Isteri selalu mengharapkan suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahkan kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalkan suami samada dimadukan, diceraikan atau ditinggalkan untuk selama-lamanya.
Pepatah orang tua ada mengatakan “Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang kita jangan diutamakan kepada manusia termasuklah kepada suami atau isteri. Kita mesti paling utama menyayangi Allah swt, Nabi saw dan kemudian barulah suami ibubapa, suami dan isteri. Apabila kita terlalu menyayangi manusia apa akan berlaku apabila manusia itu tiada lagi kerana manusia ini pasti akan pergi. Tetapi apabila kita menyayangi Allah swt pasti DIA kekal abadi.
Tak kurang ramai isteri yang mengongkong suami supaya duduk di rumah sahaja bersama keluarga kerana takut dikebas wanita lain. Yang terbaik galakkan suami supaya mencari ilmu terutama ilmu agama untuk keperluan keluarga. Jangan terlalu risau apabila suami meninggalkan keluarga untuk beberapa waktu jika tujuannya baik. Jangan ada prasangka buruk apabila suami keluar kerana itu juga doa yang terus pada Allah tanpa hijap.
Isteri adalah hak untuk suami dan suami adalah insan yang mesti dipatuhi oleh isteri tetapi suami bukan hak seorang isteri. Syurga suami di bawah tapak kaki ibunya tetapi syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya. Tugas isteri mendidik anak-anak yang dilahirkan. Tugas suami mendidik isteri yang dikahwini jika tidak mampu wajib suami mencarikan guru. Apa yang isteri buat akan dipersoalkan kepada suami kelak tetapi apa yang suami buat tidak akan dipersoalkan kepada isterinya kelak.
Kita pasti berharap bahawa kita juga kelak akan bertemu sebagai suami isteri di syurga yang kekal abadi.
[ad#advertlets336]
331 Comments
suami yg diizinkan oleh isteri untuk keluar mencari nafkah akan rindu utk cepat2 kembali ke pangkuan keluarga. Sedangkan suami yg ditahan-tahan daripada keluar oleh isterinya akan selalu rindu utk berada di luar rumah.
kata-kata dipetik drp saifulislam.com
Curahan rasa ummuuswah @ ..Kempen Jom Dirikan SOLAT Sticky Post
menarik pula buat ebook masalah istri dan suami
Ha… Bro Munir boleh la buat sebab ada pengalaman kan.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
terus terang saya tak terlalu dalam hal suami istri
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
Betul ker bro? atau bro boleh kongsi2 sedikit memandangkan bro memang dah mempunyai pengalaman dalam bidang ni..
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
@steward john, haha..nk sruh kerbau ada depan mata pegi sawah ar keke….just kidding steward
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
Haha.. yer la, nak suruh dia kerja kat sawah.. boleh ker?
@steward john, haha steward buat lawak pulak…keke…kawah, boleh ar tu, mmg laju gile ar hahahahahahahaha
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
Hahah.. yer la.. menarik segala macam gelombang magnetik tu..
@aduka, waahh…lame sgt tu..huhu..kalau traffic slow lg la lame nk dpt..huhu tkpelah nk buat mcm mane..at least dh berusaha..rezeki atas Allah la pulak
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
@steward john, hehe boleh sangat kalau nk menuntut ilmu bab2 jaga anak ngan encik DH, tp kalau nk amalkan tu lmbt lagi la kot hehe….
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
Haha.. yer la.. bagus juga memantapkan ilmu awal2.. Tak salah juga kan Dya
Comments are closed.