Sehari tanpa FACEBOOK tak mati pun

Spread the love

Salam 1Malaysia, sebagai tanda sokongan kepada gerakan menentang Draw Mohammed Day di Facebook yang sedang berlaku di seluruh dunia, dua perkara telah aku lakukan sebagai tanda sokongan terhadap acara yang sangat biadap tersebut :

1. Menulis entri khas  “Draw Mohammed Day di Facebook ditentang” sebagai tanda menentang.

2. Sehari tanpa Facebook.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda : ” Barangsiapa di antara kalian yang menyaksikan suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, maka jika ia tidak mampu dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”.

Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar!!!

Sebagai blogger aku memilih menentang dengan menggunakan tangan dengan menulis untuk menentang acara yang biadap tersebut dan tidak login Facebook selama sehari. Terdapat juga teman-teman yang bertindak dengan cara lain seperti Zuls :”Saya sudah ambil keputusan untuk quit facebook.. pada pandangan saya menentang dalam facebook hanya menguntungkan facebook“.

Facebook sumber utama trafik untuk denaihati

Facebook ni memang daripada awal aku kurang berminat terutama apabila melihat teman-teman yang menghabiskan masa berjam-jam bersosial dan main game tanpa memberi faedah kepada kehidupan mereka. Tak kurang banyak juga rumahtangga yang hancur dan terganggu akibat suami atau isteri yang ketagihan game, bertemu kekasih lama dan bertemu kekasih baru di dalam Facebook.

Ada pepatah English “If you cant beat them join them“, kuasa Facebook sangat besar dalam masyarakat dunia. Facebook boleh menjadi racun juga madu dalam kehidupan kita. Akhirnya aku memilih untuk menjadikan Facebook sebagai Madu. Aku merancang strategi untuk mengkudakan Facebook bukan Facebook mengkudakan aku. Alhamdulillah Facebook telah menyumbangkan pendapatan online yang banyak melalui promosi Stokin Wudhu Wanita dan menyumbang trafik yang tinggi kepada denaihati.

Samseng Facebook – Sistem Trafik Percuma FaceBook!

Facebook juga boleh menjadi seperti pisau kalau digunakan dengan baik maka hasilnya juga baik tetapi jika disalah guna pisau boleh menjadi alat mencederakan dan membunuh orang. Jadi terpulanglah kepada kita untuk mengunakan Facebook sebaiknya, jangan sampai menjadi hamba Facebook sehingga melupakan kehidupan sebenar di dunia ini. Sehari tanpa Facebook tak mati pun!!!

Apa pandangan anda tentang Facebook dan bagaimana anda gunakan Facebook?

Jangan lupa singgah blog  peserta contest Acer Aspire One ke 3  Aizuddin.com dan dan ke 4 Blog Mohd Isa.


Spread the love

189 Comments

  1. guna FB utk tujuan kebaikkan shj..jgn terlalu taksub hingga melupakan tanggungjawab seorang muslim…
    .-= Nadri´s last blog ..Fakta Menarik Tentang Piala Dunia =-.

    1. @zuriey, Setuju dengan zuriey tu. Memang benda ni seperti tempat “berjejak kasih” kenalan atau rakan lama, tapi kena juga guna sebaiknya.

  2. ade Fb pon sebab ramai mmber yg knl,kalau xde,mmg xmen FB nih..
    .-= apiih´s last blog ..tuDiaaa [Apiih mobileweb Twitter Client] =-.

    1. @apiih, Haha.. Yer la. tapi bukan setakat member yang kenal, kenalan baru pun ada juga.. Siap sesi jejak kasih pula dekat FB dengan member yang lama terpisah.. hehe
      .-= Steward John´s last blog ..Backlink Revealed =-.

        1. @Dya, tapi orang barat sekarang guna FB sbg medium untuk menyerang umat islam skarang

      1. @zuriey, Benda ni pun sebenarnya ada kebaikan, tapi disalahgunakan. Melalaikan pula tu, itu semuanya dari diri sendiri, tak juga boleh salahkan 100% dekat benda tu kan.
        .-= Steward John´s last blog ..Backlink Revealed =-.

        1. @Steward John, itu semua terpulan kepada diri kita yang manage FB 2 mcm mana..klau baik, baik la jadinya. 🙂

    1. @aizuddin, insyallah semua peserta contest akan di promosi dalam setiap entri yang akan datang…mesti ada nilai tambah bagi peserta contest di denaihati…tak gitu!!

    2. @aizuddin, kalau xde facebook boleh guna blog sbg medium utk sosial dlm alam maya 🙂

    1. @yangbaik, btul 2..kalau kita guna ke arah positif, positif la jadinya..kalau kta guna ke arah negatif, lain la plak jadinya..

  3. salam, saya tak berapa aktif FB sbb dlm FB 80% family en.hubby..ehehe cam x best plk 😆
    kang diorg ckp saya nie asyik duk dpn lappy je 😆

      1. @rashid, tp kadang2 kumpul rmai2 kt FB dgn family best gak..tmpat reunion utk family..hehe

    1. @yanmie, huhuhu..kt FB kalau rmai kawan drp kalangan family susah gak kn..hehe

  4. Salam Bro.. Rizal memang bukan kaki FB dan setuju dengan pendapat Bro.

    Ada juga kadang-kadang bila berjalan di alam maya, Rizal terperasan tajuk-tajuk yang berbunyi seperti “Apa korang rasa kalau tak da FB?”. Dalam hati, cuma menjawab – Tak dak rasa apa-apa pun. :mrgreen:

    Khidmat Komuniti dunia atas talian ini “come and go”. Bila fikir balik, memula Hi5, Friendster, Myspace sekarang Facebook. Ho Ho Ho.. Cehhhhh, pastinya kalau dipandang gayanya, FB takkan selamanya jadik yang terunggul, lepas tu kena belajar balik yang baru.. Owh masa hidup pendek, letih la rasanya asyik guna perkhidmatan sosial ni. Bina hubungan secara nyata di dunia offline lebih cool. Lagi satu bina hubungan secara “offline’ memerlukan kemahiran. Kalau berani cuba la “poke” orang sebarangan kat luar sana. Silap2 mau kena “poke@bantai”. Hehe.

    Friendster, Myspace, FB ni bagus sebab boleh jarakkan hubungan, tapi yang Rizal nampak, adanya khidmat sosial atas talian ni menghakis nilai-nilai utuh kemahiran membina hubungan sesama.

    Bayangkan nak berkawan “just a mouse click away..”

    Setuju dengan pendapat bro – “Ada pepatah English “If you cant beat them join them“, kuasa Facebook sangat besar dalam masyarakat dunia.” Tu juga yang ada pepatah kata “Keep your friends close and keep your enemy even closer” 😉 :mrgreen:

    Ini pendapat saya sahaja. Tidak perlu setuju.

    Yang lain bagaimana? 😉
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..RestNrilek’S Blogging Community =-.

    1. @Incik RestNrilekS, setuju sangat tu sosial network ni sebenarnya pelangkap perhubungan dalam dunia nyata bukan menjadi pergantungan 100% seperti sebahagian daripada pengguna yang ketagihan dan mendedahkan segalanya dalam dunia maya sehingga mereka tiada teman di dunia nyata.

        1. @Incik RestNrilekS, tajuk sosial network ni memang tajuk yg best kalau nak dibincangkan ..orang kata tak abis seharilah kalau nak berforum.

  5. hahahaa.. aku punya facebook tak aktif pun.. jarang sangat aku usya dan update smpaikan kawan2 pun ckp “ko ni, ada fb tp updatenya jarang.. baik ko tak payah buat fb”..

    btw, aku tak kisah diorg nak cakap apa pun sbb kalau aku layan sangat pun, nanti ada org yg rasa annoying.. kejap2 update.. kejap2 update.. baik aku diam2 je. hohohoo..

    last but no least, bila nak turunkan ilmu menjana trafik dr fb tu? 🙂

    1. @Azizwan, gunalah sistem automatik seperti link dengan twitter jadi setiap kali kita guna twitter juga akan keluar kat FB jadi tak perlu nak sibuk2 kat FB.

        1. @Incik RestNrilekS, dah seminggu tukar DTC bagi saingan lebih panas kalau tidak tengok total je ramai dah jadi lemah semangat heeee….strategi… strategi…

          P/s : ada beratus invitation kat FB yg tak sempat nak layan.

        2. @Incik RestNrilekS, sekrang guna daily top commentors ke..patut la stp kali mieran masuk orang lain yg jadi top commentor..huhu

      1. @denaihati, sekarang guna medium fb untuk menwar-warkan entry terbaru kt blog mieran..share je kt FB..FB da jaerang buka da..

    2. @Azizwan, haha sama la kita..orang duk kalut main FB mieran x kuasa nk melayan game yg ada dan nk bersosial dlm 2..hehehe..baik buat blog ada faedah gak..

  6. Buat saye ada baik buruknya menggunakan facebook, terpulang kepada diri mempergunakannya. Setakat nie, saya banyak dapat manfaat dari facebook. beberapa buku antalogi saya, juga dapat info dari facebook. 20 mei kemarin, saya deactivekan facebook.
    .-= anazkia´s last blog ..I Lap U =-.

    1. @anazkia, aah..tapi facebook 2 kadang2 boleh melalaikan kita..2,3 jam duk mengadap memang x terasa..tp skrg da lama x buka Fb

        1. @anazkia, susah btl nk jadi pengomel pertama kt sini..ramai yang sedang menunggu..hehe

      1. @yangbaik, sama la kita berdua..asyik terlepas je nak jadi pengomel pertama..hehe

      1. @Steward John, Saje je, mase aku buka blog, tengok Encik DH lepas buat entri baru, larilah saye kat blog nie. Itu yang jadi pengomel pertama. 🙂
        .-= Anazkia´s last blog ..I Lap U =-.

        1. @Anazkia, memang rezeki bro la dapat jadi pengomel pertama entry ni 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!