Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “selamat hari ibu catatan seorang anak“. Kali ini Abang nak berkongi luahan hati seorang anak murid sempena Hari Guru.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
16 Mei adalah tarikh keramat. Selamat Hari Guru kepada semua GURU yang pernah mengajar Abang. Tanpa guru siapalah kita. Daripada usia tujuh tahun hingga masuk ke Universiti masa kita lebih banyak bersama dengan guru-guru berbanding ibubapa. Ada guru yang bersungguh mendidik seperti kita ini anaknya mereka sendiri.
Abang teringat pada cikgu Robi yang menjadi guru kelas semasa darjah enam di Sekolah Kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat memang bersungguh membantu untuk memastikan Abang masuk sekolah berasrama penuh. Mungkin kerana dia pernah datang ke rumah kami yang macam nak rutuh dalam kebun getah yang jauh dengan kampung. Cikgu begitu kecewa apabila permohonan masuk ke MRSM ditolak. Alhamdulillah berkat usaha cikgu Abang dapat masuk ke Sekoleh Menengah Sains Johor (SMSJ). Selepas itu Abang tidak pernah bertemu cikgu, dengar khabar cikgu sudah berpindah ke Melaka dan menetap di sana. Nak tengok macam mana rupa rumah Abang masa sekolah rendah dulu klik rumah denaihati.
Berikut adalah senarai tempat dan guru-guru yang pernah Abang belajar ilmu kehidupan.
- Sekolah Kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat
- Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang
- Matrikulasi, Sekolah Alam Shah, Cheras
- Pengajian persedian Bahasa Inggeris, UiTM
- UKM
- Guru Agama
- Guru Al Quran
- Guru Bisnis
- Guru Motivasi
- Guru Saham
- Guru Hartanah
- Guru Multi Level
- Guru Masak
- Guru Blog
- Guru Digital
- Semua guru yang telah mengajar biar pun satu huruf dan satu angka
Segala hasil didikkan guru-guru yang pernah mengajar dengan tengkingan, tamparan, merotan, memujuk dan berbagai emosi bercampur baur itulah ilmu kehidupan. Terima kasih cikgu.
Kalau kita dulu boleh dimarah cikgu, boleh dirotan cikgu, boleh ditampar cikgu dengan tujuan mendidik supaya kita menjadi manusia KENAPA bila sampai giliran anak-anak kita, kita pulak tak sanggup melepaskan anak-anak dididik sebegitu oleh guru-guru. Kita pulak yang lebih sudu dari kuah, tidak ada masa mendidik anak-anak tetapi apabila cikgu bertegas kita marah sehingga ada yang buat laopran polis.
Memang betul kisah kehidupan “Anakku Sazali” yang difilemkan oleh Tan Sri P Ramlee sekarang sudah berleluasa dan inilah anak bangsa yang kita akan warisi akan datang. Kepada ibubapa yang terlalu sayangkan anak itu biarkan mereka mendidik anak mereka dengan acuan mereka sebab kemudian hari yang senang pun mereka dan yang susah pun mereka.
Sempena Hari Guru ini Abang doakan semuga semua GURU, SIFU dan MENTOR terus istiqomah menjadi guru yang cemerlang. Jasa GURU tidak terhitung hanya Allah jua yang mampu membalas jasa kalian mendidik anak-anak bangsa. Semoga semua cikgu diberkati di dunia hingga akhirat…Aamiin.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
60 Comments
jadi mengingat masa-masa sekolah dulu kala,, yang paling garang pasti bikin kangen.. hihiks
atau pun ada guru yang paling lucu…
pasti kita boleh ingat sampai bila-bila
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
Cikgu paling garang masa sekolah rendah. Tengok misai dia macam MGR seram . Cikgu paling lembek, masa sekolah menengah asyik kena main tapi dia tak pernah marah. Dua dua tu ustaz . Tak tahulah mereka masih ada lagi atau tidak.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Hotel Bajet Di Tokyo – New Tohoku Dekat Ameyoko
boleh cari kat media sosial..
rasanya dah tua juga tu..
mudah-mudahan mereka selamat di dunia dan akhirat..
sebab besar tanggungjawab cikgu nie
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
Ya.
Selamat hari guru pada semua guru yang ada kat bumi nih.
semoga lebih hensem selalu.
Curahan rasa titan @ ..Tambah Duit Raya dengan Jobdirumah
Selamat Hari Guru juga buat Cikgu Titan.
Semoga menjadi guru cemerlang tahun ni.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
cikgu Titan adalag guru yang hebat..
ramai follower termasuk saya..
Selamat Hari Guru buat cikgu Titan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
tak tergitung jasa guru. sekarang Dh sendiri dah jadi mcm guru bantu blogger
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
guru adalah pelita..penerang kegelapan ilmu..
terima kasih guru…
kerana guru saya boleh berada dalam dunia blogger sekarang ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya
Benar tu Nik.
Blog DH ni pun dah seperti guru maya untuk saya refer apa-apa maklumat.
Terima kasih guru-guru di team DH
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
guruku begitu besar jasamu sehingga saya bisa seperti ini,,terima kasih semoga Allah swt membalas segala pengorbananmu
kita doakan guru supaya sentiasa berada dalam lindungan Allah..
Guru yang terbaik adalah guru yang boleh membentuk kita menjadi insan yang amat berguna
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya
Selepas ibubapa yang menjadi guru pertama kita, guru-guru di sekolah lah yang banyak mendidik kita menjadi manusia yang berguna
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
Mama memang banyak terhutang jasa dengan guru zaman kanak kanak
Tak dinafikan semangat cikgu guru zaman dulu lain
Cikgu sekarang makin mencabar
Cabaran nak didik anak murid atau nak cari duit lebih
Curahan rasa Mama Hakim @ ..21 Bahan Bahaya Produk Kulit & Cantik Penyebab Kanser!
cabaran guru sekarang kerana akhlak pelajar tidak sebaik dulu..
selain itu pendedahan kepada dunia informasi menyebabkan pelajar lebih berinformasi dari guru..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya
Betul sangat.
Dulu kalau cikgu marah pun ibubapa tak pernah nak kisah sangat, janji anak-anak menjadi anak yang berguna.
Cabaran untuk pendidik masa kini
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
selamat hari guru buat tuan amir juga saya juga belajar dari tuan secara tak langsung
Curahan rasa raihanah @ ..17 Manfaat Kesihatan Vivix Shaklee
Sangat setuju.
Banyak yang dipelajari melalui pengalaman tuan Amir DH
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
selamat hari guru buat semua. mujur ada media online spt FB dapatlah mengubat rindu dengan cikgu2 yang masih ada.huhu
saya belum sempat bagi menghubungi guru-guru…
dulu dulu ada..
sekarang macam dah terlalu sibuk la pulak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya
Saya memang tak contact langsung dengan guru-guru sekolah rendah dan menengah.
Ada yang sudah pergi meninggalkan dunia fana ini.
Namun, saya berharap boleh bertemu mereka juga nanti
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
kuat juga ingatan tuan ..
boleh ingat kepda guru-guru yang pernah mendidik tuan…
selamat hari guru kepada mereka
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya
Kalau guru itu banyak memberi ilmu yang baik dan suka pula bergaul dengan anak murid memang sukar nak dilupakan guru tu.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
teringin pulak saya nak jadi Guru..
guru kehidupan dan guru kejayaan..
in shaa Allah.
Boleh dapat..
Aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Burger Sedap Giler
Boleh jadi guru blogger untuk zon borneo.. di samping guru perunding Takaful..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
dua guru dalam dua bidang yang berbeza..
in shaa Allah tuan..
lagipun kerjaya blogger boleh matching dengan mana-mana kerjaya lain..
doktor,lawyer,jurutera atau perunding takaful..
yang penting ada guru terlebih dahulu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru…
Tak kiralah guru-guru di sekolah, guru-guru di masjid/surau, guru-guru di madrasah, guru-guru chess, guru-guru di rumah, guru-guru online, guru-guru blog, dsb…
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Terima kasih di atas segala ilmu yang diberikan..
Halalkan ilmu-ilmu tersebut.. semoga kita dapat sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Terlalu banyak jasa dan pengorbanan guru dalam hidup kita… tidak dapat dibalas.. hanya ucapan terima kasih yang mampu diberikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Boleh menjadi guru kepada anak-anak.
Guru kehidupan sepanjang hayat. Itulah yang akan dikenangkan anak-anak sepanjang hayat mereka
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
Gambar lama ni.. nostalgia betul.. old school.. ni gambar guna kodak..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Zaman sekarang ni dah susah nak jumpa gambar guna kodak macam ni.. semua camera jenis digital..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Kan?
Memang lama sungguh kenangan yang mengusik jiwa ni.
Semoga semua guru-guru ini dirahmati Allah
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
Terkenang zaman saya jadi guru di sekolah swasta, mengajar anak anak remaja perlukan kesabaran, yang nampak nakal sebenarnya punya kelebihan di sudut yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Yang Popular Di Bulan Ramadan
Tuan Ikhwan Fahmi juga mempunyai pengalaman untuk mendidik remaja.. sama seperti saya..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Tapi, sekarang ni dah 6 bulan saya tak mengajar… rindu pula rasanya nak mendidik anak2 bangsa..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Tapi tulah… bila difikirkan balik… baru 6 bulan saya tak mengajar.. tapi tahun ni saya langsung tak dapat ucapan selamat hari guru daripada bekas2 pelajar saya..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Mungkin kesibukan yang membuatkan mereka tak sempat nak menghantar ucapan pada guru mereka.
tapi dihati mereka masih ada kenangan bersama yang disimpan
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
Guru yang mendidik remaja ni memang banyak cabarannya.
Remaja sekarang memang perlu didekati mengikut apa yang mereka minat. Baru boleh control mereka
Saya setuju.
Murida yang nakal memang dikurniakan kelebihan yang lain dari sudut lain.
Cuma cikgu kena banyak bersabar
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Siapa Cakap Surirumah Tidak Mampu Berbisnes?
Terima kasih tak terhingga kepada semua pendidik yang telah mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi.
Denaihati juga adalah pendidik yang banyak mendidik kami khasnya dalam dunia blogging.
Curahan rasa Haidar @ ..3 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
Comments are closed.