Seminar Sembang Hartanah 2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, buat pertama kalinya AE Consultancy Services yang bernaung di bawah Denaihati Network Sdn. Bhd. bakal berkolaborasi di dalam menganjurkan satu siri seminar hartanah dengan judul Seminar Sembang Hartanah 2013.

seminar sembang hartanah 2013

Seminar Sembang Hartanah ini bakal mempertemukan 3 orang penulis buku hartanah melayu yang akan berkongsi pentas untuk mengutarakan strategi pelaburan yang menjadi tunjang di dalam buku-buku mereka. Ketiga-tiga mereka yang dimaksudkan adalah :

  1. Tuan Shamsuddin Kadir (SK) – penulis buku laku keras terawal di dalam bidang hartanah dengan tajuk ‘Buat Duit Dengan Rumah’ dan ‘Kaya Dengan Rumah’, merupakan penulis terawal yang saya kagumi kerana gaya bahasa mudah yang menjadi nadi di dalam setiap penulisan beliau. Beliau juga turut menulis sebuah lagi buku laku keras perancangan kewangan di bawah tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ sebelum diakhiri dengan penerbitan terkini beliau, ‘Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta’ yang baru sahaja berada di pasaran beberapa bulan lalu.

buku hartanah shamsuddin kadir

  1. Tuan Saufi Karim – penulis ebuku best seller yang kemudiannya diangkat menjadi sebuah buku cetakan keras dengan tajuk yang sama iaitu Pelaburan Hartanah Tanpa Modal. Walaupun dianggap masih baru di dalam pasaran hartanah tetapi kemampuan beliau mengeksploitasi setiap peluang yang hadir telah mula membuka mata ramai sehingga berjaya memasyhurkan diri di persada antarabangsa. Alhamdulillah, baru-baru ini beliau juga telah diangkat sebagai ‘Asia’s Real Estate Expert’ dan diberi peluang untuk berucap di satu simposium antarabangsa, Inspiration2020 yang turut membariskan ‘America’s Business Expert’, Mr Bill Walsh.

pelaburan hartanah tanpa modal

  1. Tuan Faizul Ridzuan – satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Buku ‘WTF? 23 Properties by 30’ telah mengangkat nama beliau sebaris dengan ikon pelaburan hartanah tanahair seperti Azizi Ali, Milan Doshi dan Renesial Leong. Dianggap pakar di kalangan khalayak pelabur hartanah, beliau sering menjadi buruan lensa kamera tv dan majalah. Dek penangan status laku keras yang diperolehi oleh buku Bahasa Inggeris beliau, ianya kemudian telah diterjemah ke Bahasa Kebangsaan dan difahamkan yang jualannya juga berkemungkinan mampu menyamai status laku keras buku Bahasa Inggeris beliau sebelumnya.

WTF 23 Hartanah Sebelum 30

Nah, 3 nama besar beserta seorang lagi penceramah misteri bakal mengambil tarikh 20 Julai 2013 (Sabtu) untuk ditampilkan dan dengan hanya RM99.00 sebagai tanda harga fi pendaftarannya, anda sudah mampu untuk mempersiapkan diri anda dengan strategi pelaburan yang terkini. Namun, agak menyedihkan kerana peluang untuk menghadirinya hanya terhad kepada 100 pendaftar terawal sahaja dek kerna kekangan kapasiti dewan seminar yang hanya mampu memuatkan sejumlah angka tersebut.

Jadi sebelum tempat tersebut dipenuhi, maka adalah lebih baik anda mendaftarkan diri untuk seminar yang bakal diadakan di PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam (Belakang Gedung Kain Jakel). Ingat!! Hanya untuk 100 pendaftar terawal sahaja. Untuk mendaftar, KLIK DI SINI.

Malah bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan mendaftar sebagai agen affiliate kami kerana setiap peserta yang mendaftar melalui link anda, RM10 pasti akan menjadi habuan anda. Oleh itu, marilah bersama-sama mendaftar sebagai rakan niaga affiliate kami dengan meng’klik’ link INI.


Spread the love

36 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!