Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seperti yang ramai telah sedia maklum, team Denaihati telah beberapa kali memberi hint di Facebook mengenai seminar affiliate yang akan diadakan pada awal bulan Disember. Tujuan seminar “Buat Duit Affiliate dengan Blog” adalah untuk membuka minda bahawa sistem affiliate adalah salah satu cara utama menjana pendapat online yang lumayan. Seminar Affiliate kali ini akan mendedahkan bagaimana pakar-pakar Affiliate tanahair menjana pendapatan melalui pelbagai program Affiliate yang ditawarkan.
Sistem affiliate buka cara baru menjana pendapatan online tetapi sudah lama terkenal di seluruh dunia sehingga telah melahirkan ribuan jutawan online. Platform yang paling terkenal di dunia adalah Clickbank. Di Malaysia Klikjer dan Ashadee antara platform yang telah membantu ramai menjana pendapatan setiap hari, minggu dan bulan.
KLIK UNTUK LIHAT CONTOH INCOME DAN SIAPA YANG MESTI JOIN SEMINAR INI
Dalam Seminar Duit Affiliate dengan Blog, anda semua akan didedahkan dengan program-program Affiliate yang boleh disertai, bagaimana membina blog yang akan membolehkan anda mendapat jualan daripada program-program ini, teknik pemasaran blog melalui SEO dan banyak lagi.
Antara panel-panel yang akan berkongsi rahsia dan strategi yang mereka gunakan selama ini adalah seperti berikut.
- Dato’ Hussamuddin – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf yang telah berjaya membina empayar dalam bidang penulisan dan percetakan.
- Encik Titan – Telah menjana ribuan ringgit melalui program Affiliate yang diusahakan melalui rangkaian blog beliau
- Prof Hariz – Mula menjejakkan kaki dalam dunia Affiliate pada tahun 2014, tetapi beliau telah menjana ribuan ringgit dalam tempoh yang singkat.
- Suhaimy (Shuth) – Merupakan seorang Internet Marketer yang mempunyai pengalaman mendalam dalam industri penulisan, beliau mempunyai platform jualan ebook tersendiri iaitu klikjer.com
- Zeo Unic – Tahun ini sahaja beliau telah menjana puluhan ribu ringgit dari salah satu program affiliate tempatan. Pakar dalam pemasaran Affiliate menggunakan blog dan SEO.
- Eizil – Salah seorang tunggak utama dalam Team Denaihati Network, mempunyai pengalaman blogging lebih 10 tahun dan menggunakan blog untuk menjalankan pelbagai program pemasaran.
Pelbagai teknik akan didedahkan oleh para panel kita. Melakukan pemasaran Affiliate melalui blog juga mempunyai strategi dan seni yang berbeza. Ini peluang anda untuk mempelajari pelbagai teknik ini dalam satu majlis. Bagaimana mereka semua memasang pelbagai alat yang akan memancing pembeli produk-produk affiliate yang ditawarkan.
Senarai panel ini dengan latar belakang yang berlainan tetapi menjalankan aktiviti yang hampir sama iaitu menulis. Ini adalah peluang untuk anda belajar dan bertanya sendiri dengan para panel yang bergiat aktif dalam bidang buat duit dengan affiliate.
Jangan lepaskan peluang, daftar sekarang dengan klik pada banner di bawah
Dalam keadaan ekonomi yang semakin hari semakin mencabar ini, anda boleh memilih untuk mengikat perut atau berusaha untuk menambah pendapatan sampingan. Jangan hanya tunggu dan lihat, tiba masa untuk mengambil tindakan. Pilihan di tangan anda.
Daftar sekarang Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog.
Jutaan terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi menjadi penganjur bersama, Sinar Harian menjadi Rakan Media, Jopana Sdn Bhd sebagai penaja utama dan semua Rakan Affiliate sehingga berjaya kita menganjurkan seminar “Buat Duit Affiliate dengan Blog” untuk membantu masyarakat menjana pendapatan dengan kaedah yang unik.
Senarai Penganjur Bersama, Rakan Media, Penaja Utama dan Penaja Bersama.
[one_fourth_last][/one_fourth_last]
1,567 Comments
semoga setelah dapat banyak uang tetap ingat Zakat setiap tahunnya supaya berkah
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
Seminar buat duit semakin banyak di Kuala Lumpur.
Pada pendapat saya seminar seperti ini harus berterusan.
Selalunya seminar dibuat untuk beginner. Mungkin selepas ini boleh dibuat untuk advance dan pro.
memang berbaloi kami berjalan jauh dari Terengganu ke KL untuk ke seminar ini.
Thumbs up to penganjur!!
Curahan rasa ummu @ ..Seminar Buat Duit Affliate dengan Blog: Membuka Mataku untuk Berjaya
terbaek lah kepada yang join seminar tu..
pasti banyak ilmu yang dapat dipelajari di sana tu..
semoga berjaya semua
Curahan rasa zool @ ..Kelahiran anak buah ketiga
menarik ni, saya selalu dengar ia boleh buat duit.. cuma tidak berkesempatan nak ikuti sebab tengah sarat
Curahan rasa safiya @ ..A Doctor’s Story: Cinta dan Rindu Seorang Suami
alamak dah terlepas..sob2 Ade lg ke dalam masa terdekat.
sy berminat nak share kpd agen2 affiliate sy.
Wah, ramai pakar-pakar turun.. InsyaAllah berminat nak sertai kalau takda kekangan nanti.
Curahan rasa Azlan Saleh @ ..Akhirnya Nokia Here Map Secara Rasmi di Google Play
Pengamal Kitab SEO Merah Jambu yang ditulis oleh Encik Titan pasti nak tengok perkongsian beliau secara langsung.
Curahan rasa ikhwan @ ..Encik Titan Kesal Dengan Gathering 2014
pstinye pengamal merah jambu teruja dgn perkongsian encik titan…terbaiklah..
Curahan rasa hafizmd @ ..Apa Keputusan Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala Suzuki AFF?
ana try kongsi dengan sahabat di blog ya mana tahu ada yang nak join sekaki nanti
Curahan rasa adna2029 @ ..Rahsia Pakar Affilite Di Bongkarkan
Prof Hariz, Zeo Unic, Encik Titan .. mereka memang hebat dalam affiliate tempatan, Shuth pula berikan platform terbaik produk affiliate menerusi klikjer.com .. rugilah mereka yang tak daftar seminar ni.
Saya baru je dapat teknik dari 3 pakar affiliate tu.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Belajar Teknik Affiliate dari 10 Pakar serta Blog Statistik November 2014
dijangkakan hasrul hassan akan menyengat pada tahun depan sebab dah dapat ilmu pemasaran dari mereka semua 🙂
Curahan rasa ikhwan @ ..Rahsia RM100000 Dengan Affiliate Niche Kerjaya
selamat menuntut ilmu kepada semua yang join seminar ini!! Semoga bermanfaat dan membantu anda untuk buat bisnes affiliate sampai bonus 4 5 angka!
Curahan rasa Faezah @ ..Cara untuk menguatkan sperma dan mengatasi masalah kesuburan lelaki
Sepertinya ini akan sangat punya manfaat.. Jadi tertarik untuk ikut..
Curahan rasa Ombro @ ..Rute Mobil Busway Transjakarta Seluruh Koridor
Pergh, penaja semua company-company besar. Rasa bangga la tengok DenaiHati anjur program camnie.
Curahan rasa Jep @ ..Guna Alexa Boostup Autosurf Untuk Naikkan Ranking, Baik Untuk SEO Atau Tidak?
Comments are closed.