Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah bermula hari baru dan kita masih meneruskan perjuangan untuk mencapai apa yang dicitakan.
Seperti ramai yang telah sedia maklum, pada hari Sabtu, 20hb Februari baru-baru ini, satu Majlis Sarapan Pagi bersama AdiPutra Mira Filzah dan Blogger telah dianjurkan oleh pihak Denaihati Network. Majlis yang diadakan di Bangi Golf Resort ini telah mendapat sambutan yang hangat.
Rakan-rakan blogger dari seluruh pelusuk negara telah hadir, tidak dilupakan para peminat AdiPutra (@adp1hotlovers), peminat Mira Filzah (@miracle.fc) dan para penaja telah memeriahkan majlis sarapan pagi yang bermula pada 8.00 pagi ini.
Ini merupakan julung kalinya Denaihati Network menganjurkan acara sebegini, dan untuk AdiPutra dan Mira Filzah, mereka juga buat pertama kalinya menghadiri majlis sarapan pagi sebegini.
Majlis Sarapan Pagi
Majlis ini diadakan untuk mengeratkan perhubungan silaturahim antara satu sama lain dan dalam masa yang sama, AdiPutra telah mengumumkan pakej Umrah bersama beliau yang akan diadakan pada tahun ini. Terdapat beberapa selebriti lain yang akan turut serta dalam siri pakej mengerjakan umrah bersama AdiPutra ini.
Selain itu, ada beberapa perkongsian yang tidak pernah dilakukan oleh beliau dalam mana-mana majlis. Memang banyak perkongsian-perkongsian pengalaman dan tips yang boleh dijadikan teladan dan panduan kepada yang hadir.
Mira Filzah juga berkongsi perkembangan semasa beliau dan projek-projek atau shooting yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Majlis santai mengeratkan silaturahim
Dalam Majlis Sarapan Pagi ini juga, ianya menjadi sebagai salah satu majlis untuk mengeratkan lagi silaturahim antara rakan-rakan blogger. Bukan selalu boleh berkumpul beramai-ramai sebegini. Alhamdulillah banyak perkongsian cerita yang berlaku dalam majlis pada pagi sabtu tempoh hari
Ada juga rakan blogger yang datang jauh dari Kelantan dan serata pelusuk Malaysia. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan blogger yang tidak pernah jemu untuk memberi sokongan kepada semua aktiviti yang pihak kami jalankan.
Penaja yang baik hati
Majlis Sarapan Pagi ini dapat dijayakan disebabkan sokongan dari rakan-rakan penaja yang sudi untuk memberi sokongan dengan menaja pelbagai perkara dalam majlis yang memang meriah ini.
Antara rakan-rakan penaja untuk majlis kali ini adalah Jemaah Bisnis Denaihati, EvoWang.com, CVS Production, AbangEnsem.com, Pav’s Lover Bakery dan Sohaini Cookies.
Majlis yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam ini berjalan dengan lancar alhamdulillah. Ramai tetamu yang bertuah membawa pulang hadiah berupa shawl dan minyak wangi daripada Mira Filzah, barangan minuman Codi Cafe dan Codi Teh Tarik daripada Jemaah Bisnis Denaihati, buku daripada abangensem.com dan juga jam tangan tawaf denaihati.
Semoga dengan pertemuan yang sebentar ini mendatangkan banyak faedah kepada semua insyaAlLAH.
Rakan-rakan blogger yang lain, kita akan bertemu lagi dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 yang akan diumumkan dalam masa terdekat, siapa tahu, kita boleh jemput sekali Abang Ngah AdiPutra dan Kak Ngah Mira Filzah untuk bersama-sama dalam #SBB2016 juga?
47 Comments
Lawa betul Mira Filzah nie. First time tengok dia berlakon cerita “Abang Beduk” rasanya. Tak sangka, sekarang dah jadi one of the best actress di Malaysia…
Curahan rasa arnie @ ..Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Bayi Selesema Berkahak
whoaa.. menarik..
agak2 bile ada event mcmni kt JB? mcm nk terjah gak kalu ada
ada lagi event ke, bestnya kalau boleh join sekali terutama kalau adi putra pun ada sama
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Lelaki Dengan Masalah Prostat
Aah, kalau ada lagi, bolehlah join. Especially kalau ada kak ngah yang comel tu…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..10 Tanda Badan Kita Banyak Toksin dan Perlu Detoks
terlepas pandang dengan event ni.
mungkin sbb DT tak ade FB. IG tak aktif sangat.
blogger baru come back.
insyaAllah SBB2016 akan kembali semula…
cantik-cantik dan ganteng -ganteng ternyata,,para blogger malaysia, bloger ternyata profesi yang punya gengsi tinggi juga ..slaam kenal
seronoknya bloggers dapat breakfast dengan adi putra yg tgh hot sekarang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Contoh Bil TM Melalui Email
Hihi, Adi Putra tak kisah sangat, kak Ngah Mira Filza yang comel tu yang jadi pujaan hati…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..10 Tanda Badan Kita Banyak Toksin dan Perlu Detoks
Meriah betul acara sarapan pagi ni bila ada Adi Putra dan Mira. Seronok nampak semua peserta yang hadir tu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Panduan Jobdirumah 2016
Ada mira filzah tu..mira filzah dulu blogger juga kan..bestnya dpt jumpa.hehe
Curahan rasa Oh pt3 @ ..Contoh Soalan PT3 Matematik Terkini
Yea tu. Nampak seronok semuanya mereka yang datang tu. Dapat jumpa artis kesukaan mereka di sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Panduan Jobdirumah 2016
wow..sarapan dengan retiss..nampak meriah n ceria je semua. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Buat Bekal Anak Ke Sekolah Supaya Kekal Sedap Walaupun Makanan Dah Sejuk | Bentou Making
Bukan tak nak pergi tapi kena kerja, boss cuti hari tu maka saya tak berpeluang untuk turut serta. Insya Allah akan pergi ke #SSB2016.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Tak dapat pergi. Dapat tengok gambar pun jadilah. Rasanya semua tetamu yang datang happy. Dapat jumpa Adi Putra dan Mira.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Panduan Jobdirumah 2016
Hopefully Mira filzah akan kekalkan sikapnya yang humble juga walaupun dah terkenal nanti
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pernah Dengar Penapis Buah Pinggang Bocor?
Harapnya macam tu lah. Nanti lagi ramia yang suka jika ada sifat macam tu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Panduan Jobdirumah 2016
Meriah nampaknya bertambah seronok dapat jumpa hero & heroin Cinta Si Wedding Planner.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Wordless Wednesday #69 : DUKE
Tahniah untuk penganjur, denaihati network dan juga mereka yang hadir. Sekali sekala datang event jumpa dengan retis popular pun seronok kan.
Curahan rasa Tutyrahiza @ ..Resepi Ma Po To Fu Sedap dan Sihat
Seronoknya kalau dapat hadir bersama danberjumpa kak Ngah yang comel
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..10 Tanda Badan Kita Banyak Toksin dan Perlu Detoks
meriah betul, menarik juga umrah deangan adi putra tu. huhuh
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Manfaat Teh Hijau Untuk Kesihatan
Comments are closed.