Scholl Velvet Smooth Express Pedi untuk tapak kaki pecah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini dapat jemputan pelancaran produk baru Scholl. Aku ini memang sangat memilih kalau nak pergi majlis pelancaran produk biar sesuai dengan tema blog kalau tidak boleh jadi carca merba pulak. Jemputan dari Scholl memang tidak dapat ditolak kerana antara jenama yang sudah biasa digunakan oleh isteri. Katanya memang best memakai kasut dan sandal Scholl lembut dan selesa.

Kali ini Scholl bukan melancarkan kasut atau sandal baru tetapi produk unik yang pertama di dunia untuk pengguna yang mempunyai masalah tapak kaki yang pecah. Memang sesuai sangatlah untuk isteri yang memang ada masalah tapak kaki pecah. Kami tak ada pembantu rumah jadi semua kerja kena buat sendiri itu yang pecah-pecah tumit kaki.

gambar Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Scholl adalah pakar dan peneraju dalam bidang penjagaan kaki memperkenalkan inovasi terbaharunya untuk menanggalkan masalah kulit kasar. Alat elektronik dikenali sebagai Velvet Smooth Express Pedi yang ringkas dan mudah digunakan. Direka penuh ergonomik dengan pemegang yang lembut, Scholl Velvet Smooth Express Pedi dilengkapi satu kepala penggelek Micralumina™ yang berpusing dengan laju. Ia mampu menanggalkan kulit kasar dengan mudah, pada masa yang sama menjadikan kulit kaki dengan lembut dan licin. Dengan satu penggunaan sahaja, seseorang individu boleh mendapat hasil yang baik dengan membuang segala kulit kasar di tapak dan tumit kaki. Setiap kali digunakan, penggelek itu boleh dibuka untuk dibasuh atau diganti, sekali gus menawarkan penyelesaian yang berkos efektif untuk kaki yang cantik dan lembut.

rawatan tumit dan tapak kaki pecah

Scholl Velvet Smooth Express Pedi kini boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka pada harga RM129.90 seunit. Pek isian semula yang mengandungi dua unit penggelek yang boleh diganti dijual secara berasingan pada harga RM49.90 (untuk dua roller). Setiap penggelek boleh digunakan sehingga 12 rawatan ke atas kedua-dua belah kaki. Satu alat elektronik ini bolehlah diguna satu keluarga berkongsi.

mencuba Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Aku sudah mencuba memang best boleh bersihkan semua kulit kasar di tapak kaki tapi awas kepada yang kaki geli kena berhati-hati jangan pulak tendang isteri yang bersusah payah nak bersihkan tapak kaki anda.

Untuk dapatkan voucher RM10 sila klik SINI
Promosi dari 1 Ogos – 30 September 2014
Selagi stok masih ada
Hanya untuk Scholl Velvet Smooth Express Pedi sahaja

Jom kita tengok demo cara merawat tapak kaki dengan menggunakan Scholl Velvet Smooth Express Pedi …

Aug 18, 2014 | Cara rawat tapak dan tumit kaki yang pecah by denaihati on Keek.com

Untuk maklumat lanjut sila klik ke www.velvetsmooth.com.my. Nak tanya soalan ke, nak search butik Scholl ke kan. Semua boleh ada dalam website ni. Selamat bergeli-geli tapak kaki.


Spread the love

416 Comments

  1. Boleh suruh mama saya belikan satu ni. Kalau pergi melancong, kadang-kadang rasa terbakar je tapak kaki dalam kasut. Maybe bila guna produk Scholl dapat kurangkan. Mama ada suruh beli dulu tapi malas sebab tak tahu apa kegunaa dia. Bila dah baca rasa nak pergi beli sekarang juga. Hahahaha

    1. Memang bagus produk ni.. Kalau biar merekah, boleh kena infection. :O Teringat kat Mekah ada makcik2 suruh letak inai kat kaki.. Malu la bertepek2. Haha.. Dah ada produk mcm ni, guna je la! 😀
      Curahan rasa Rara Zack @ ..TravellingMy Profile

  2. salah satu cara untuk menjaga dan merawat kaki tumit pecah. bukan sahaja memelihara tapi memberikan keyakinan diri pada seseorang juga bahawa tumit kaki pecah masih boleh rawat kalau ikut caranya dengan kaedah yang tepat
    Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam RetisMy Profile

  3. tapi kaki saya tidak pecah sangat cuma gatal-gatal sahaja katanya ulat air tapi tak ada pula ulat dalam kaki itu. sekarang saya cuma gunakan krim dari klinik untuk redakan rasa gatalnya sahaja

  4. Pertama kali dengar pasal produk ni. Menarik. Tumit kaki nik pun sejak kerja ni dah jadi kasar semacam je. Insyaallah akan cuba tengok produk ni dulu. Mana tahu berminat nanti boleh dapatkan.
    Curahan rasa fatihahfazlin @ ..IriMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!