Semakan keputusan SPM 2016 secara online

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi info cara semakan keputusan SPM 2016 secara online.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Calon SPM 2016 terutama Kakak pasti berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada 16/3/17. Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh semak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Sms

Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

  • Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 16.03.17 hingga 22/3/2017 jam 6.00 pm.

Semakan keputusan SPM 2016 secara online

Sila klik Sistem Semakan Online Keputusan SPM 2016 Lembaga Peperiksaan.

Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2016 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan. Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.

Berhati-hati kepada yang memandu dan menunggang motorsikal untuk pergi mengambil keputusan dan pulang dari mengambil keputusan SPM. Banyak sudah berlaku kejadian yang  tidak diingini.

Kepada ibu bapa sebelum share di sosial media keputusan SPM, tanya anak dia selesa ke?

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

33 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!