Selangkah Melangkah Hijrah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur kepada ALLAH SWT yang masih dipinjamkan usia dan kesihatan sehingga diberi peluang untuk menjejaki kaki ke tahun 1434H. Bukan semua terpilih untuk meraikan tahun baru 1434H.

Selangkah kita melangkah tahun baru Hijrah maka berbagai azam baru dipasang dalam hati tetapi seperti biasa bila sampai hujung tahun azam tinggal azam, kehidupan masih sama ditakuk lama. Untuk itu sempena tahun baru 1434H apa kata kita buat perubahan. Tak perlu azam banyak-banyak yang akhirnya tak terlaksana pun. Apa kata kita azama buat satu perubahan yang simple tapi mampu kita lakukan dengan istiqamah.

Untuk berjaya dalam hidup sebenarnya bukan bergantung seratus peratus pada usaha keras. Berapa ramai di kalangan kita yang bekerja siang malam .. siang kerja makan gaji .. malam kerja sendiri tapi cukup bulan masalah masih sama. Orang alim kata kalau kita nak berjaya dalam hidup kita mesti jaga amal yang akan menjadi pemberat kepada kejayaan usaha kita.

Untuk tahun baru 1434H mari kita azam buat satu amalan baru yang simple tetapi istiqamah manakan tahu boleh menjadi asbab kejayaan kita dalam hidup … kejayaan kita menyelesaikan masalah yang selama ini tak selesai-selesai …kejayaan kita mendidik anak yang susah sangat nak dengan cakap … kejayaan kita melembutkan hati isteri/suami … kejayaan kita meluaskan rezeki … dan sebagainya.

Berikut ANTARA senarai amalan yang kita boleh amalkan setiap hari.

  • Baca Yassin selepas Solat Suboh.
  • Baca Doa Al Ma’thurat selepas Solat Suboh dan Solat Asar.
  • Solat Sunat Dhuha.
  • Solat Sunat Taubat.
  • Baca Al Quran sekurang-kurangnya satu muka surat.
  • Isthifar 100 x
  • Solat Tahajjud
  • Solat Witir

Bermula dengan satu amalan yang mudah dahulu sehingga istiqamah baru mulakan yang lain. Kalau ada amalah yang sudah kita amalkan maka kita buat satu lagi amalan baru yang lain. Nampak mudah tapi bukan semudah itu untuk diamalkan secara istiqamah. InsyaAllah kalau mampu kita laksanakan satu demi satu pasti akan ada perubahan dalam kehidupan.

Jangan lupa juga amalan sunnah yang mudah seperti doa sebelum makan, doa masuk/keluar tandas, doa masuk/keluar masjid dan paling utama solat fardu berjemaah.

Tahun Hijrah

Selangkah kita melangkah dekat kepada ALLAH SWT pasti semakin dekat ALLAH SWT kepada kita. Selangkah kita melangkah jauh kepada ALLAH SWT pasti semakin jauhlah ALLAH SWT kepada kita.


Spread the love

80 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!