Salam Maal Hijrah 1435H permulaan sebuah pengorbanan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hijrah ini bukan sahaja untuk Rasulullah SAW tetapi juga untuk kita apabila keadaan memerlukan. Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah setelah perjuangan Baginda lebih kurang 13 tahun di Mekah mendapat tentangan hebat daripada rakan dan keluarga terdekat. Pelbagai penderitaan telah Baginda lalui sepanjang 13 tahun menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk Kota Mekah. Penderitaan yang tidak terbayang oleh akal manusia yang Baginda dan pengikut-pengikut yang tidak sampai 100 orang lalui adalah pengorbanan untuk agama Allah.

Banyak yang boleh kita pelajari dan contohi daripada kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Aku sendiri mengambil kisah ini bukan sekadar sebagai satu kisah untuk dinostalgiakan tetapi sebagai contoh yang mesti diamalkan.

KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN CARA MUDAH

Pada akhir tahun 90-an keadaan ekonomi keluarga agak meruncing dengan hutang keliling pinggang terutama hutang tiga kredit kad. Meminjam lagu Salleh Yaakob, “gali lubang korek lubang, pinjam wang bayar hutang“. Bermacam-macam usaha dibuat untuk menguruskan masalah kewangan yang sangat menyesakkan dada dengan bekerja siang dan malam. Semua usaha tidak menjadi. Keadaan menjadi lebih parah apabila perniagaan diceburi juga tidak mendatangkan keuntungan malah menambah hutang. Memang bingung fikiran sehingga dah tak tahu nak buat apa.

hutang kad kredit

Suatu hari aku mendapat nasihat daripada seorang rakan yang bersimpati dengan nasib aku dan keluarga. Beliau mencadangkan aku berhijrah ke tempat baru mencari aura dan suasana baru yang mungkin boleh mengubah nasib mengambil iktibar penghijrahan Rasulullah. Nak berpindah randah ini bukan mudah terutama nak mencari rumah yang sesuai dengan bajet yang terhad dan jarak tempat kerja. Demi rasa ingin mengubah nasib yang malang maka aku gagah diri berhijrah ke lokasi baru membawa keluarga. Tidak sia-sia pengorbanan bersusah payah berpindah ke rumah baru yang sangat meletihkan.

Alhamdulillah dua bulan selepas mendapat nasihat dari sahabat aku dan keluarga telah berpindah ke rumah baru. Memang betul tempat baru dengan aura baru, persekitaran baru dan jiran baru telah mengubah nasib aku dan keluarga. Rezeki masuk tanpa henti dan setiap projek yang dibuat semuanya menjadi. Syukur kepada Allah SWT yang telah memberi ilham dan memberi kekuatan untuk berhijrah ke tempat baru.

Kepada kawan-kawan yang sedang melalui berbagai masalah mungkin masalah ekonomi, mungkin masalah keluarga atau masalah lain-lain, HIJRAH adalah satu cara untuk mengubah nasib diri. Rasulullah SAW telah membuktikan pengorbanan berhijrah dari Mekah ke Madinah telah menjadikan Islam lebih kuat sehingga menakluki sepertiga dunia. Kenapa pula kita umat kepada Baginda Rasulullah tidak mahu mengikut contoh tauladan dan sunnah yang telah ditunjukkan?

Salam Maal Hijrah 1435H. Jangan takut untuk berubah kerana pengorbanan untuk berhijrah ikhlas kerana Allah pasti mendapat balasan yang setimpal. Hijrah memang susah dan perlu pengorbanan seperti hijrahnya artis.


Spread the love

36 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ni bro. Buat renungan dan panduan pada kita semua. Sering saya beritahu anak-anak dan rakan-rakan agar jangan ‘sombong’ dan pandang rendah terhadap mereka yang miskin dan bermasaalah. Kita tak tahu akan masa depan hidup kita. Hidup ibarat roda dan boleh di atas dan di bawah.

    Kalau di atas jangan ego dan bantu mereka yang bermasaalah. Kalau di bawah, jangan putus asa dan mencuba atau berhijrah seperti kata bro.
    Salam Maal Hijrah bro…
    Curahan rasa Ismail N @ ..ISTAF Super Series: Thais Edged Malaysia In FinalMy Profile

  2. Assalamualaikum…Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru di Bulan Awal Muharam. Kemaafan dipinta di atas segala silap dan salah disepanjang persahabatan kita untuk Denaihati dan juga rakan-rakan lain.

    Ramai dah berhijrah dari kampung ke bandar, membina hidup baru. Berniaga di bandar besar dan Alhamdulillah…sekarang dah boelh hidup sederhana, nak dikatakan senang sangat tak lah juga. Kisah ini adalah daripada kisah kakak saya. Dia sekarang berniaga menjual nasi kukus.

    Sementara saya ni hanyalah mencari makan dgn bekerja dgn majikan. Bekerja dlm bidang sama semenjak tahun 1989 lagi hinggalah sekarang, bekerja bidang (pembuat kek) ni hinggalah sekarang, tak pernah tukar bidang kerja lain.

    Nak tanya di sini? Patutkah berhijrah dari segi pekerjaan atau berhijrah ke bandar besar dgn kerja yang sama atau berhijrah ke bandar dgn mencari pekerjaan baru?

    Bila difikirkan keluarga, anak-anak, dan bajet yang tidak seberapa ada, perkara ni selalu saja terbantut dan tergendala.

    Persolana ini sering saya bermain di fikiran. Boleh rakan-rakan semua beri cadangan? Apakah tindakkan yang perlu saya ambilkan?
    Curahan rasa kamil salleh @ ..Ucapan Salam Maal Hijrah Atau Awal Muharam 1435H / 2013 | 2014 MasihiMy Profile

  3. Semoga kita bisa mencontoh segala sunnah kebaikan dari Rasulullah SAW termasuk dalam artian hijrah dari hal yang kurang baik (buruk) ke hal-hal yang baik dan positif aamiin..aamiin.
    Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Medinah adalah demi penyebaran agama Islam dan alhamdulillah setelah hijrah ke Medinah Islam berkembang dengan pesat kala itu
    Curahan rasa Ferry @ ..Kemuliaan Keutamaan Bulan MuharramMy Profile

  4. Alhamduliilah cara berhijrah ini nampak simple aje tetapi memberi impak yang besar.

    ‘Rasulullah telah membuktikan pengorbanan berhijrah dari Mekah ke Madinah telah menjadikan Islam lebih kuat sehingga menakluki sepertiga dunia. Kenapa pula kita umat kepada Baginda Rasulullah tidak mahu mengikut contoh tauladan dan sunnah yang telah ditunjukkan?’
    Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Latest FB Ads Marketing Missing ChapterMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!