Seminar Pemikiran Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia.

Islam merupakan agama (deen) yang diturunkan Allah kepada manusia melalui perantaraan para Rasul untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam. Sebagai agama risalah, Al-Quran menyarankan dua bentuk penyebaran agama Islam kepada manusia. Pertama, seruan dakwah terhadap mereka yang berada di luar lingkungan agama. Usaha ini perlu dilakukan dengan kebijaksanaan, nasihat yang baik dan dialog yang berhemah.

Sehinggakan kepada penguasa zalim seburuk Fir’aun pun, Nabi Musa AS diperintah Allah untuk berdakwah menggunakan perkataan yang lembut dan mengetengahkan hujah yang benar dan baik. Bentuk kedua penyebaran risalah Islam pula lebih bersifat dalaman iaitu usaha memperbaiki masyarakat Islam itu sendiri. Ada yang mengenali As-Syahid Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti?

SIAPA Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti?

Dilahirkan pada 1929 di perkampungan Jilka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam.

Beliau telah dibunuh pada 21 Mac 2013, semasa perang saudara di Syria, dilaporkan dalam satu letupan bom, walaupun “banyak soalan mengenai kematian” telah ditimbulkan oleh video di tempat kejadian.

Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti

Ada yang sudah mendengar wasiat terakhir beliau?

Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat diAmman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.

Pembentang Seminar

ABIM kali ini melalui sayap intelektualnya AIM ingin mengambil peluang untuk menganjurkan seminar tokoh pemikir gerakan Islam kontemporari. Tinjauan sejarah silam merekodkan bahawa ABIM merupakan institusi terawal mengiktiraf sumbangan Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti dan telah menerima kunjungan beliau seawal tahun 90-an dan mengiktiraf sumbangan beliau yang sangat signifikan pada dunia Islam.

Sesuai dengan ketokohan, karisma, keilmuan, kesarjanaan dan kegigihan beliau dalam gerakan penyebaran Islam dengan medium yang pelbagai dan boleh dikatakan versatil, ABIM akan menganjurkan seminar khusus membicarakan sumbangan dan pemikiran beliau di dunia umumnya dan umat Islam khususnya. Seminar ini juga akan melibatkan wacana atau bedah karya agung beliau seperti al-Jihad fil Islam dan Dhawabit al-Maslahah fi Syariat al-Islamiyyah (Prinsip-prinsip kemaslahatan dalam syariat Islam).

poster seminar di Karangkraf

Kepada yang berkelapangan pada ahad ini, dijemput untuk menyertai seminar ini yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. Menampilkan pengkisahan dan bedah pemikiran dan citra islah ummah Syeikh Muhamad Said Ramadhan al-Buti anakanda beliau, Prof. Dr. Tawfiq Muhammad Said al-Buti ad-Dimasyqi yang akan memberikan ucaptama pada seminar berkenaan.

DAFTAR SEMINAR DI SINI

Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Tempat : Dewan Auditorium Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam
Waktu : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang
Yuran : RM 80 (awam) dan RM 40 (pelajar)

Pendaftaran dan info lanjut boleh hubungi : 011-14330439

Atau layari : https://seminarpemikiran.wix.com/al-buti-aim


Spread the love

219 Comments

  1. Mesti hebat dapat menghadiri seminar pemikiran ulamak seperti ini. Mesti banyak input input yang bagus dan penuh dengan pengisian ilmiah.

    Harap dapat meluangkan masa untuk program ni nanti. INsyaallah
    Curahan rasa daddydee @ ..Mengejar BayangMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!