Scholl Velvet Smooth Express Pedi untuk tapak kaki pecah

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini dapat jemputan pelancaran produk baru Scholl. Aku ini memang sangat memilih kalau nak pergi majlis pelancaran produk biar sesuai dengan tema blog kalau tidak boleh jadi carca merba pulak. Jemputan dari Scholl memang tidak dapat ditolak kerana antara jenama yang sudah biasa digunakan oleh isteri. Katanya memang best memakai kasut dan sandal Scholl lembut dan selesa.

Kali ini Scholl bukan melancarkan kasut atau sandal baru tetapi produk unik yang pertama di dunia untuk pengguna yang mempunyai masalah tapak kaki yang pecah. Memang sesuai sangatlah untuk isteri yang memang ada masalah tapak kaki pecah. Kami tak ada pembantu rumah jadi semua kerja kena buat sendiri itu yang pecah-pecah tumit kaki.

gambar Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Scholl adalah pakar dan peneraju dalam bidang penjagaan kaki memperkenalkan inovasi terbaharunya untuk menanggalkan masalah kulit kasar. Alat elektronik dikenali sebagai Velvet Smooth Express Pedi yang ringkas dan mudah digunakan. Direka penuh ergonomik dengan pemegang yang lembut, Scholl Velvet Smooth Express Pedi dilengkapi satu kepala penggelek Micralumina™ yang berpusing dengan laju. Ia mampu menanggalkan kulit kasar dengan mudah, pada masa yang sama menjadikan kulit kaki dengan lembut dan licin. Dengan satu penggunaan sahaja, seseorang individu boleh mendapat hasil yang baik dengan membuang segala kulit kasar di tapak dan tumit kaki. Setiap kali digunakan, penggelek itu boleh dibuka untuk dibasuh atau diganti, sekali gus menawarkan penyelesaian yang berkos efektif untuk kaki yang cantik dan lembut.

rawatan tumit dan tapak kaki pecah

Scholl Velvet Smooth Express Pedi kini boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka pada harga RM129.90 seunit. Pek isian semula yang mengandungi dua unit penggelek yang boleh diganti dijual secara berasingan pada harga RM49.90 (untuk dua roller). Setiap penggelek boleh digunakan sehingga 12 rawatan ke atas kedua-dua belah kaki. Satu alat elektronik ini bolehlah diguna satu keluarga berkongsi.

mencuba Scholl Velvet Smooth Express Pedi

Aku sudah mencuba memang best boleh bersihkan semua kulit kasar di tapak kaki tapi awas kepada yang kaki geli kena berhati-hati jangan pulak tendang isteri yang bersusah payah nak bersihkan tapak kaki anda.

Untuk dapatkan voucher RM10 sila klik SINI
Promosi dari 1 Ogos – 30 September 2014
Selagi stok masih ada
Hanya untuk Scholl Velvet Smooth Express Pedi sahaja

Jom kita tengok demo cara merawat tapak kaki dengan menggunakan Scholl Velvet Smooth Express Pedi …

Aug 18, 2014 | Cara rawat tapak dan tumit kaki yang pecah by denaihati on Keek.com

Untuk maklumat lanjut sila klik ke www.velvetsmooth.com.my. Nak tanya soalan ke, nak search butik Scholl ke kan. Semua boleh ada dalam website ni. Selamat bergeli-geli tapak kaki.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Terima kasih untuk informasinya sangat membantu memberikan pengetahuan baru, sukses terus

  2. Jadi, kepada mereka yang berminat, jom serbu farmasi terdekat anda untuk mendapatkan produk hebat ini.
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  3. Bolehlah minta bantuan adik beraidk, suami atau isteri untuk membersihkan kaki. :)
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  4. Lagipun scholl ni boleh digunakan seisi keluarga. Semua pun dapat merasa kaki yang sihat selepas menggunakan scholl ini.
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  5. Kena sebarkan produk ni kepada orang terdekat yang mengalami masalah tumit pecah.
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  6. Alaa, sudah terlepas tarikh nak dapat voucher RM10 tu. Kalau tak mesti murah.
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  7. Tengok di video ini pun sangat bagus cara mereka membersihkan kaki. Sangat profesional.
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  8. Mesti geli geleman kan ketika gunakan scrol ni. Tapi, best sebab dapat bersihkan kaki.
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  9. Bagusnya produk ni. Boleh mengatasi masalah kulit tumit pecah. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah itu.
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  10. Saya berminat lah dengan produk ni. Lagipun harga agak murah. Bolehlah nanti beli.
    Entri terbaru Vander Good – Hanis Zalikha di Cosmo!My Profile

  11. untuk kaum wanita dan sesiapa sahaja yang ingin kelihatan cantik, jom, dapatkan segera produk ini difarmasi berdekatan anda semua ya :) selamat menggunakannya!
    Entri terbaru Mrsyatie – Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  12. hehe. bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai scholl velvet smooth express pedi ini, bolehlah melayari laman web velvetsmooth.com.my sekarang ya :)
    Entri terbaru Mrsyatie – Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  13. nampaknya denaihati telah mencuba dan memang best. PG pun nak cuba samalah produk scholl velvet smooth express pedi ni :)
    Entri terbaru Mrsyatie – Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  14. setiap penggelek boleh digunakan sehingga 12 kali rawatan ke atas kedua-dua belah kaki. satu alat elektronik ini boleh dikongsi satu keluarga!
    Entri terbaru Mrsyatie – Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  15. pek isian semula yang mengandungi dua unit penggelek yang boleh diganti dijual secara berasingan pada harga RM49.90 (untuk dua roller). murah juga la kan.
    Entri terbaru Mrsyatie – Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

Trackbacks

Artikel pilihan...close