Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur teramat sangat kerana ALLAH pilih kami untuk berpuasa 29 hari di bulan Ramadhan 1435H. 1 Syawal menjelang lagi tanda kemenangan bermujahadah sebulan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi patuh dengan berbagai perintah ALLAH. Azam kita untuk mengamalkan semua ilmu yang kita pelajarai di Madrasah Ramadhan 2014 di dalam keseluruhan kehidupan sepanjang sebelas bulan akan datang menjelang Ramadhan 1436H.
Syukur tahun ini masjid dan surau sentiasa dipenuhi jemaah sehingga ke akhir Ramadhan satu suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Semuga amalan kita diterima dan menjadi asbab untuk kita jadi lebih dekat dengan ALLAH.
تقبل الله منا ومنكم
SALAM AIDILFITRI 1435H / 2014 dari kami sekeluarga dan keluarga Denaihati Network.
Semoga Allah menerima semua amalan-amalan kita dan semoga kita dipertemukan lagi di Ramadhan 1436H. Mohon Maaf Zahir & Batin di atas segala salah silap setahun mengendalikan Denaihati Network mungkin ada tersilap penulisan, terkasar bahasa yang menguris hati perasaan dan halalkan makan serta minum sepanjang majlis yang kami sertai.
Dalam kita bergembira di Aidilfitri 2014 jangan lupa kepada yang fakir, miskin dan anak yatim teruskan sifat baik suka memberi yang kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Tidak juga kita lupakan kepada keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17. Kesedihan mereka juga adalah kesedihan kita. Teruskan berdoa dan bermunajat untuk saudara Islam kita di Gaza, Syria, Sudan dan banyak lagi negara lain yang sedang ditindas dan dibantai oleh musuh Islam.
Semuga segala kesukaran ini akan menjadikan kita umat Islam yang lebih kental dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Islam mungkin kalah dipandangan mata dunia tetapi tidak di sisi ALLAH swt.
94 Comments
semoga aidil fitri yang kita raikan jadi pemangkin kepada silaturahim di antara keluarga dan sanak saudara.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
arwah datuk dan nenek saya sudah tiada, kini aidil fitri tidak semeriah dahulu lagi.
Curahan rasa ikhwan @ ..7 Punca Resume Anda Dihumban Ke Longkang
lengkap team denaihati ada melastik bintang , kid, anarm dan eizil satu lagi siapa ya belum kenal nama lagi
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
Aidil Fitri semoga kita bisa jumpa lagi masa yang akan datang karena begitu semaraknya hari itu
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
Kali kedua beraya tanpa ibu tersayang,masih lagi menyesuaikan diri dengan ketiadaan arwah.Tapi hati seorang ayah pun perlu dijaga juga.Meraikan ayah bersama dengan adik beradik yg lain
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
selagi ada salah satu dari mereka..haruslah kita menggembirakan mereka..ibu dan ayahlah yang banyak berjuang untuk besarkan kita
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
hari ahad ni kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha…moga semua selamat perjalanan balik dan pulang dari kampung
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Jalan sesak sepanjang perjalanan pulang ke kampung hari raya aidiladha yg lepas.tapi puas hati sebab dapat berjumpa dengan ayah tersayang
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
saya nampak kembar izzue islam kat situ.. hehe.. brader melastik bintang.. antara blogger yang dikenali
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Dah dekat dua bulan hari raya aidilfitri berlalu. Beraya dengan keluarga adalah satu momen yang tak patut dilepaskan oleh semua orang, Tapi hari raya aidiladha yang akan datang, saya tak dapat pulang ke kampung kerana tuntutan kerja,
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 23: Kerjaya Lain Yang Nik Impikan
betul-betul,hari raya memang dah lama berlalu..sekejap sangat masa berlalu..tak sabar nak bertemu ramadhan di tahun hadapan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
biasanya ramadhan lah yang paling dirindui.. suasana sebulan yang berbeza dengan bulan-bulan lain.. kan..
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
bayangkanlah kalau dah biasa beraya dengan family, tiba-tiba ada setahun ni tak dapat beraya bersama.. perghh… mesti tangkap sayu lah
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Sampai Dari Semenanjung, Terus Cari Kek Lapis Basah
aidilfitri dah berlalu kini aidiladha datang menjelma walaupun di sambut dengan kesederhanaan..mari lah kita berdoa semoga jemaah haji di tanah mekah dapat menunaikan ibadahnya dengan sempurna amin
Curahan rasa adna2029 @ ..Keputusan Pra Merdeka Contest Dah Keluar
jom fokus untuk aidiladha yang bakal menjelang ini pula.. peluang untuk bertemu sekali lagi dengan saudara mara, sahabat handai dan yang penting, ahli keluarga
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Hari raya tahun ini, sungguh ramai yg ambil gambar berselfie! Inilah trend semasa…Nice pic tuan dh! 🙂
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
2014 tahun selfie. Macam dah jadi kemestian pulak kan, Selfie tak salah tapi kena berpada-pada jugak. sebab nik tengok trend selfie anak-anak gadis sekarang ni dah macam melampau sangat.. huhuhuuuh. tapi selfie macam Tuan DH ni okey lah. hhhiih
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 23: Kerjaya Lain Yang Nik Impikan
er.. tiba-tiba teringat kat isu selfie yang jadi viral di alam maya tu.. semoga dijadikan pengajaran dan peringatan untuk kita di masa akan datang
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
teringat tentang selfie yang menjadi viral dan isu hangat dulu.. semoga dijadikan pengajaran dan peringatan buat kita di masa akan datang
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Selfie ni kena berpada juga,ni semua tempat nak berselfie..kalau macam tuan DH ok.smart!!!
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
memang pada dasarnya team denaihati memang smart dan semua fotogenic
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
Terpegun tengok Jubah kuning yang cantik tu. Moga ada rezeki untuk bertemu Syawal pada tahun hadapan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Comments are closed.