Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menahan nafsu sepanjang bulan penuh keberkatan bulan Ramadahn 2016. Walaupun jauh di sudut hati terasa sangat sedih meninggalkan Ramadan dan semuga ALLAH pilih kita lagi dan lagi dan lagi bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderitaan saudara seagama kita di seantero dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Kita juga dikejutkan dengan berita pengeboman berani mati di Masjid Nabawi dan beberapa lagi kota di dunia. Seandainya ada kemampuan, janganlah kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik, jamulah mereka, raikan bersama-sama. Semoga ikatan ukhuwah islamiah sesama kita bertambah utuh dan erat.

Semperna hari baik bulan baik ini, kami dari Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, pelajar Akademi Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan niaga, para pengiklan, rakan jemaah Bisnis Denaihati serta semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.

Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini. Dapatkan maklumat info trafik terkini melalui Twitter dan Facebook untuk memudahkan perancangan perjalanan anda dan keluarga. Usahlah kita mengikut hawa dan nafsu yang telah berjaya dikawal sepanjang bulan Ramadan dengan melepaskannya pada bulan Syawal. Ulangkaji Tips mengelakan kemalangan jalanraya sebagai peringatan kepada yang lupa.


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Saya AMIR HASSAN, Seisi Keluarga mengambil kesempatan ini…. untuk memohon ampun & maaf atas segala dosa yang telah saya/kami lakukan sama ada yang saya sedari atau tidak, dari tutur kata, teks, gambar, perbuatan serta teguran yang menyinggung perasaan semua sama ada dgn sengaja atau tidak sengaja. Moga ibadah sepanjang bulan ramadahan ini diberkati dan diterima Allah S.W.T…..In Shaa Allah *”Moga dipertemukan kita semua dengan ramadhan yang akan datang. آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN


Spread the love

39 Comments

  1. Selamat Hari Raya tuan … ampun maaf andai ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita.
    Terima kasih atas segala peluang yang telah diberikan.

  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga DenaiHati terus maju dan dapat memberi lagi ilmu dan perkongsian bermanfaat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!