Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kedua yang terpilih adalah blog status PR2 Ziefauzi.com telah mengumpul 5041 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy 10.1 menjadi impian dan harapan Zie Fauzi semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Zie Fauzi kenapa Galaxy 10.1 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Sebelum ni saya memilih Samsung Galaxy Tab 7.0 sebagai gadget impian saya. Oleh kerana pihak penganjur membenarkan para peserta membuat pilihan sekali lagi, jadi saya memilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya. Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Tab 10.1 sebagai gadget impian saya? Sebab-sebab gadget tersebut dipilih:
Pertama: Saya seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak bekerja dan bukanlah seorang kaki gadget-gadget terkini. Yang ada pun hanya gadget biasa yang dianggap sebagai keperluan wajib. Cuma sesekali teringin untuk ada satu gadget terkini tapi simpan saja dalam hati sebab tak mampu untuk beli dan bukan keperluan wajib. Namun jika ada insan yang hendak merealisasikan, tak salah mencuba untuk dapatkan gadget impian saya.
Kedua: Saya seorang penulis blog yang boleh dikategorikan sebagai sederhana tegar. Saya juga seorang penjual online yang mencari rezeki secara sambilan. Oleh sebab itu, saya perlukan gadget mudah alih untuk online kerana selama ini, saya online menerusi komputer peribadi yang dibeli suami dan hanya sesekali menggunakan laptop jika suami tidak menggunakannya.
Ketiga: Masa saya untuk online terhad. Saya perlu bahagikan masa-masa tertentu untuk online. Contohnya, pagi saya online 1 jam kemudian kemas rumah, masak. Petang mungkin saya luangkan masa 2 jam untuk online kemudian selesaikan kerja rumah yang lain. Begitu juga bila waktu malam. Kalau saya bertapa depan komputer lama-lama, maknanya kerja rumah takkan selesai. Makan minum suami dan anak mungkin terabai. Tapi kalau ada gadget yang saya sebut seperti di atas, mungkin saya boleh buat kerja 2 dalam 1 mengikut kesesuaian kerja rumah yang dilakukan.
Keempat: Saya suka memasak, dan selalu mencari resipi secara online di internet. Kalau saya nak masak sesuatu, ia datang secara tiba-tiba dan tidak dirancang. Biasanya, saya search dan terus ke dapur untuk mula. Kalau rajin saya akan salin dulu resipi tersebut di kertas. Kalau kurang rajin, saya akan ulang alik dari komputer peribadi ke dapur dan begitu sebaliknya jika saya terlupa bahan atau langkah-langkah tertentu. Jadi, rasanya kalau saya dapat satu gadget yang membolehkan saya untuk semak resipi secara online sambil masak alangkah bagusnya. Tak perlu lagi saya berulang alik atau pun menyalin resipi terdahulu.
Kelima: Sebagai seorang peniaga online pula, saya perlu luangkan lebih masa untuk semak tempahan atau sebarang pertanyaan dari pelanggan melalui email. Memandangkan untuk online saya perlu berada depan komputer, kadang kala saya terlepas tempahan sebab lambat membalas email pelanggan. Jika saya dapat gadget impian, mungkin saya boleh semak email bila-bila masa saja walaupun ketika menonton televisyen atau ketika memasak.
Keenam: Seperti sebab-sebab yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni, saya mahu satu gadget yang membolehkan saya online tidak kira masa dan tempat terutamanya ketika balik kampung atau bercuti ke mana-mana. Sebelum ini, rajin angkut laptop suami yang dah berbakti 3 tahun lebih dengan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, laptop tu terasa berat untuk diangkut bersama beg pakaian kami 3 beranak. Itu tak termasuk barangan keperluan lain. Kalau ada gadget impian mungkin boleh kurangkan beberapa KG bebanan yang kami bawa.
Rasanya cukup la enam sebab yang saya beri. Sebab-sebab di atas ditulis dari sudut saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Jika saya bekerja mungkin sebab yang akan diberikan berlainan sedikit. Saya tak mengharap tapi jika ada rezeki saya untuk dapat gadget impian ni, Alhamdulillah. Selama saya join contest ini pun dah banyak yang saya dapat. Terima kasih untuk penganjur contest gadget impian dan semua penaja yang terlibat.
Nota :
- Zie Fauzi diberi masa sehingga 11.59pm, 16/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
497 Comments
selamat kepada pemenang…
Curahan rasa medgad @ ..Valentine Theme For Blackberry
Entah kenapa dada berdebar-debar..kaki tangan kepala lutut semua terketaq-ketaq bila baca entry ni..tak sangka jadi blog kedua selepas entry cikgu naman. tetap akan berusaha sehabis baik walaupun sekarang ni pening2 nak tengok screen walau sekejap…. terima kasih Denaihati dan penganjur sebab beri peluang….
Curahan rasa zie fauzi @ ..Tip Dan Petua Tidur Lena
Tahniah atas kesungguhan dan kejayaan layak ke pusingan seterusnya untuk rebut gadjet impian.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Wordless Wednesday #9
Terima kasih saudara Sobri.. Susah juga nak ke pringkat ni, tambah2 persaingan peserta akhir semua hebat2 belaka…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Semoga berjaya meraih gadget impian ye kak 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pemuda dan kapal yang karam
terima ksih lagi untuk Myra.. entrh utk kali ke berapa.. itu je yg mampu ucap.. terima kasih byk2…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
akak jgn ketaq2…nanti bard akan datang sini lagi untuk bagi support habis-habisan..sebabnya, bard suka kesemua hujah2 kat atas tu..hidup surirumah!!! hehe..
Curahan rasa bardboo @ ..Syoknya Ammar Main Salji!
Mula baca entry ni dulu ketaq la jugak sebab tak sangka entry keluar awal, tak sempat susun strategi… Mana tak dapat online pulak lepas tu sebab kena balik kampung, mabuk tengok screen lagi… hehehe… Dugaan jugak pusingan akhir ni.. Tapi dah buat yang terbaik, ada rezeki tak ke mana.. InsyaAllah…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Selamat meraih undi daripada sahabat blogger. 🙂
Raih undi mcm ahli politik pulak.. InsyaAllah akan buat yang terbaik..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
insyallah kalau rezeki tak kemana, tahniah sebab berjaya sampai ke peringkat akhir, memang terbaik la.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Terkini : Cadangan gaji SBPA Mac 2012
Nak sampai ke peringkat ni susah oooo… tambah2 blog yang kurang dikenali macam saya ni.. kena tebalkan muka buat rayuan sana sini. Ada yang support tu Alhamdulillah la, yang mana rimas tu siap kena perli lagi.. Tapi sabar jer la… hehehe… pengalaman tuu…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
InsyaAllah…. ada rezeki adalah hasilnya.. mudah2an
dengan niat dan usaha utk mencari rezeki lebih dlm
online lebih sukses.. doa utk semua.
Curahan rasa nurmisnan @ ..Kebiadapan rakyat Perancis terhadap perempuan muslimah ini
Terima kasih Nurmisnan… InsyaAllah, ada rezeki tak ke mana kan…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
<— tengah tunggu si "bodoh sombong" aka "anti yahudi" mengomen..haha
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Jenis-Jenis Filter DSLR
hehehehe…. sama la kita. Nak tunggu apa komen panas yang dia keluarkan lepas nih
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Wordless Wednesday #9
hehe…buat apa la tunggu dia, biar lah mau datang atau tidak kita abaikan saja, sebab ga ada guna tuk melayani dia..
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
Betul tu… Buang masa je tunggu dia… Kalau dia nak mengamuk pun biar la… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Samsung Galaxy 10.1 saya juga mau, cuma ga terbeli, selamat berjuang Zie Fauzi !
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
Sama la… kalau mampu beli dah lama beli… Cuma sekarang mampu bermimpi saja…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Ok 5 markah utk zie fauzi pulak ..semoga berjaya dapat gadjet impian …
Curahan rasa puanbee @ ..Penat Dengan Keadaan
+ 5 = 10.. gd luck sis
Curahan rasa nurmisnan @ ..Bunga kemunting cina penawar barah darah dan Leukemia
Tenkiu Bee… 5 markah yang amat berharga sekali.. Tenkiu tau…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
ehehe sama2 zie , kita support semua rakan blogger .. yang mana suka lah , yg mana mcm tk suka puanbee mengomel lelebih tu tk dpt lah nak tolong suport hehehe ..
Curahan rasa puanbee @ ..Sebutkan Agar Mereka Tahu
hehe.. sepanjang minggu ni dah berapa kali kena perli.. buat tak tahu.. kalau layan, tak jadi apa nanti… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Mabuk Tengok Skrin PC
Good luck, saya dah klik apa yang patut. Semoga berjaya.
Curahan rasa GreenLava @ ..How to add Pinterest Pin It button to Blogger post
Sama, saya klik semuanya untuk sokong Zie Fauzi biar ga berulang alik terus..heheh 😀
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
Bagus Dadan ni… HEhehe… Mana tahu sokongan semua ada rezeki saya nak pegang tab ni kan…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Terima kasih GreenLava… Sokongan anda amat berharga sekali…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
good luck yer…..teringin jugak nak pakai gadget tu tapi maybe next time….apa pun semoga berjaya….datang support rakan-rakan blogger
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Review Ranking Alexa, Page Rank Dan 10 Blogger Of The Years
Terima kasih FF, semoga berjaya juga dalam contest yang sama ni.. sesama kita bersaing secara sihat… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
jadi teringat ibu saya, yang suka memasak makanan kesukaan saya…saya sokong Zie Fauzi semoga berjaya..
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
dan kalau menang jangan lupa memasaknya harus lebih enak lagi apalagi buat suami…heheh
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
iya saya setuju hehehee 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Penampilan Terbaru Ana Raffali Bertudung
masak dgn hati yang gembira lebih nikmat rasanya…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat petai belalang, jering dan bunga kemunting china penawar kencing manis
itu memang ler semestinye, ada ke masak untuk family tak happy? -..-”
Curahan rasa yanmie @ ..Penampilan Terbaru Ana Raffali Bertudung
Itu sudah semestinya, sedangkan sekarang pun nak masak yang tersedap buat tersayang,apatah lagi kalau dpt tab yang memudahkan segala urusan..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Sokong ye Dadan, jangan tak sokong walaupun saya belum tentu lagi akan tersenarai top 5… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
moga berjaya Zie
Curahan rasa auc dot com @ ..50 Cara Buat Duit Depan PC! | Part 4
oh…saya suka idea yg nak cari resepi tu, kalau dapat galaxy tab ni, tak perlulah berulang alik ke komputer, letak je tab di sebelah sambil tengok resepi. 🙂
Curahan rasa rosezha @ ..Segmen Review Blog Kami
aku juga usung tab ke dapur utk tgk resipi baru.. hik3
Curahan rasa nurmisnan @ ..Bunga kemunting cina penawar barah darah dan Leukemia
Untungnya..dah ada tab yer.. memudahkan kerja kan.. tak perlu lagi salin ke kertas atau berulang alik..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Betul tu, dapat tab satu tak payah nak berulang alik.. selalu zie online pakai PC rumah sebab laptop encik suami pakai kerja..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Dah tekan semua apa yang patut untuk zie, tinggal usaha jelah, jangan putus asa, buat sebaik mungkin, ada rezeki tak kemana, seronok juga bila zie antara salah seorang yang akan memenangi gadget impian sebab apa yang kakyan baca diatas semuanya lebih kurang akak juga, bezanya akak boleh usung laptop ke dapur heheee, selebihnya tak jauh beza, maklumlah kita kan suri rumah sepenuh masa so sedikit sebanyak aktiviti harian tu lebih kurang sama 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Penampilan Terbaru Ana Raffali Bertudung
saya pom sama je kak yan , cuma saya tk usung laptop kedapur masak pun nak cepat je ..banyak duk dalam keta pulak sekarang ni ..
apa pun zie ..caiyokk berusaha terus..
Curahan rasa puanbee @ ..Penat Dengan Keadaan
memang anda-anda ini suri-suri rumah yang teladan, patut dijadikan contoh buat suri rumah lainnya…
Curahan rasa Dadan @ ..Keunikan Anak-anakku
suri rumah alaf baru tau dadan ..
Curahan rasa puanbee @ ..Suka “Make – Up” Tak ?
Myra walau sekali sekala memasak, sanggup ulang alik dapur ke lappy tengok resepi, takpun usung laptop ke dapur 😉
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pemuda dan kapal yang karam
Dulu rajin jugak usung laptop husband ke dapur, cuma sejak husband bawa laptop ke tempat kerja, jadi zie online pakai PC aje.. Kalau PC ni boleh diangkut2 dah lama angkut masuk dapur.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Salam,
Good luck Zie, insyaallah mudahan tercapai impian untuk mendapatkan gadget impian zie 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Penampilan Terbaru Ana Raffali Bertudung
Semoga saja seperti itu Mbak Yan… Oh yah, entri Mbak Yanmie kapan muncul yah?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
tulah tak tahu bila nak keluar, DH saje kot buat orang ternanti2 hahahaa *perasan*
Curahan rasa yanmie @ ..Penampilan Terbaru Ana Raffali Bertudung
Mesti ramai yang ternanti-nanti entry K.Yan kan.. Tuan punya entry pun mesti berdebar-debar.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
iya kapan entry mbak Yan keluar, saya ingin tahu gadget apa yang jadi impian mbak Yan?
Curahan rasa Dadan @ ..Kasidah Cinta Ilahi Rabi’ah al Adawiyah
Ramainya teman2 blogger yang nantikan entry Kak Yan, confirm Kak Yan salah seorang top 5 nanti… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
saya pun nantikan entri kakyan .. kakyan punya entri mesti top 5 punya ..cehwahh
Curahan rasa puanbee @ ..Sebutkan Agar Mereka Tahu
Entry Bee pun ramai yang nantikan termasuk zie… apa la agaknya Bee dgn Kak Yan tulis… agak2 bila nak keluar yer… 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Terima Kasih K.Yan..kalau ada rezeki tak kemana kan…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rakan Blogger Diperlukan | Galaxy Tab 10.1 Sedang Menanti
Comments are closed.