Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Jihad dalam konteks Islam bermaksud berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid. Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Ad-Din (agama) Allah dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan Al-Quran.
Sebahagian umat Islam beranggapan bahawa jihad hanya disyariatkan selepas Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah ke Madinah. Sebelum itu, umat Islam tidak mengenali istilah jihad dan hukumnya. Padahal kenyataannya bukanlah begitu. Ini kerana terdapat ayat al-Quran yang diturunkan pada zaman Mekah yang menyuruh nabi agar berjihad. Ayat ini ialah dalam surah Al-Furqan ayat 52. Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang benar.”
Dalam kehidupan kita sebagai umat Islam, tidak lari dalam perkara yang membabitkan jihad. Samada jihad untuk diri sendiri, keluarga, komuniti mahupun jihad bisnes. Kali ini, peluang untuk anda semua pelajari apa itu Jihad. Tinggal kurang dari 7 hari menghampiri Seminar Fiqh Jihad yang menampilkan tokoh ternama dalam merungkai permasalahan dan salah faham mengenai prinsip dan amalan sebenar jihad.
Kesemua aktivis masyarakat, ahli akademik, pengkaji, penyelidik, anggota keselamatan, pelajar dan masyarakat awam dijemput bagi menghadiri program ini yang kemudian menjadi agen menyampaikan manfaat ilmu kepada akar umbi. Kerana di AIM, kita percaya bahawa memajukan masyarakat harus dimobilisasi oleh wisdom dan knowledge.
Atas semangat memahami Islam sebagai agama Rahmatan Lil ‘Alamin dan demi menghayati usaha keamanan sejagat, kali ini Akademi Intelektual Muda (AIM) membawakan Seminar Fiqh Jihad. Ayuh kita dengar dan pelajari diskusi isu semasa mengenai salah faham pensyariatan jihad oleh mereka yang cukup berpengalaman. Seminar Fiqh Jihad dengan ini menampilkan :
Ucaptama dari SS. Syeikh Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, (Mufti Wilayah Persekutuan) bersama panel pembentang :
1. Dr. Muhamad Razak Idris (UKM)
Tajuk : Isu Radikalisme Dalam Diskusi Pemikiran Islam Semasa
2. Ustaz Fauwaz Fadzil (MURSHID)
Tajuk : Jihad Madani
3. Ustaz Ahmad El-Muhammady (UIAM)
Tajuk : Salah Faham Terhadap Jihad: Mengapa, Bagaimana, dan Apa Penyelesaiannya?
Tarikh : 27 Disember 2014 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam
Masa : 8.30 pagi hingga 5 petang
Yuran Penyertaan : RM 70 (Awam) & RM 35 (Pelajar-bawa ID)
*Yuran termasuk pakej makanan, kertas pembentangan, dan Majalah i.
Daftar sekarang! Tempat adalah terhad! Daftar sekarang di : http://bit.ly/seminarfiqhjihad
No related posts.
41 Comments
seminar keislaaman harus terus digalakkan dan kontinyu setiap bulannya supaya semakin banyak hatinya yang terbuka akan kebenaran
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Mesjid-Mesjid Cantik Di Malaysia
Comments are closed.