Salam Maal Hijrah 1435H permulaan sebuah pengorbanan
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hijrah ini bukan sahaja untuk Rasulullah SAW tetapi juga untuk kita apabila keadaan memerlukan. Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah setelah perjuangan Baginda lebih kurang 13 tahun di Mekah mendapat tentangan hebat daripada rakan dan keluarga terdekat. Pelbagai penderitaan telah Baginda lalui sepanjang 13 tahun menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk Kota Mekah. Penderitaan yang tidak terbayang oleh akal manusia yang Baginda dan pengikut-pengikut yang tidak sampai 100 orang lalui adalah pengorbanan untuk agama Allah.
Banyak yang boleh kita pelajari dan contohi daripada kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Aku sendiri mengambil kisah ini bukan sekadar sebagai satu kisah untuk dinostalgiakan tetapi sebagai contoh yang mesti diamalkan.
KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN CARA MUDAH
Pada akhir tahun 90-an keadaan ekonomi keluarga agak meruncing dengan hutang keliling pinggang terutama hutang tiga kredit kad. Meminjam lagu Salleh Yaakob, “gali lubang korek lubang, pinjam wang bayar hutang“. Bermacam-macam usaha dibuat untuk menguruskan masalah kewangan yang sangat menyesakkan dada dengan bekerja siang dan malam. Semua usaha tidak menjadi. Keadaan menjadi lebih parah apabila perniagaan diceburi juga tidak mendatangkan keuntungan malah menambah hutang. Memang bingung fikiran sehingga dah tak tahu nak buat apa.
Suatu hari aku mendapat nasihat daripada seorang rakan yang bersimpati dengan nasib aku dan keluarga. Beliau mencadangkan aku berhijrah ke tempat baru mencari aura dan suasana baru yang mungkin boleh mengubah nasib mengambil iktibar penghijrahan Rasulullah. Nak berpindah randah ini bukan mudah terutama nak mencari rumah yang sesuai dengan bajet yang terhad dan jarak tempat kerja. Demi rasa ingin mengubah nasib yang malang maka aku gagah diri berhijrah ke lokasi baru membawa keluarga. Tidak sia-sia pengorbanan bersusah payah berpindah ke rumah baru yang sangat meletihkan.
Alhamdulillah dua bulan selepas mendapat nasihat dari sahabat aku dan keluarga telah berpindah ke rumah baru. Memang betul tempat baru dengan aura baru, persekitaran baru dan jiran baru telah mengubah nasib aku dan keluarga. Rezeki masuk tanpa henti dan setiap projek yang dibuat semuanya menjadi. Syukur kepada Allah SWT yang telah memberi ilham dan memberi kekuatan untuk berhijrah ke tempat baru.
Kepada kawan-kawan yang sedang melalui berbagai masalah mungkin masalah ekonomi, mungkin masalah keluarga atau masalah lain-lain, HIJRAH adalah satu cara untuk mengubah nasib diri. Rasulullah SAW telah membuktikan pengorbanan berhijrah dari Mekah ke Madinah telah menjadikan Islam lebih kuat sehingga menakluki sepertiga dunia. Kenapa pula kita umat kepada Baginda Rasulullah tidak mahu mengikut contoh tauladan dan sunnah yang telah ditunjukkan?
Salam Maal Hijrah 1435H. Jangan takut untuk berubah kerana pengorbanan untuk berhijrah ikhlas kerana Allah pasti mendapat balasan yang setimpal. Hijrah memang susah dan perlu pengorbanan seperti hijrahnya artis.

