Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “sepetang bersama blogger 2017“. Kali ini Abang nak berkongi luahan hati seorang anak sempena Hari Ibu.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
I’m not good in writing
بسم الله
Bangun pagi dengan rutin hariannya , basuh baju, memasak, kemas rumah, sapu laman, siram pokok bunga, bersihkan dan kemas kereta, buang sampah, cuci pinggan, masak air, betulkan paip air, menyental, memberus
Dulu mungkin membebel itu menjadi rutin harian beliau, tapi tidak sekarang sebab beliau sedar anak-anaknya semakin besar dah matang berfikir
Satu sikap ibu yang tidak semua orang mampu untuk lakukan , sebanyak mana kerja beliau dan sepenat mana hari beliau , susah untuk dengar daripada mulutnya ‘kakak tolong ibu buat ni’ ‘abang tolong ibu’ ‘adik tolong ibu’ ‘haziq tolong ibu’ ‘irfan tolong ibu’, sebolehnya ibu akan buat semua kerja tanpa mengharapkan bantuan orang lain
Pernah ditanya kenapa tak minta tolong dan ibu mesti jawab tak nak menyusahkan anak2 sedangkan masing2 bukan buat kerja apa , tengok tv, main game, dengar radio, tidur, baca buku
Dan benda yang paling sebak bila ingat dan fikir balik , aku sebagai anak perempuan sulung yang sepatutnya sentiasa meringankan kerja ibu tu lah yang paling jarang ibu minta tolong sebab anak dia sorang ni yang kuat memberontak
Tapi satu perkara seorang ibu akan sentiasa peka dengan perubahan anak dia, dia tau waktu bila anak dia rajin, waktu bila anak dia sedih
Banyak benda ibu dan ayah bagi kat kami terutama kepercayaan seorang ibu dan ayah kepda anak-anaknya
Terima kasih kerana sentiasa beri peluang untuk kakak dan kami adik beradik perbaiki diri dan percaya yang kami boleh lakukan apa sahaja yang kami inginkan
Saya tak bagus dalam meluahkan kata hati tetapi anak mana je nak tgok parents dia sedih walaupun dia sendiri tau dia adalah punca utama kesedihan
Beri kami sedikit masa untuk jadikan doa anak soleh itu menjadi punca ibu dan ayah kesyurga
Ikhlas dari hati, kakak Aina Sahira
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
41 Comments
sesuai dengan istilah kasih ibu tak terhingga sepanjang masa….. selebihnya postingan yang keren……terima kasih telah berbagi……
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik like ,salam indonesia
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
setiap hari haruslah menjadi hari ibu untuk kita. karena berapa pun kita mau membalas, jasa ibu tak akan terbalas.
Tak mungkin boleh dibalas jasa bonda, jika ada pun tak setanding dengan kasihnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Online Dalam USD
sudah seminggu gak ada komunikasi sama orang tua, baca artikel ini jadi makin kangen.
Kalau begitu kangen, telefon sahaja sehari sekali atau dua hari sekali.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Online Dalam USD
Ibu memang sosok yang tidak akan pernah tergantikan oleh siapa pun, kita wajib untuk membahagiakannya
Hanya ada seorang ibu walau pun kita ada ibu tiri, ibu saudara atau ibu angkat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
besarnya jasa ibu sampai tak terbalas. sebab tu allah suruh utamakan ibu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir di Tv3
Ya, Nabi Muhammad SAW turut menyebut ibu 3 kali lebih utama dari ayah, namun sayangilah kedua duanya kerana mereka orang tua kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Bila dah jadi mak, baru tahu hebatnya pengorbanan seorang mak. Nak-nak lagi bab menyembunyikan dukalara dan kekecewaan. Apa-apa anak yang didahulukan, emak, tak dapat pon takpe. Hanya mengharapkan Allah membalas segala pengorbanan mak yang tak terhitung. Syurgalah yang selayaknya buat emak dan ayah kita. Amin~
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Benar, dah jadi ibu dan bapa baru faham bagaimana perasaan ibu dan bapa kita suatu masa dahulu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Semoga kita menjadi asbab musabab ibubapa kita dimasukkan ke Jannah
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
Ya, reda Allah datang selepas kita dapat reda dari ibu dan bapa untuk masuk syurga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Sebagai anak perempuan nak ke tak nak memang wajib meringankan tugas ibu bila kita dah semakin dewasa
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
Sedihnya kan kalau kita ni menjadi anak yang melukakan hati ibubapa tanpa kita sedar.
redha Allah itu terletak pada redha ibubapa
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
Kepercayaan ibubapa tu harus dijaga dengan amanah.
Setiap yang kita lakukan mesti ingat kepada ibubapa dan Allah
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
Benar, kalau ibu bapa tidak percaya pada anak anak lagi, maka susahlah nak lalui hidup ini.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Comments are closed.