Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat masa di UKM dulu seorang sahabat kami penyambut hari lahir sendirian. Tepat jam 12 malam beliau nyalakan lilin sendirian dan menyanyikan lagu happy birthday tanpa disedari kami sedang mengitip beliau. Selesai sahaja beliau tiup lilin kami ramai-ramai serbu masuk bilik, terkejut beruk dia. Dia sangka kami lupa birthday beliau.
Dalam sejarah hidup, aku hanya menyambut hari lahir dengan sederhana sahaja. Tahun ini sangat berbeza apabila keluarga, sahabat dan team Denaihati telah merancang satu majlis sambutan yang tidak disangka-sangka. Aku tahu satu majlis akan diadakan tetapi hanya menyangka makan-makan bersama di restoran tetapi sangkaan aku salah.
Majlis penuh bunga-bungan dengan tema hitam putih dan memang tak sangka bila ada Abang Ensem, Deqnoor dan dayang-dayang. Terima kasih kepada isteri dan sahabat-sahabat yang telah merancang majlis sambutan hari lain yang sangat berlainan daripada kebiasaan. Terima kasih kepada semua keluarga, sahabat dan team Denaihati yang meraikan ulang tahun hari lahir tahun ini … sungguh terkejut dan terharu.
Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat yang memberi ucapan di wassap, facebook, instagram, twitter dan yang menulis di blog. Terima kasih juga atas doa dan semuga malaikat mendoakan yang lebih baik untuk kalian. Ucapan dari Jaws Ismail paling menyentuh hati.
Selamat hari jadi kepada Denaihati Ilhamku. Lama tidak ketemu dan bertegur sapa. Mentor yang banyak mengajarku tentang perjuangan dalam perniagaan. Antara yang aku ingat, kita selalu menyalahkan kerajaan di atas kehidupan yang makin susah dan sempit tapi sedangkan diri kita tidak berusaha untuk menjadi lebih baik. Kekadang apa yang berlaku di sekeliling kita bukan salah orang lain. Salah diri sendiri. Karma akan mengejar kita kembali. Dan bagaimana untuk menjadi boss yang baik dalam menguruskan manusia. Bila kita jadi boss, baru kita faham hakikat sebenar. Saya mohon maaf di atas segala silap salah, halalkan semua yang telah di berikan kepada saya selama ni. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki, di beri keberkatan dalam kehidupan dan sentiasa berjaya dalam perniagaan.
Terima kasih ALLAH kerana masih menghidupkan aku dan memberi nikmat iman dan Islam serta segala keindahan hidup susah dan senang, Semuga sisa hidup yang akan datang akan menjadikan kita semua manusia yang memberi manafaat kepada agama dan seluruh alam.
46 Comments
sambutan hari jadi saya pun biasa2 shj. selalu sambut dgn family, kakak buat kek dan mak masak hidangan fav. hoho!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap
cantik warna tema hari jadi ni. mmg hebat team DH rancang tanpa pengetahuan boss.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap
bahagia bisa menghabiskan hari-hari bersama orang yang disayangi setiap harinya
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Alhamdulillaah Wa Syukru Lillaah, Semoga Allah Swt sentiasa memberkati tuan admin. Aamiin.
Curahan rasa Agent Wisata Bromo @ ..PAKET WISATA BROMO RANU KUMBOLO TREKKING
semoga terus menerus memberi manfaat kepada kami ya. semoga panjang umur dan dimurahkan lagi rezeki!
Curahan rasa faezahjalil @ ..Nak jadi ahli keluarga Shaklee saya tak?
alhamdulillah.. smoga terus succes dlm kerjaya blog dan berjaya dunia akhirat
Manusia adalah kumpulan hari hari-hari bila berlalu satu hari maka berlalu lah ia dan tak akan kembali semoga berada dalam jalan lurus dan beroleh Ridha Allah SWT dunia dan Akhirat
Curahan rasa islam di dadaku @ ..10 Tips Ramping Tanpa Diet
semoga Allah rahmati usia yang telah berlalu dan yang akan datang in shaa Allah.. happy sokmo 🙂
Curahan rasa Safiya @ ..Cara Main Masteria: Sangat Mudah, Kanak-kanak Pun Mampu Jadi Master!
Alhamdulillah..nampak ceria semua orang.. happiness must be shared baru rasa kan 🙂
Curahan rasa Safiya @ ..Pengalaman Main Supermom Masteria Yang Buat Semua Teruja
Alhamdulillah…. semoga denaihati akan terus dimurahkan rezeki dan terus berkembang maju dalam usaha meningkatkan kesedaran rakan blogger yang lain….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..MEE BANDUNG UDANG GALAH FOODCOURT RASA ALAMADA PUTRAJAYA
perasan juga tentang tarikh ini di facebook… saja buat tak tahu. semoga belum terlewat untuk rakaman ucapan selamat ulang tahun. Semoga dimurahkan rezeki yang berkat dan dipanjang umur dalam kesejahteraan untuk terus berbakti….
Curahan rasa yangbaik @ ..Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant
semoga panjang umur bro dan terus sihat untuk teruskan perjuangan bro…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sakit Lutut
Saya pun selalu sambut harijadi seorang diri. Alangkah seronoknya jika dibuat birthday surprise dari famili, kawan-kawan dan orang yg tersayang kan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara untuk mengelak dari digigit nyamuk
Selamat hari Jadi Encik Denaihati. Semoga sukses dan gembira selalu! 😉
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara untuk mengelak dari digigit nyamuk
Comments are closed.