Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Lambakan cryptocurrency di pasaran“. Apa yang kita nak buat mesti ada ilmu jangan ikut sahaja sebab orang kata. Kali ini Abang nak menulis kisah dua sahabat blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah beberapa minggu lepas Abang dapat jemputan untuk majlis perkahwinan dua sahabat blogger yang memang sudah lama bersama dengan Denaihati. Terkejut juga bila dapat kad jemputan sebab mereka ni pandai jaga hubungan mereka, dari peringkat awal tak dapat di hidu. Bila dah kongsi di sosial media barulah pasti yang mereka adalah couple yang bakal mendirikan mahligai bersama.
Alhamdulillah ramai juga blogger yang bertemu johoh bersama blogger. Lebih menarik ramai yang bertemu di Majlis Sepetang Bersama Blogger yang akhirnya ke jinjang pelamin. Kalau tak silap rasanya lebih daripada lima pasangan blogger yang bertemu di majlis blogger kini sudah bekerluarga dan beranak.
Ramai juga blogger yang memeriahkan majlis persandingan blogger Khairil Mazri dan blogger Mia Namia yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 25 Shah Alam. Kebetulan yang serentak datang bersama Abang adalah Blogger Cahaya Diana, Blogger Akma Omar, Blogger Mak Dara, Blogger Puan Bee, Blogger Kak Juariah dan Blogger Roshidayu. Biasalah bila blogger berjumpa blogger memang jadi riuh majlis tu.
Aktiviti biasa blogger berselfie dan bergambar bersama untuk dirakamkan sebagai simpanan di sosial media, kebetulan dekorasi majlis memang cantik. Hidangannya pun enak tu yang terbaca kat FB Blogger Akma Omar katanya makan bertambah sebab hidangan ayam masak merah memang sedap.
Selamat pengantin baru kepada Khairil Mazri dan Mia Namia. Lalui kehidupan baru dengan sabar dan nikmati segala ujian berumahtangga sebagai satu keindahan hidup bukan kesusahan. Mencari susah maka susahlah yang kita dapat. Semuga bahagia hingga ke Jannah dan mempunyai anak-anak yang soleh dan soleha sebagai bekalan di akhirat kelak.
48 Comments
tak terlambat lagi kot nak ucapkan Selamat Pengantin baru utk yeop dan mia.
Curahan rasa olaoli @ ..Nak sewakan ikut bilik atau sebuah rumah?
Semoga ke Jannah pasangan Mia dan Yeop, senyum pun dah sama tu. InsyaAllah semoga jodoh mereka panjang
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Tiada Lagi Gastrik Kronik akibat dari Alergik Udang yang Teruk!
hehhe..tahniah kepada kedua pasangan. lepasni boleh la update blog sama2 di rumah, atau buat 1 blog bersama. hehehe.
Curahan rasa mrejoy @ ..Kelebihan mereka yang berdarah O
Win komen ni.. Harapnya macam tu lah… Tapi ada juga kes suami isteri sama-sama blogger sebelum kahwin… Tapi bila dah kahwin tak ada masa nak tulis blog…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Sebab suami dan isteri sibuk dengan kerjaya masing-masing.. dalam masa yang sama kedua-duanya beralih profesion daripada menulis blog kepada menulis buku..
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Blogger kahwin..
merupakan perkara yang menarik.
Semoga Mia dan Yeop kekal bahagia hingga ke Jannah.
aamiin .
Ya.. Rabbil Alamin.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
tahniah mia dan yeop semoga sakinah mawaddah warahmah sebuah pernikahan antara dua orang blogger yang meriah
Curahan rasa Bujang @ ..Atasi Tension Kerja
saya tukang aamiinkan.
moga jodoh mereka kekal bahagia hingga ke Jannah.
asam garam dalam perkahwinan memang banyak.
atasilah dengan hati yang sabar dan redha
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
Selamat mendirikan rumah tangga buat pasangan blogger Yeop Maz dan Namia 🙂
Curahan rasa sabree hussin @ ..Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200
Selamat pengantin baru yeop! kalau nak buat majlis resepsi lagi boleh la jemput pisyek. InsyaAllah pisyek datang kalau takde aral melintang.
Hehehe.
Curahan rasa Pisyek @ ..5 Web Hosting Murah Malaysia 2017
Lovely.
Selamat pengantin baru semuga bahagia ke anak cucu. Amin.
Selamat pengantin baru Yeop dan Mia Namia
Semoga berbahagia dunia dan akhirat
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Dugaan Semasa Bekerja
Terima kasih kepada Tuan Denaihati kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan kami berdua.
Kami buat macam tu bukan apa, kami nak menjaga hati kedua-dua ibu bapa.
Syukur Alhamdulillah, dari majlis merisik, bertunang sampai majlis persandingan kami berjalan dengan lancar, walaupun ada masalah teknikal kepada kereta yeop pada saat-saat akhir.
Terima kasih dengan doa anda semua, insyaAllah kami cuba buat terbaik untuk menghadapi dunia baharu.
ALhamdulillah… Semuanya berjalan dengan lancar… Mohon maaf Yeop sebab tak dapat hadir masa tu…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Terima kasih semua untuk doanya ..
Hahaha bukn tak mahu becerita ttp hubungan kami cuma masa tu belum pasti lagi jadi kami diam lah kan heheh
Selamat Pengantin Baru Yeop dan Mia. Moga bahagia hingga ke syurga hendaknya. Tak berkesempatan untuk turut serta kerana menyantuni ibu di desa tercinta.
Curahan rasa Sani @ ..5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
dah macam blogger gathering plak.apa pun selamat pengantin baru kepada keduanya moga berbahagia dunia dan akhirat
Curahan rasa reezluv @ ..5 Sebab Rugi Tak Dapatkan Rahsia Taobao
Selamat pengantin baru untuk yeop dan mia namia. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya.
Curahan rasa onlajer @ ..3 Pekara yang anda harus tahu tentang kipas angin berdiri
Comments are closed.