Sally Yen Menghina Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, media sosial seperti Facebook sudah menjadi wadah untuk melepaskan geram kepada yang kurang faham tentang konsep kebebasan beragama di Malaysia. Sudah banyak kes penghinaan Islam yang berlaku di media sosial khasnya Facebook. Kalau sebelum ini heboh kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menunjukkan gambar duduk di atas Kaabah dengan berpakaian seksi. Sebelum itu tersebar luas video Benjamin Stephen di Youtube yang dengan jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Malaysia sebuah negara demokrasi dengan Islam agama rasmi dengan membenarkan rakyat beragama lain mengamalkan agama dengan bebas. Sikap saling menghormati antara agama sangat penting untuk menjaga batas-batas susila beragama supaya tidak berlaku kecelaruan dalam bermasyarakat. Perbezaan beragama bermakna ada perbezaan kefahaman antara penuntut setiap agama. TIndakan menghina agama lain kerana perbezaan kefahaman pasti akan membawa kesongsangan dalam hubungan masyarakat majmuk Malaysia.

Tindakan Sally Yen mengikut sumber INI mengulangi beberapa watak durjana sebelum ini menghina Islam pasti membawa rasa marah di kalangan umat Islam di Malaysia. Mengunakan Facebook dengan berani dan pasti dengan akaun samaran Sally Yen merasakan selamat untuk menghina Islam.

Sally Yen hina Islam

Tindakan yang sangat keras mesti diambil oleh Kerajaan kepada siapa juga Sally Yen sebagaimana Kerajaan mengambil tidakan keras kepada Melissa Goi yang menghina Yang Di Pertuan Agong. Mengikut rekod (kalau salah tolong betulkan) kebanyakan watak di Facebook yang menghina Islam terlepas begitu sahaja. Kami pasti siapa pun dibelakang sebuah akaun Facebook dengan nama samaran pasti dapat dikesan.

Sally Yen hina Islam

Malaysia memang negara demokrasi tetapi demokrasi pun ada batasnya kalau dibiarkan watak-watak penghina Islam berleluasa di alam maya Malaysia sangat dikhuatiri tindakbalas penghinaan kepada agama lain akan berlaku dan ini pasti akan menjadikan keharmonian yang telah dibina berpuluh tahun akan hancur begitu sahaja.

Perjuangan kebebasan yang melampau kekadang menjadikan manusia fikir mereka ingin bebas dan sesuka hati bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan implikasi kepada masyarakat. Mencabar undang-undang menjadi keseronokan untuk menjadi popular walaupun bukan disukai oleh majoriti. Kekadang orang tua yang mengajar orang muda menjadi kurang ajar.


Spread the love

121 Comments

  1. terlalu mengkaji Islam tapi tak mendalami Islam beginilah jadinya.. berladaskan apa yg di baca semata-mata.. tapi tak guideline dari orang bija pandai.. guna 1-2 rujukan tak mencukupi… Islam untuk diamalkan.. kena kaji jugak kenapa ada lagi Nabi selepas ISA … dan cuba kaji pulak kenapa wujudnya NABI MUHAMMAD? kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan di duga…

    saya pasti si penghina Islam pasti ada lagi silih berganti..
    Curahan rasa Potia Casadelarossa @ ..Live Streaming Johor Darul Takzim (JDT) VS lawan Kelantan 29 Jun 2013My Profile

  2. Saat saya di hina oleh muslim dan bukan muslim,,
    saya pujuk hati saya dengan ayat sebahagian dari
    orang kafir itu,tetapi bukan semua,, ialah syaitan,,
    dan syaitan iblis mas’ud itu sentiasa hasud orang
    termasuk muslim buat kerja jahat umpat keji hina orang,,
    tunggu balasan di akhirat,,walau lambat tetapi tunggu jua,,,
    takkan lari gunung di kejar,

    seronok suka kenakan @ umpat keji orang di dunia
    cuma sementara,,bolehkah sampai kiamat itu,,
    semoga Allah beri sejuta keinsafan buat orang yang suka
    ikut telunjuk Syaitan@iblis Mas’ud,,seperti si Sally Yen ,,,
    sekian,,,

  3. Ya Allah…Selamatkanlah Malaysia…..sesungguhnya negara kita adalah negara yang paling aman didunia….namun kini kerana ideologi dan nilai murni yang makin terkikis dalam diri ianya bakal menjadi medan kehancuran kita kelak……
    Curahan rasa PokCIk @ ..JDT oh JDTMy Profile

  4. kerajaan dan jabatan berkenaan tak bertegas..lebih pentingkan manusia berpangkat dari ketetapan yang Allah dah tetapkan. tu yang diorang berani kutuk sebab tak ada tindakan akan dibuat..hanya DOA dari kita akan menyedarkan dia..Insyallah

  5. speechless.. speechless dgn tohmahan dan cacian yg dilemparkan kpd agama Islam…. pendeknya akal sampai boleh berkata kata tanpa usul periksa?… apa kata belajar dulu tentang agama Islam, kaji dahulu…..ayat yg dilemparkan menggambarkan dia teramat jahil sekali akan soal agama…tak bijak langsung menyusun ayat !

    Mana mana agama dilarang utk menghina agama lain….so harap insan insan macam tu, berhentilah mengutuk sembrono . peace
    Curahan rasa sha @ ..Wordless Wednesday : No Camera PleaseMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!