Selamat Pengantin Baru Khairil Mazri dan Mia Namia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Lambakan cryptocurrency di pasaran“. Apa yang kita nak buat mesti ada ilmu jangan ikut sahaja sebab orang kata. Kali ini Abang nak menulis kisah dua sahabat blogger.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Alhamdulillah beberapa minggu lepas Abang dapat jemputan untuk majlis perkahwinan dua sahabat blogger yang memang sudah lama bersama dengan Denaihati. Terkejut juga bila dapat kad jemputan sebab mereka ni pandai jaga hubungan mereka, dari peringkat awal tak dapat di hidu. Bila dah kongsi di sosial media barulah pasti yang mereka adalah couple yang bakal mendirikan mahligai bersama.

Alhamdulillah ramai juga blogger yang bertemu johoh bersama blogger. Lebih menarik ramai yang bertemu di Majlis Sepetang Bersama Blogger yang akhirnya ke jinjang pelamin. Kalau tak silap rasanya lebih daripada lima pasangan blogger yang bertemu di majlis blogger kini sudah bekerluarga dan beranak.

Ramai juga blogger yang memeriahkan majlis persandingan blogger Khairil Mazri dan blogger Mia Namia yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 25 Shah Alam. Kebetulan yang serentak datang bersama Abang adalah Blogger Cahaya Diana, Blogger Akma Omar, Blogger Mak Dara, Blogger Puan Bee, Blogger Kak Juariah dan Blogger Roshidayu. Biasalah bila blogger berjumpa blogger memang jadi riuh majlis tu.

Aktiviti biasa blogger berselfie dan bergambar bersama untuk dirakamkan sebagai simpanan di sosial media, kebetulan dekorasi majlis memang cantik. Hidangannya pun enak tu yang terbaca kat FB Blogger Akma Omar katanya makan bertambah sebab hidangan ayam masak merah memang sedap.

Selamat pengantin baru kepada Khairil Mazri dan Mia Namia. Lalui kehidupan baru dengan sabar dan nikmati segala ujian berumahtangga sebagai satu keindahan hidup bukan kesusahan. Mencari susah maka susahlah yang kita dapat. Semuga bahagia hingga ke Jannah dan mempunyai anak-anak yang soleh dan soleha sebagai bekalan di akhirat kelak.


Spread the love

48 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!