Scholl Velvet Smooth Express Pedi untuk tapak kaki pecah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini dapat jemputan pelancaran produk baru Scholl. Aku ini memang sangat memilih kalau nak pergi majlis pelancaran produk biar sesuai dengan tema blog kalau tidak boleh jadi carca merba pulak. Jemputan dari Scholl memang tidak dapat ditolak kerana antara jenama yang sudah biasa digunakan oleh isteri. Katanya memang best memakai kasut dan sandal Scholl lembut dan selesa.

Kali ini Scholl bukan melancarkan kasut atau sandal baru tetapi produk unik yang pertama di dunia untuk pengguna yang mempunyai masalah tapak kaki yang pecah. Memang sesuai sangatlah untuk isteri yang memang ada masalah tapak kaki pecah. Kami tak ada pembantu rumah jadi semua kerja kena buat sendiri itu yang pecah-pecah tumit kaki.

gambar Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Scholl adalah pakar dan peneraju dalam bidang penjagaan kaki memperkenalkan inovasi terbaharunya untuk menanggalkan masalah kulit kasar. Alat elektronik dikenali sebagai Velvet Smooth Express Pedi yang ringkas dan mudah digunakan. Direka penuh ergonomik dengan pemegang yang lembut, Scholl Velvet Smooth Express Pedi dilengkapi satu kepala penggelek Micralumina™ yang berpusing dengan laju. Ia mampu menanggalkan kulit kasar dengan mudah, pada masa yang sama menjadikan kulit kaki dengan lembut dan licin. Dengan satu penggunaan sahaja, seseorang individu boleh mendapat hasil yang baik dengan membuang segala kulit kasar di tapak dan tumit kaki. Setiap kali digunakan, penggelek itu boleh dibuka untuk dibasuh atau diganti, sekali gus menawarkan penyelesaian yang berkos efektif untuk kaki yang cantik dan lembut.

rawatan tumit dan tapak kaki pecah

Scholl Velvet Smooth Express Pedi kini boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka pada harga RM129.90 seunit. Pek isian semula yang mengandungi dua unit penggelek yang boleh diganti dijual secara berasingan pada harga RM49.90 (untuk dua roller). Setiap penggelek boleh digunakan sehingga 12 rawatan ke atas kedua-dua belah kaki. Satu alat elektronik ini bolehlah diguna satu keluarga berkongsi.

mencuba Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Aku sudah mencuba memang best boleh bersihkan semua kulit kasar di tapak kaki tapi awas kepada yang kaki geli kena berhati-hati jangan pulak tendang isteri yang bersusah payah nak bersihkan tapak kaki anda.

Untuk dapatkan voucher RM10 sila klik SINI
Promosi dari 1 Ogos – 30 September 2014
Selagi stok masih ada
Hanya untuk Scholl Velvet Smooth Express Pedi sahaja

Jom kita tengok demo cara merawat tapak kaki dengan menggunakan Scholl Velvet Smooth Express Pedi …

Aug 18, 2014 | Cara rawat tapak dan tumit kaki yang pecah by denaihati on Keek.com

Untuk maklumat lanjut sila klik ke www.velvetsmooth.com.my. Nak tanya soalan ke, nak search butik Scholl ke kan. Semua boleh ada dalam website ni. Selamat bergeli-geli tapak kaki.


Spread the love

416 Comments

  1. saya ada beli tapi jenama lain…geli rupanya guna benda ni. Dari serius jadi ketawa sebab geli tapi ia bagus untuk kesihatan kaki. Boleh juga cuba batu asli yang dijual di kedai body shop
    Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna AltelMy Profile

  2. yang buka SPA tu boleh lah guna ni kan ni kan,produk yang berkualiti tentu saja pelanggan mahu hasil yang terbaik,yang nak beli sendiri pun lagi ok sbb harganya tidak terlalu mahal.
    cek punya kulit nipis hehe…sebab selalu pkai losyen,tapi jika ada kawan2 yg mngalami masalah spti ini,saya pasti akan cadangkan produk ini,Thanks DH ys 🙂
    Curahan rasa ohpilihanku @ ..Mengimbau Kembali Tragedi Pondok Pak YaMy Profile

  3. Awesome! Rugi tak baca blog Denaihati tentang produk Velvet Smooth Express Pedi ini. Sebagaimana Denaihati dan isteri yang tidak mempunyai pembantu rumah, dan melakukan kerja rumah sendiri dan ini juga menyebabkan terdapat kulit kasar di isteri beliau, begitu juga PG. Kena dapatkan segera produk ini di farmasi berdekatan! Bolehlah dapat semula kulit kakiku yang lembut itu. Pasti suami senyum selalu. Hehe.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!