Islam dpt terlaksana di muka bumi ini….
    Curahan rasa mus @ ..Cari Homestay – Azza Elite Tetamu Istimewa Shanana HomestayMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!