Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Panas betul hati bila tengok video Saravanan yang memprovokasi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya yang buat ibadah Qurban di sekolah beliau. Bagi aku video Saravanan ini sengaja cuba menghina Islam. Memang kurang ajar betul Saravanan ini yang segaja buat bodoh dan tanpa dia sedari sebenarnya mamat kurang ajar ini sedang memprovokasi umat Islam Malaysia. Tak sanggup nak letak keratan video Saravanan menghina ibadah qurban dalam entri ini sebab setiap kali dengar perbualan tu pasti naik rasa marah.
Wahai Saravanan menyembelih lembu untuk Qurban adalah suatu ibadah dalam agama Islam untuk orang Islam manakala memotong babi adalah acara makan-makan. Dua acara ini sangat berbeza tujuannya. Aku tak fikir guru besar ini sebodoh Saravanan dengan menyembelih lembu di hadapan pelajar India yang sememangnya semua faham sensitivitinnya.
Tabik dengan guru besar yang menunjukkan akhlak Islam yang baik walaupun didesak dan dipotong cakap berkali-kali. Kalaulah aku itu guru besar mungkin dah naik macam-macam angin. Dengar perbualan tu pun aku dah panas hati apatah lagi kalau aku sendiri yang melalui kejadian tersebut. Sangat jelas Saravan dengan segaja menghina Islam.
[box type=”shadow”]JAWAPAN KEPADA SARAVANAN
Nak share..ada beberapa hujah yang boleh disangkal: kita baca dgn fikiran terbuka.
1) Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 3 mengatakan Islam agama rasmi Malaysia,tetapi agama lain bebas diamalkan.Dalam perkara 11,tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).
Apabila bercerita tetang agama rasmi, maka acara yang melibatkan agama Islam mewakili upacara utama di Malaysia. Maka, upacara penyembelihan di sekolah itu adalah dibenarkan kerana ini bukan sekadar upacara keagamaan, tetapi ini adalah upacara negara kita yang mendokong Islam sebagai agama rasmi.
Malah, tidak ada pun halangan daripada Malaysia untuk agama lain mempraktikkan upacara mereka, tetapi bukan di sektor-sektor awam. Kerajaan Malaysia membenarkan agama lain membuat upacara mereka di mana-mana sahaja, tetapi bukan secara rasmi yang melibatkan pekerja awam, pelajar sekolah atau mana-mana agensi kerajaan.
2) Kenapa babi tak boleh disembelih di sekolah? Kerana tidak ada secara khusus mana-mana upacara agama bukan Islam seperti Buddha atau Hindu yang menyuruh umatnya menyembelih babi beramai-ramai. Perkara 3 telah mengatakan bahawa ‘tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya‘, tetapi adakah agama yang menyuruh umatnya untuk menyembelih babi di khalayak ramai?
Islam, memang dianjurkan untok melakukan ibadah Qurban seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran:
” Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat. ” Surah Al Hajj 22:34)

3) Tidak ada double standard di dalam hal ini. Encik yang menelefon itu mempersoalkan kenapa agama Islam boleh, agama lain tak boleh. Apa yang agama lain tak boleh? Orang Buddha menggunakan jalan raya (yang menganggu trafik, tetapi kita Malaysia kan, toleransi diutamakan) untok membuat upacara Cap Go Meh, orang India menggunakan jalan raya utama bagi perayaan Depavali dan Thaipusam sehingga menyebabkan trafik sangat sesak, tetapi kami tidak merungut kerana kami (Islam) faham bahawa toleransi agama itulah segala-galanya.
Orang Sikh boleh memakai serban mereka di sekolah (orang Islam pun tak boleh tahu tak?) dan kaum-kaum yang ikut agama lain juga dibenarkan. Cuma, apa yang tidak DAPAT dilakukan oleh yang bukan Islam adalah membuat upacara rasmi di sekolah. Itu sahaja. Nak buat di tempat lain, silakan.
4) Sepatutnya isu ini langsung tidak perlu dibangkitkan. Apa sebenarnya masalah yang hendak dibangkitkan? Encik, kalau encik mengadu di Kementerian pun, apa yang encik harapkan di peringkat itu? Adakah dengan Kementerian tidak membenarkan lagi upacara penyembelihan itu bakal memakmurkan lagi agama Encik? Adakah dengan mengadu di Kementerian, ada upacara agama Encik boleh dibuat di sekolah?
Tidak ada maknanya! Jika encik bercakap tentang KEADILAN, encik tersilap antara KEADILAN dengan KESAMARATAAN. Tidak. Kita mengamalkan toleransi. Kalau kami (Islam) boleh bertoleransi dengan agama anda, anda juga perlu fahami dan bertoleransi dengan agama kami. Kalau encik menyamakan menyembelih lembu itu sama ertinya dengan menyembelih babi (kerana India sensitif dengan lembu, dan Muslim sensitif dengan babi- berlainan pola kesensitifannya), maka ianya langsung tidak masuk akal.
Kami sembelih lembu tidak ada kena mengena langsung untuk provok agama Hindu. Bukan itu niat kami. Ini adalah suruhan Tuhan kami, dan kami akur dengan suruhan tersebut. Mungkin di sini ada percanggahan kepercayaan antara Hindu dan Islam dalam isu lembu ini, tetapi kalau encik sentiasa berlapang dada menerima hakikat pandangan kami terhadap lembu,alangkah baiknya. Kita hidup aman harmon.
Kami tidak menghina agama Encik, tetapi, dengan perbuatan encik mempertikaikan upacara agama kami, samalah seperti kami meletakkan paku di tangga-tangga Batu Caves.
Salam 1 Malaysia.
Mufarwa Farid,
17 Oktob[truncated by WhatsApp][/box]
Penghinaan demi peghinaan kepada Islam adalah kerana umat Islam tak menjaga Islam sehingga orang lain tidak ada rasa gerun untuk menghina Islam. Umat Islam tak jaga hubungan dengan ALLAH bagaimana ALLAH nak jaga Islam. Sekarang umat Islam yang menjalankan tanggungjawab sebagai Islam seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan lain-lain amalan dilihat pelik dan ganjil di kalangan masyarakat Islam. Kita lebih rasa bangga melanggar perintah ALLAH daripada patut tuntutan yang ALLAH dah sebut 1400 tahun dahulu.
[box type=”shadow”]وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالإِثْمِ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ
Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. (Surah Al- Baqarah ayat 206)[/box]
Setiap kali ada sahaja isu penghinaan Islam pasti golongan dalam Islam akan bertelagah antara satu sama lain untuk menunjukan bertapa Islam tidak bersatu dan ini akan memberi lebih ruang kepada penghina-penghina Islam yang segaja memprovokasi Islam.
59 Comments
membaca artikel yang dikongsikan oleh tuan denaihati.com mengenai isu saravanan ni memang sakit hati betul bila dengar dia menghina agama islam.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Apabila sesuatu isu berkaitan sensiviti agama, sepatutnya para alim ulama segera berbincang dgn ketua2 agama lain dan mereka semua segera mengeluarkan kenyataan sebelum orang ramai membuat pelbagai spekulasi dan provokasi yg mampu menggugat perpaduan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Isu seperti ini tidak sepatutnya timbul. Sebagai orang Malaysia, kita pastinya faham dan tahu akan sensitiviti agama orang lain.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
tahu takpe..dah berpuluh tahun lahir kat malaysia pun tak paham-paham malaysia berbilang kaum dan agama..so hormatlah agama lain..kalau nak mengutuk je..cari tanah sendiri buat negara sendiri
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
betul tu. mereka sepatutnya kena hormat agama masing-masing. kita di malaysia ni bukan ada satu agama je, ada banyak agama dan kaum. mereka kena faham tu.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Kalau ada unsur menghina seeoloknya buat aduan kepada yang berwajib. Sekarang Islam banyak dhina berbanding agama-agama lain. Inilah Islam yang sebenar yang sentiasa kekal sampai bila-bila.
Curahan rasa adarain @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sepatutnya perkara sebegini tidak menjadi isu. Masalah kita juga tidak memberi kefahaman kepada mereka. Kita umat islam selalu mendengar ceramah agama menyuruh kita menghormati agama lain. Tapi tidak pasti pula agama lain ada tak mereka menyeru umatnya untuk menghormati umat Islam.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Bergantung kepada pandangan individu. Kalau rasa beliau menghina, salurkan aduan kepada pihak berwajib keran aia tak boleh dibiarkan.
Kalau sekadar menyuarakan pandangan tertentu tanpa ada niat jahat tak dak masalah. Bergantung kepada cara pemikiran. Jangan cepat sangat smapai ke kesimpulan.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Memang tindakan saravanan ni tak wajar dan menghina agama Islam tapi kita kena lah jaga perilaku dan pertuturan kite. jangan nampak kasar sangat ayat. lebihkan kepada ayat nasihat membina.
Saravanan bukannya hina agama islam, he just given his concerned.
Comments are closed.