Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalaulah aku diberi peluang teringin juga ikut Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Memang minat dengan program perkhemahan dan motivasi. PLKN ini adalah satu-satunya program yang dapat menyatukan anak muda Malaysia di bawah satu bumbung bagi memahami antara satu sama lain. Walaupun kita 1Malaysia tetapi hakikatnya Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain telah dipisahkan sejak alam persekolahan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Perpisahan menjadi lebih teruk dengan perbezaan pandangan politik yang keterlaluan.
PLKN juga melatih anak-anak muda menjadi lebih berdikari secara positif setelah mereka dimanja dengan berbagai kemudahan di rumah. Anak-anak sekarang lebih banyak masa dalam rumah dengan permainan elektronik sehingga kurang interaksi dengan manusia dan alam. Ibubapa sekarang terlalu mengawal anak sehingga anak-anak tiada kebebasan sebagaimana anak-anak dahulu sehinggakan ada yang tak anak hantar anak ke PLKN.
Untuk ibubapa yang ada anak-anak yang layak ke PLKN boleh semak kemasukan secara SMS dan Online.
Semakan PLKN secara SMS
Semak Status : Taip PLKN SEMAK [No Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888
Contoh : PLKN SEMAK 941212115050 dan kirimkan kepada 15888
Semak Kem Latihan : Taip PLKN KEM [No Kad Pengenalan] dan hantaar ke 15888
Contoh : PLKN KEM 941212115050 dan kirimkan kepada 15888
Setiap SMS dikena bayaran RM0.35
Semakan PLKN secara Online
1. Layari website PLKN
2. Masukan No Kad Pengenalan di kotak kanan yang tertulis Semak Pelatih Terpilih.
Tahniah kepada yang telah terpilih dan suka aku nak syorkan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara supaya menambah modul agama dalam latihan seperti amalan zikir pagi dan petang serta solat malam kerana hanya Agama dapat mengawal anak-anak muda sesat dalam terang.
Terkini : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan memperkenalkan latihan fizikal yang baru khusus bagi pelatih yang mengalami berat badan berlebihan, tahun depan – Puanbee.com
[ad#Yieldads]
20 Comments
salam , saya pun kalau diberi pilihan teringin nak sertai PLKN ,mencabar tp suka .. dulu2 masa sekolah pun rajin ikut kem ala2 tentera ni
Curahan rasa puanbee @ ..Jagalah hati kita | Tanda-tanda hati telah rosak
Ketiga-tiga anak saya tidak berpeluang untuk menyertai program PLKN. Saya tak pasti sama ada mereka beruntung atau tidak. Setakat ini mereka tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka dari bangsa lain.
Curahan rasa shahrir hj ahmad @ ..Just a few Facebook Facts and Figures
a’ahh,stuju abis.:)
setuju banget sob
Sekarang semuanya mudah, cuma sms je dah boleh semak status PLKN.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
PLKN merupakan satu program yang banyak memberi kebaikan kepada anak-anak muda…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
wey,cmne nak buat??
nak tau jgk dapat ke tak nie..xsabar2 nie..
xfaham cmne nak wat…
huhu adik aku dapat, tapi dia dah masuk mengaji so kena buat rayuan lah
hm..nape x dapat bukak..:(
web plkn tuh x leh bukak la… ade database error plak adeshhh
aku semak tadi..tak dapat la pulakk..
Salam, sampai sekarang masih tidak berjaya login ke web khidmat negara tu, mcm ada prob je, sms pun xde jwpan, sian dgn adik2 yang lain nak tahu keputusan.
senorok klu dapar pergi PLKN nie, sayangnya time dulu takde PLKN, kalau tak nak juga merasa 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Facebook 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation – Rakyat Tuntut Najib Tun Razak Berundur
sokong juga supaya modul agama diterapkan di PLKN supaya pelatih dapat jadikan panduan selepas keluar dari kem nanti
Curahan rasa wazy @ ..Mumble less Monday #7 : Kawan Makan Kawan
setuju sangat part modul Islamik tu.rasanya 3bulan kalau hari2 ada sesi bacaan al-quran,pasti dpt lembutkan hati anak2 muda ni…
Curahan rasa izwannizam @ ..Nilai Bersih Anda
Comments are closed.