Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
di Malaysia malahan di dunia ini sudah terlalu banyak syarikat yang wujud. Wujudnya cukup banyak saban hari namun yang tutup syarikat pun amat banyak. Tidak kira sekecil-kecil syarikat hingga sebesar-besar syarikat. Tidak kira sekecil-kecil ruang pejabat hingga sebesar-besar bangunan untuk syarikat.
Kali ini kita kongsikan sebuah kisah dari Dawood Holdings.
Perjalanan syarikat Dawood Holdings dimulakan oleh dua rakan kongsi iaitu Encik Shahul Hameed Dawood dan Encik Abdul Kabur di bandar yang sibuk Lebuh Ampang. Terletak di pejabat yang berkeluasan hanya 450 kaki persegi di mana kedai tersebut hanya dilengkapi dengan hanya satu komputer dan kafe siber untuk mencetak kertas kerja.
Pada tahun 2007, YB Khairy Jamaluddin melancarkan acara rasmi pertama mereka, MY Career & Education Fair 2007. Tahun demi tahun, operasi semakin berkembang.
Kerja keras dan dedikasi seluruh syarikat membawa kepada satu kejayaan pada tahun 2009, apabila berpindah operasinya kepada pejabat 3000 kaki persegi di Bangunan KWSP di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Tenaga kerja meningkat dua kali ganda bilangannya dan mula memecah masuk ke platform antarabangsa dengan menganjurkan Konvensyen Perpaduan Muslim Antarabangsa.
Tujuh tahun selepas penubuhannya, mereka berpindah ke Bandar Perindustrian Puchong.
Kebetulan berhampiran dengan di mana ia semua bermula, restoran kecil yang dipanggil Restoran Ben Maju di mana pengasas Dawood Holdings makan bersama-sama. Dan distu mereka membuat keputusan untuk mengambil nama My Events International berikutan peristiwa mereka di situ.
Tahun ini dengan bangganya My Events International menyambut ulang tahun ke-10 secara rasmi. Penjenamaan semula imej untuk tanda aras ini, mereka memilih biru dan oren sebagai tema serta ibu pejabat berpindah ke pejabat 10,000 kaki persegi di Bandar Kinrara.
Bukan senang untuk mencapai kejayaan seperti ini.
MyEvents International ini telah banyak menjadi penganjur untuk majlis seperti MAHA 2010, Global Leadership Awards, Global Branding Awards, Malaysian Social Media Week, Middle East Business Leaders Awards, Buka Puasa Perdana, BioMalaysia, Pangkor Dialogue, Utusan Business Awards dan pelbagai lagi.
Acara yang sering tim Denaihati Network hadiri adalah Malaysia Social Media Week di mana sejak 2013 lagi memberikan sokongan dari segi penyertaan dan sebaran sosial media.
Sambutan 10 tahun untuk sesebuah syarikat adalah cukup bermakna. Dari sekecil-kecil pekerja tukang cuci sehinggalah kepada sebesar-besar Lembaga Pengarah. Tiada yang mustahil untuk mencapai aras tanda tersebut, yang penting adalah terus berdedikasi, istiqomah dan sentiasa menambahbaik syarikat dari tahun ke tahun.
Kepada Mr Shahul Hameed dan seluruh warga kerja, kami ucapkan selamat ulangtahun ke 10 MyEvents International!
37 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sanagt lah menarik like it , salam indonesia
Tahniah kepada MyEvent International kerana berjaya sampai ke tahap sekarang ni. Semoga lebih sukses di masa hadapan.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..5 Types of Investment in Malaysia
Nama yang sungguh catchy! My Events International. Tahniah atas kejayaan dan In Shaa Allah dapat pergi makin jauh.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?
happy je tengok kejayaan DH.. Sebab tahu mereka sangat aktif. siang malam kerja utk jadi yg lebih baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Siapa Kim Jong Nam
Kisah-kisah yang seronok dan mencengangkan layak dan patut diapresiasai buat semua orang dan khalayak dan dunia khususnya egh umumnya heheh
Curahan rasa Ali Afif Ghozi @ ..Puisi Untuk Putra Tercinta : Belati Ghozi
Wooowww seronok sekali. meriah dan megah, mantab bang.memang diperlukan perjuanagan dalam hal apapun ya
Curahan rasa Buwel Puisi Mentari @ ..Puisi Mentari Rembulan
selamat ulang tahun ke 10 my event…
meriahnya majlis mereka…
tahniah!
Curahan rasa umiadam @ ..Tips Hilangkan Keputihan Dengan Cepat
Comments are closed.