Assalamualaikum dan salam Aidilfitri, apa khabar semua? Aidilfitri tahun ni memang agak meletihkan daripada 10 akhir Ramadhan tak berhenti bergerak. Awal Syawal pun banyak bergerak menziarahi kedua-dua orang tua di Segamat dan Sabak Bernam. Tiada apa yang lebih indah di Aidilfitri selain dapat mengucup tangan kedua ayah dan ibu, kan mereka ini jambatan Syurga untuk kita.
Aidilfitri ini memang terlalu indah untuk sebuah keluarga terutama yang sering duduk berjauhan. Memang ramai suami isteri yang duduk berjauhan kerana komitmen kerjaya dan cita-cita seperti Kak Jie. Selalunya suami atau isteri yang berjauhan akan pulang sehari sebelum Aidilfitri.
“Bro, apa hukum hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri?”
Tak pernah pulak aku dengan hukum haram hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri. Setahu aku hubungan seks suami isteri hanya haram ketika isteri haid & nifas dan haram melalui dubur. Haram juga dilakukan ketika melaksanakan puasa Ramadhan dan perlaku mesti membayar kembali dengan berpuasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan kepada 60 orang miskin. Haram juga berjimak ketika sedang berihram haji dan umrah dan jika berlaku akan dikenakan dam.
Itu dari ilmu aku yang cetek tapi tak boleh nak kongsi begitu sahaja tanpa rujukan. Sebelum nak bagi jawapan aku buat sedikit rujukan.
Mungkin para ustaz yang membaca entri ini boleh berkongsi ilmu dari sumber-sumber yang saih.
Kepada Rakan Blogger yang belum berkahwin jadikan entri ini sebagai sumber ilmu persiapan dan mungkin entri “Selamatkah seks ketika hamil” juga boleh jadi sumber ilmu.
1. Ustaz Fadli (Penasihat Syariah eQurban.com) : Pada dasar hukum, tiada dalil & hujjah yg sahih lagi kukuh dari sumber agama (alquran, hadis, ijma’ n qias) yg mengatakan haram@larangan seorg suami bersama dgn isterinya pd mlm raya krn para jaguh fiqh yang muktabar (imam malik, imam hanafi, imam syafie n imam ahmad) juga berittifaq (setuju ) bahawa dibolehkan seorg suami bersama isterinya pd semua keadaan yg dibenarkan, dan tiada larang secara mutlak dalam kalangan tokoh ahli hadis, fuqaha’ n lain2 sekiranya si suami bersama dgn istrinya pd mlm raya.
2. Ustaz Effendi (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur) : hukum jimak suami isteri adalah pada bila2 masa kecuali pada waktu iktikaf, haji, umrah, haid, nifas dan siang ramadhan sahaja. tidak ada khilaf ulama dalam bab ni. hanya ada kata2 dari sebahagian orang awan yg menyangka kalau jimak pada malam raya maka syaitan akan melekat sekali sebab mereka baru dilepaskan selepas diikat sepanjang ramadhan. itu hanya dakwaan tanpa hujah. nabi saw dah ajar doa jimak supaya dijauhi syaitan ketika berjimak. harap maklum.
3. Ustaz Azwan Muhamad : Tidaklah sampai jatuh haram utk jimak pada malam Aidilfitri. Hukumnya seperti yang telah disepakti oleh ulama adalah makruh. Antara waktu-waktu yang makruh selain 2 malam hari raya ialah pada pertengahan (tanggal 15) bulan Islam (waktu bulan mengambang). Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang. Juga makruh. Juga makruh pada malam Rabu dan antara waktu azan dan iqomah.
4. Hj Muhamad Khanafi : memang tak pernah dengar hukum camtu..dr sudut dalil al quran dan hadis..hanya ade 3 situasi saja iaitu pada waktu siang ramadhan,waktu haid dan nifas,dan waktu berihram haji dan umrah.Ketiga2 situasi itu secara jelas ade hukumnya.sy berpandangan kemungkinan sandaran hukum haram jimak suami isteri mlm adidilfitri ini berdasarkan hadis dhaif.sebenarnya hadis dhaif hanya boleh digunakan dlm soal2 fadhail amal sahaja dan bukannya soal hukum.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
214 Comments
tak terfikir plak tentang ni’
hikhikhik…
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..SALAM AIDILFITRI DARI RIS-FAMILI
kalau belum bersuami istri mungkin hal tersebuttak terlintas dalam pikiran sahabat RIS
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Tetapi bila telah bersuami istri seringkali hal tersebut terlintas dalam pikiran
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Haram tu jika pasangan belum berkahwin, kena berkahwin dahulu baru fikir pasal seks.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
hik3..senyum-senyum bila baca entri ini…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Duit Raya dari Google
Entri yang jarang terpikirkan kan sahabat eyriqazz heheheh
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Senyum tanda suka apa yang menjadi isu, pasti dah tahu ia bukannya haram sejak dari dulu lagi, maybe belum kahwin dah tahu dibolehkan cuma makruh saja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Emm rupanya macam ni ceritanya..memang berguna untuk aku ni…terima kasih utk informasi ni..hehe..tajuk memang power..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Akibat Raya Sakan, Ranking Alexa Dah Jatuh
Kadang2 tajik begini perlu diumumkan dan dibahas, supaya menjadi panduan kepada bakal suami atau isteri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Perkongsian yang bermanafaat.
Curahan rasa daddydee @ ..Siapa Kita Esok Hari?
Serta juga menambah akan pengetahuan kita semua khususnya dalam hubungan antara suami istri
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Hukum hakam sebagai suami isteri perlu tahu supaya tidak timbul masalah, jika kekeliruan timbul.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
wahh..cikgu tak kawin lagi..hihi..ambil ilmu jer dulu ya.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..Traffic Jam VS Trafik Blog
Bagus tu, belajar dulu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap isteri atau suami.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
betul tu… yg sy pernah dgr, digalakkan lagi ada (malam aidilfitri)
pernah dengar kan beberapa waktu yg digalakkan utk s** suami isteri? ada 3 tak silap sy… salah satunya malam aidilfitri/raya, ketika berbaik-baik dari persengketaan dan satu lagi kurang ingatlah pula…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Penghujung cuti hari raya
sebenarnya sah-sah aja ga ada larangan kok..
perlu dicuba nih suatu saat, mudah-mudahan jumpa Ramadhan lagi tahun Depan amin
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
hehehe….tentu akan ada sensasi tersendiri Bang…
Curahan rasa Dadan @ ..10 Entri Terbaik Denaihati
Segala yang tidak boleh dah DH huraikan si atas, yang lain dibenarkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
kalau tak penat badan lepas ngaco dodol malam raya tu, ok je..hehehe..
Curahan rasa pipoq @ ..Jangan lupa
bakar lemang dan ngaco dodol
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
haha…kaco dodol sama-sama jer lah kalau gitu kan..
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..Traffic Jam VS Trafik Blog
Buak setakat ngaco dodol, bakal lemang ke, mask bubur kacang ke, buat tapai beras ke, kalau ada tenaga apa salahnya, bukannya haram.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
bercinta di malam idulfitri enak juga 😀
Curahan rasa Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas Indonesia @ ..Info Syarat dan Ketentuan Kontes SEO SITTI 2012
tentu saja yang paling seru sensasionalnya
Curahan rasa Dadan @ ..10 Entri Terbaik Denaihati
Belum terpikirkan akan sensasionalnya Kang Dadan hehehe…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Kemarin saja masih sibuk menyipakan untuk mudik hehehe
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Dapat mengeratkan salatullrahim terhadap rahim si isteri utk zuriat kita akan datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
rasanya ok kot, xda masalah
Curahan rasa Juan @ ..Air dicincang tak akan putus
Petuah yang sangat bermanfaat, berhubungan dimalam idul fitri ada mekna tersimpan didalamnya
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Download RPP Berkarakter Terbaru Untuk SMA dan SMK
Buat kenangan sepanjang masa, catatkan dlm diari, boleh baca di lain kali, mlm raya di tahun berapa telah lakukan saat2 indah bersama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
kaya nya enak tuh malem pertama apalagi perawan.. 🙂
Dah nama malam raya, korang bedal je la sampai roboh katil… Kui kui kui kui…
Curahan rasa eXception @ ..Happy Birthday To You… Azmin!!
Ganas betol bro..ni, nanti apa kata mentua nanti??? he..he..!!! 😀
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Indahnya untuk yang sudah bersuami istri 🙂
Curahan rasa obat tradisonal @ ..Waspadai Bila Gejala Asma Menyerang Anda
Kahwinlah cepat2, cari calon yg sepadan dgn anda bro..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
panduan yang wajib dibaca oleh bakal pengantin..hehe
Hukum-hakam dah termaktud dlm soal haram, halal, sunat, harus, wajib dan dll.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Comments are closed.