Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu makanan HALAL dan HARAM terus mencengkam kehidupan umat Islam. Keadaan ini berlaku kerana Umat Islam Malaysia tak mampu menyediakan kemudahan yang cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk menyediakan kemudahan seperti makan proses, bahan makanan sehinggalah kedai makan.
Pengusaha Muslim bukan tak ada tetapi agak lambat bergerak mengikut peredaran masa lihat sahaja kedai makan orang Melayu ada yang tak berubah sejak berpuluh tahun sedangkan kedai makan MAMAK dah lama upgrade ala Bistro manakala kedai kopi CINA dah naik taraf jadi KOPITIAM.
Kita umat Islam hanya pandai marah JAKIM atau marah pengusaha Kopitiam apabila dapat tahu Kopitiam tertentu tak ada sijil HALAL JAKIM. Kan KOPITIAM tu untuk orang Cina jadi kalau ada yang minta sijil HALAL JAKIM tu kira bonuslah untuk orang Islam.
Kita mesti rajin memeriksa status HALAL dan HARAM dengan berbagai kemudahan semakan ONLINE dan SMS yang ada dan jangan harap KERAJAAN nak suap depan mata sahaja.
Semakan status HALAL online.
1. Semak status HALAL @ HALAL JAKIM
2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU @ HALAL JAKIM
3. Senarai HOTEL yang ada Sijil Halal @ HALAL JAKIM
4. Aduan Halal @ HALAL JAKIM
Semakan status HALAL SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:
Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.
Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.
Semuga perkongsian sedikit maklumat oleh membantu umat Islam Malaysia. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.
Nota : Sangat digalakkan untuk copy paste, ReTWEET, Like FB dan Share FB untuk sebarkan infomasi MAHA penting ini keseluruh alam.
73 Comments
siapa yg ada henpon canggih2 tu…. donlod la apps HDC Halal. takkan donlod apps merepek lain boleh, ini tak boleh kan? :)) http://www.ieyra.com/2011/05/hdc-halal-apps-are-now-available-on.html
Apps tu boleh check status Halal semua ke? Or ada aplikasi Solat, Haji dan relatu tu Islam?
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Insentif Tunai dan Rewards dari Blogger Otai
baru nak check ni..tq for sharing
Curahan rasa mamasuri @ ..layan keropok warna warni
Terima kasih DH kerana memberi info ini…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
orang Islam skg ni makan semua nak HEBAT-HEBAT, nak ada CLASS, kalau tak, nampak rendah je status diorang. walhal belanja awek pon pakai duit PTPTN je. Ni lah kesannya bila STATUS MAHAL kedai tu diutamakan lebih daripada STATUS HALAL kedai itu sendiri.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Bandar Fudai Selamat Daripada Tsunami Kerana Benteng Banjir Ini
saya tak mampu makan kat tempat hebat2 nama pelik2. hahahahahhaha :p masakan mak terbaik
Sama Ey…. aku juga lebih senang makan dirumah.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hati Merdeka Merah Putih III
aku suka masak aja sendiri :p
Wah, boleh semak status halal melalui sms ja…mudah sekali..
Teringat dengan posting di blog justkhai, cerita pasal beza kedai makan melayu dengan kedai makan mamak. Orang melayu kalau bukak kedai macam nak tak nak je. Tapi mamak siap boleh kasi extra service lagi bila pelanggan walk in.
Pada saya, tak kira melayu ke, cina ke, india ke, kena belajar cara-cara penyediaan makanan halal ni sebabnya masyarakat yang maju dan berdaya saing datangnya dari makanan yang bersih,halal lagi suci. Ini bukan saya yang cakap tetapi alim ulama terdahulu yang pernah bercerita hal ini
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Hanya RM120 untuk khidmat seks
mang benar makan halal tu penting bgt….karena kita umat agama islam…spaya kita berkah dan barokah memakan makannya
makasih Info nya salam kenal
Check pkai sms tu paling best tuh. Ye la, klu dah duk kita berdiri depan kedai tu, boleh dapat reply status halal @ x cecepat, boleh makan cepat.. Terbaik!
Curahan rasa Lin Che Mat @ ..Kenapa saya suka kerja saya Part 1
mencari halal itu fardhu….
Curahan rasa yusri @ ..Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 dan 2011
saya kalau ragu2 memang tak makan.. setuju tu.. sekarang dah canggih semua dihujung jari.. semak je secara online atau SMS bila2 masa sahaja
Semakin hari semakin banyak KOPITIAM ni tumbuh, tumbuh bak cendawan. tapi kita sebagai umat islam kenala titik beratkan isu HALAL & HARAM ni supaya tak terpedaya dengan logo HALAL PALSU.
Curahan rasa zack @ ..MasyaAllah- Mangsa seksual Strauss-Khan adalah muslimah
tak pernah lepak kopitiam sbb ragu2. tgk tauke cina, pekerja melayu mmg out of list. baik layan minum kopi yg opah proses sendiri. kaw2 best
Tak semua kopitiam dapat sijil Halal. Ada yang 3 cawangan je dapat dari berpuluh cawangan. Tu yang susah, better elakkan pergi kopitian lah.
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Insentif Tunai dan Rewards dari Blogger Otai
Comments are closed.