Semak Saman Trafik Online

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekarang sana sini sibuk bercerita tentang Kamera AES. Secara peribadi aku memang sokong dengan Projek Kamera AES cuma perlu dibuat pembaikan mana-mana yang lemah. Sebab utama aku sokong Projek Kamera AES kerana ramai sangat samseng jalanraya yang suka-suka bawa kenderaan macam jalan mak bapak diaorang.

Aku memang tah faham puak-puak yang menyokong samseng jalanraya ni. Dah berani nak bawa laju jangan malas nak bayar saman. Nyawa pengguna jalanraya lain lebih bernilai daripada nyawa samseng jalanraya ini.

Joom periksa kawasan Lokasi Kamera AES @ JPJ.

Kemudahan internet memudahkan pemandu di Malaysia untuk semak saman trafik secara online atau SMS. Yang lebih menarik pemandu akan dimaklumkan setiap kali mendapat saman trafik melalui SMS dan email jika berdaftar dengan MyEG. Dengan semua kemudahan semakan saman online menyebabkan pemandu Malaysia semakin berani kerana tak perlu berjumpa Polis atau JPJ untuk menyemak saman trafik. Patutlah jumlah kemalangan kian meningkat.

Saman Trafik Online
Semak Saman Trafik Polis online

Semak saman trafik JPJ melalui Online :

Hanya perlu memasukan no kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan no plat kereta @ JPJ Online

Semak saman Polis melalui SMS :

  • Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
  • contoh :  POLIS SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :

  • POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
  • contoh :  POLIS SAMAN BHN786 hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip

  • POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
  • Contoh : POLIS SAMAN BHN786 denaihati@yahoo.com dan hantar ke 32728

Kepada yang dah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman  secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli.

Selain semak saman trafik secara online dan SMS pemandu juga boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan secara online dan membeli insuran secara online. Kalau nak tahu boleh lansung ke “Renew Road Tax secara Online“.

Untuk melihat gambar sikap buruk pemandu Malaysia boleh terus ke “Gambar Sikap Buruk Pemandu Malaysia“. Untuk melihat kereta-kerta terbaru boleh terjah “Autoworld“.


Spread the love

119 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!