Sedekah bulan Ramadhan yang terbaik

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, mengikut riwayat At Tirmidzi, Rasulullah bersabda yang maksudnya “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. Masih belum terlewat untuk kita muhasabah diri sebanyak mana sedekah sudah kita keluarkan sepanjang Ramadhan 2015. Sedekah semestinya mengikut kemampuan kalau yang kaya perlu memberi lebih berbanding yang miskin.

Antara sedekah yang boleh kita laksanakan di bulan Ramadhan yang sangat mulia :

1. Memberi makan kepada sahabat kita yang berbuka puasa. Berdasarkan riwayat At-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya.” Jadi berebut-rebutlah kita memberi makan kepada sahabat atau jiran yang berbuka puasa. Apabila pergi ke bazar Ramadhan belilah lebih kuih muih untuk dihantar ke masjid atau surau yang ada majlis berbuka puasa. Apabila menyediakan juadah berbuka masaklah lebih untuk diberikan kepada jiran sebelah. Apabila hadir majlis buffet ramadhan bawa sekotak kurma untuk diberikan kepada kawan-kawan. Rugi sangat kalau kita tidak merebut kelebihan memberi makan atau minum kepada mereka yang berbuka puasa.

memberi makan mereka yang berbuka puasa

2. Masukan seringgit dua ke dalam tabung-tabung derma di masjid dan surau SETIAP HARI di bulan Ramadhan dengan niat untuk mendapat keampunan dan keredhaan dari ALLAH SWT.

3. Belikan keperluan samada makanan atau pakaian untuk fakir miskin dan anak yatim terutama saudara mara sendiri di kampung atau di taman kediaman.

sedekah kepada fakir miskin

4. Keluarkan zakat harta atau zakat pendapatan atau zakat emas atau zakat ternakan di bulan Ramadhan.

5. Laksanakan Aqiqah untuk anak yang belum disempurnakan selama ini dan paling baik buatkan aqiqah di tempat yang sangat memerlukan seperti di kemboja. Selain kita melaksanakan tanggungjawab kepada anak dapat juga kita membantu umat Islam yang miskin di Kemboja. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com yang sudah ada lebih empat tahun pengalaman menguruskan aqiqah di Kemboja.

Aqiqah di Kemboja

6. Kalau kita sudah berniat untuk berqurban tahun ini mengapa tidak kita buat tempahan qurban di bulan mulia untuk mendapat ganjaran berganda. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com yang sudah ada lebih empat tahun pengalaman menguruskan qurban di Kemboja.

7. Ramadhan juga adalan bulan terbaik untuk kita mengeluarkan sedikit harta untuk wakaf membina masjid, surau dan madrasah sebagai saham akhirat yang berpanjangan. Apa lagi yang bakal jadi bekalan berpanjangab setelah kita meninggal melainkan sedekah jariah membina masjid dan sekolah yang sentiasa digunakan untuk agama.

dana pembinaa surau Madrasah An Nur

Berdasarkan sebuah hadith yang maksudnya “Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151). Berdasarkan hadith ini jelas ganjaran puasa di bulan Ramadhan dan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan termasuk bersedekah adalah milik ALLAH. Kalau di bulan selain bulan Ramadhan telah dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda kepada setiap pemberian kita apatah lagi di bulan Ramadhan. Bukan sekadar balasan harta benda yang kita harapkan untuk setiap pemberian tetapi juga balasan kesihatan yang baik, keselamatan kehidupan, kebahagian berumahtangga, kejayaan anak-anak dan paling penting Syurga kelak balasan di alam akhirat. Tidak mustahil asbab sedekah maka kita terpilih untuk beramal di malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

Jadi adakah hendak kita persiakan peluang yang sangat hebat yang sudah terbentang di hadapan kita??


Spread the love

82 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!