Selamat tahun baru 2016

Spread the love

Assalamualikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah ALLAH pilih kita untuk menjejaki usia di tahun 2016. Tahun 2015 yang penuh dengan warna warni sudah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kehidupan. Jangan dikesali seandainya masih banyak azam 2015 yang belum tercapai kerana semua itu adalah pilihan kita sendiri. Berdasarkan kajian oleh Santapan Minda hanya 37% sahaja yang gembira dengan prestasi mereka  pada tahun 2015.

survey azam 2015

2016 kita rancang dengan lebih betul dan teratur. Mentor motivasi aku menasihatkan supaya menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2016 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2016 yang sudah kita catatkan dalam buku tersebut. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi cetusan minda yang sangat power untuk kita melaksanakan semua azam  yang sudah dimenterai. Nak lagi power kongsikan azam yang telah kita catat dengan yang tersayang supaya kita lebih bersungguh.

selamat tahun baru 2016

Insyaa Allah 2016 blog  Denaihati akan terus menjadi wadah berkongsi pengalaman kehidupan dan motivasi perniagaan kepada pembaca setia. Fokus adalah untuk kurangkan persaingan lebihkan kerja berjemaah. Setiap persaingan pasti ada yang menang dan kalah manakala kerja berjemaah akan menghasilkan kejayaan bersama yang lebih besar.

happy new year 2016

Kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari hidup jangan buat kerja  sendirian kerana ianya tidak akan membawa nada kemana. 2016 adalah tahun yang lebih mencabar jadi lebih baik kerja dalam masukan yang satu gelombang. Ketepikan semua pengaruh negatif sementara untuk fokus membina kehidupan yang lebih bermakna pada tahun 2016.

moving foward 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016.

Marilah kita berubah biar pun susah sebelum persekitaran kita mengubah kita dengan paksa dan itu adalah tragedi.

azam 2016

BYE BYE 2015. No Regret.


Spread the love

95 Comments

  1. Assalamualaikum denaihati.com, apalagi saya baru saja kena phk di perusahaan 🙁 semoga tahun 2016 lebih berkah lebih baik lagi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!