Selangor apa nak jadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri POLITIK tetapi lebih kepada entri masalah masyarakat. Aku menulis berdasar pengalaman sendiri yang mungkin juga menjadi kerisauan sebahagian besar rakyat Selangor. Aku tak nak cerita tentang kisah Datuk Dr Hassan Ali yang disingkir dari jawatan Exco atau kisah perniagaa Melayu di Kompleks PKNS yang merintih apabila sewa kedai dinaikkan dua kali ganda atau kisah masjid yang semakin aktif dengan berbagai aktiviti.

Selangor Darul Ehsan

Hanya dua perkara yang yang aku nak kongsikan.

1. Sejak 3 – 4 tahun ini kenapa agaknya banyak sangat aku nampak Pusat Refleksologi dan Rumah Urut yang tumbuh bagaikan cendawan bukan sahaja di bandar besar juga di bandar kecil seperti di Petaling Jaya, Klang, Kajang sehinggalah di Sungai Besar. Tu belum cerita lagi dalam Mall yang besar. Pernah jugalah aku dan rakan-rakan lalu di depan Pusat Refleksologi dan Rumah Urut daripada promosi yang dibuat oleh amoi-amoi dan cewek-cewek bunyinya lain macam je. Betul ke kat dalam tu hanya ada khidmat mengurut kaki dan badan sahaja? Ada sesiapa boleh bantu bukan apa takut juga di akhir zaman ini mudah sangat anak muda Islam dapat khidmat yang terlarang.

2. Sejak Khidmat mengutip sampah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dari Alam Flora perkhidmatannya SubhanAllah teruknya. Sampah terbiar dalam tong sehingga melompat ulat di atas lantai. Kalau dulu kita boleh tahu bila lori sampah datang sebab diaorang ikut jadual tapi sekarang entah bila kekadang datang tengah malam ketika semua sedang lena tidur. Adakah ini yang dikatakan penambahbaikan perkhidmatan?

Mungkin Rakan Blogger yang tinggal di Selangor boleh kongsikan pengalaman bukan sahaja yang tak baik juga yang baik untuk maklumat yang berkenaan.


Spread the love

165 Comments

  1. SALAM.kalau masjid2 buat banyak aktiviti memang bagus..banyak diperkatakan dalam agama supaya membentuk peribadi yang baik untuk kesejahteraan umat. kalau kita kerap ke MASJID dengan niat ikhlas kerana ALLAH, kita pun sama2 jaga kebersihan iaitu buang sampah merata2. Rumah2 urut pun takda orang ISLAM yang datang. Cuba kita bandingkan budaya JEPUN dengan kita..DISIPLIN,KUAT KERJA,KOMITED. Kerajaan MALAYSIA juga komited dalam hal kebersihan tapi RAKYAT nya? ada sampah depan mata pun tak nak kutip,pas tu nak salah kan orang tak nak kutip sampah…tepuk dada tanya fikiran…hahaha.(tak semua orang begitu taw)

  2. dalam media arus perdana terus menerus menghentam kerajaan Selangor tentang isu ni. inilah politik, semua pihak mencari kesalahan masing-masing utk kepentingan politik mereka. sepatutnya, pembangkang membantu kerajaan mentadbir. dan kerajaan pula bila dah ada kuasa yg sesuka hati bedal buat kerja sambil lewa. tampuk pemerintahan tu amanah besar tu. isu keselesaan rakyat tidak harus dipolitikkan. duduk bersama bincang mekanisme sewajarnya. itu cara yg terbaik. bkn mengaibkan sesama sendiri.
    Curahan rasa riffzam @ ..#22 – Hijau RosakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!