Semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdebar-debar di hati bukan setakat abang juga kami ibu bapa menunggu keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan pada 20/3/2014 sehari selepas pengumuman STPM 2013 iaitu pada 19/3/2014. Sekarang mudah nak semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah boleh semak secara online dan sms tak macam dulu perlu beratur panjang di sekolah.

Abang kata tak best pulak kalau semak keputusan SPM 2013 secara online atau sms sebab tak dapat jumpa kawan-kawan lama yang sudah lama tak jumpa. Inshaa Allah kami akan menziarahi sekolah abang, Madrasah Arab Kluang untuk mengambil keputusan SPM 2013 yang akan keluar selepas jam 10 am. Selepas tamat SPM abang tak berkesempatan bertemu kawan-kawan lama kerana membawa haluan sendiri. Majoriti kawan-kawan menyambung pelajaran di beberapa madrasah di Johor tapi abang menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama di Shah Alam satu sekolah dengan anak Penderma Hati yang pernah menjadi penulis jemputan di blog ini. (Kalau belum pernah baca klik koleksi entri Kisah Secebis Hati).

Masjid Nabi Shuaib a.s
Abang di Masjid Nabi Shuaib a.s

Calon SPM 2013 pasti berdebar-debar menunggu masa untuk menyemak keputusan SPM yang akan diumumkan pada 20/3/14. Mengikut kata abang pengumuman peringkat nasional akan dibuat di dewan sekolah yang abang sedang belajar sekarang. Mungkin sekolah tersebut dapat keputusan terbaik peringkat nasional agaknya. Menurut satu kenyataan kementerian, calon boleh menyemak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Semak keputusan SPM 2013 secara SMS

Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

  • Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

semak keputusan SPM 2013

Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 pm, 26 Mac 2014.

[box type=”shadow”]Semak keputusan SPM 2013 Secara Online tidak disediakan oleh kementerian.[/box]

Berdasarkan keputusan percubaan SPM rasanya tak risau dengan keputusan SPM sebenar abang tetapi apa pun keputusan kami akan terima dengan hati terbuka. Abang sudah buat keputusan untuk meneruskan pengajian STAM sehingga tamat peperiksaan pada bulan Oktober 2014.

Pemohonan IPTA

[box type=”shadow”]1. Calon SPM 2013 boleh memohon kemasukan IPTA secara online di SINI yang telah dibuka sejak 20/1/2014 sehingga 7/4/2014.

2. Pemohonan sambung belajar di Kolej Pengajian Tinggi Mara (KPTM) di http://kptm.edu.my [/box]

Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.

Pemohonan Biasiswa untuk SPM/STPM 2013

[box type=”shadow”]1. Biasiswa PETRONAS boleh memohon @ http://educationsponsorship.petronas.com.my (Tutup pada 26 March 2014) [/box]


Spread the love

68 Comments

  1. sekarang semua dah berada di hujung jari, tak perlu susah2 nak pergi sekolah nak tengok keputusan, tapy kalau pandangan saya baik pergi ambik sendiri keputusan Spm baru best sikit, masa tulah kita nak tengok kwn2 kita yang berjaya malahan yang menangis pon ada, menangis ni ad dua sebb antara gembira atau kecewa.
    Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput RezekiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!