Sejambak bunga bukan bandingan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang bukan menjadi polisi blog ini menulis kisah peribadi tapi kali ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada rakan pembaca. Tarikh 20 November tetap menjadi tarikh yang penting dalam kehidupan aku dan isteri seperti pernah di catat dalam entri “Suami Isteri bukan untuk dimiliki” dan “20 November yang tak boleh dilupakan“. Setiap tahun akan disambut sederhana tetapi pasti diingati.

bunga anniversary 2015

Wedding anniversary 2015 memang tidak dirancang tetapi sangat berbeza bermula dengan pemberian sejambak bunga dan potongan kek ketika makan malam bersama rakan bisnis Malaysia dan Indonesia di Restoran Tom Yam Kung, Ayer 8, Putrajaya. Sejambak bunga memang bukan bandingan kepada sebuah pengorbanan isteri menjaga rumahtangga, mendidik anak-anak dan bersabar dengan permulaan ekonomi kehidupan keluarga yang susah tetapi sebagai tanda ingatan yg tulus. Terima kasih kepada blogger Shakiddo yang membantu buat suprise kecil yang menjadi.

wedding anniversary 2015

Isteri kata nak bermalam di hotel lantas aku terfikir Grand Hyatt Kuala Lumpur kerana restorannya Thirty8 di tingkat 38 sememangnya cantik pemandangan. Mulanya nak booking guna Agoda memang dapat harga istimewa tapi bawa anak takut dapat bilik lantai berbeza. Cuba buat panggilan beberapa kali untuk booking bilik tapi tak berjawab akhirnya aku tinggalkan pesanan di FB Grand Hyatt Kuala Lumpur. Mereka jawab sangat cepat dan aku maklumkan semua detail keperluan termasuk kisah ulang tahun perkahwinan dan entri yang Grand Hyatt yang pernah aku tulis di blog Denai.my. Alhamdulillah hotel belanja kek anniversary dan bilik Grand delux king dengan harga istimewa. Alhamdulillah tidak dirancang awal tetapi dengan izin ALLAH menjadi sangat istimewa.

Grand Hyatt Kuala Lumpur

Mungkin ramai kekawan tidak tahun sejak 2008 mulanya blog ini dilahirkan aku sememangnya buat semua kerja secara online dari rumah. Sesuatu yang sangat mengembirakan kepada seorang isteri apabila melihat suami depan mata setiap hari bertahun-tahun sehingga hari ini tetapi bukan melepak sakan depan TV tapi bekerja online dari rumah. Nikmat bekerja dari rumah dengan kebebasan masa dan kewangan hanya kami nikmati setelah bersusah payah bertahun-tahun sebelum itu. Memang benar kata bijak pandai susah-susah dahulu senang-senang kemudian.

Bilik Grand Deluxe King Grand Hyatt Kuala Lumour
Bilik Grand Deluxe King Grand Hyatt Kuala Lumour

Hari ini aku dijemput ke sana-sini untuk bercerita bagaimana aku boleh bekerja dari rumah sudah bertahun-tahun. Insyaa Allah dalam tempoh dua tiga tahun kehadapan aku akan membantu ramai ayah dan suami menjadi usahawan online sepenuh masa dari rumah dan boleh menyambut ulang tahun di mana sahaja yang kita pilih. Semuga ALLAH permudahkan dan jutaan terima kasih kepada isteri ku yang sentiasa memahami diri ku dan perjuangan ku untuk dunia menuju akhirat.


Spread the love

160 Comments

  1. Kejayaan Lelaki Adalah Kerana Ada Wanita Dibelakangnya…memang tepat sekali ungkapan ini buat tn DH… 🙂

    Sekadar perkongsian dari saya yang masih baru dengan DH :

    “Di dalam Al-Quran Allah SWT adakan surah khusus yang bertajuk An-Nisaa (wanita) – Di dalam keadaan baginda ketakutan, gemuruh, terketar-ketar, yang menyelimuti baginda SAW dan memberikan kata-kata semangat kepada baginda SAW adalah isterinya.

    Semoga Tn DH terus sukses bersama insan2 tersayang…ameen
    Curahan rasa si bongkok @ ..Mampukah Selangor Merah Kuning Dengan Misi 33 Yg Tinggal 90minit LagiMy Profile

  2. Wow, saya mengucapkan selamat ya mas atas ulang tahun pernikahan kalian berdua! jadi iri saya melihat kalian berdua berpasangan mendampingi satu sama lain dan bekerja dirumah berdua menjadi blogger sukses. semoga makin sukses dan doakan saya seperti kalian di masa depan kelak nanti 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!