Salam AidilFitri 1431 dari jauh ku pohon maaf

Spread the love

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri 1431 1Dunia, alhamdulillah tahun ini tahun pertama berhari raya bersama mertua dan tahun kedua menyambut Aidilfitri bersama keluarga setelah berada di perantauan kembara di negara orang untuk beberapa tahun. Kerana itu aku selalu dapat merasai luahan tersembunyi di hati kak jie yang berjauhan dengan suami. Di saat lebaran adalah saat yang paling memilukan apabila berjauhan dengan keluarga terutama apabila mendengar takbir hari raya. Ada ketikanya sengaja aku mengelak untuk mendengar takbir hari raya dan melalui kehidupan seperti tiada apa yang berlaku.

Keluarga adalah segalanya selepas Allah dan Rasulullah.

Isteri dan anak-anak gembira dalam kekosongan bersama keluarga ketika aku tiada di sisi jauh beribu batu di perantauan. Pada mulanya kami sering juga bervideo cam tetapi aku tak boleh tahan bila anak bungsu aku selalu cakap kepada sepupunya ketika bervideo cam “ini ayah kita tau, ini ayah kita tau” ada kerinduan yang amat sangat dalam kata-katanya. Itulah bijak pandai ada berkata “kita hanya menghargai sihat bila kita sakit” begitu juga “kita hanya dapat menghargai kasih sayang apabila berjauhan”. Nasihat kepada para suami kasih dan sayangilah keluarga anda kerana itu adalah amanah dari Allah swt. Keluarga adalah pintu untuk ke syurga sebagaimana ibubapa juga pintu ke syurga kepada anak-anak. Lupakan kerja yang tidak pernah akan habis untuk 2-3 hari. Ketika itu baru aku tahu sentuhan lagu “Dendang Perantau” dan “Dari jauh ku pohon maaf”. Dalam kejauhan baru aku rasakan bahawa duit bukan segalanya untuk berjaya dunia dan akhirat.

get your free blog banner at emilayusof.com

Untuk semua pengunjung setia blog denaihati dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan 1Dunia serta teman-teman Malaysia di perantauan aku menghulur sepuluh jari memohon maaf sekira ada tulisan, tweet dan share aku yang menguris hati dan meresahkan jiwa. Aku cuba sedaya upaya untuk memberi apa yang terbaik.

Salam AidilFitri dari jauh ku pohon maaf zahir batin berhati-hati di jalan raya.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

110 Comments

  1. Selamat hari raya juga buat denaihati. Betul kata denaihati, ada kalanya kita terlupa apa yang lebih penting. Masa bersama yang tersayang adalah lebih berharga dari wang ringgit dan lain-lain.
    Curahan rasa Jali @ ..Salam Aidilfitri 2010My Profile

  2. Belajarlah kepada ulat bulu yang sangat menjijikkan. Ketika ia bertekad untuk berpuasa dengan masuk ke dalam kepompong, dan di dalam kepompong selama tigapuluh enam hari hanya berzikir, maka ketika keluar dari kepompong, ia sudah berubah total dari ulat bulu yang menjijikkan menjadi kupu-kupu yang indah mengundang kekaguman melihat keelokannya.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang BahagiaMy Profile

    1. Seperti kupu-kupu itulah makna Idul Fitri bagi anak-anak Amalia, penuh keindahan dan kebahagiaan itu terpancar dari wajah mereka dengan penuh senyuman sudah bersiap dengan baju barunya. Airmata kami mengalir melihat wajah penuh senyum ketulusan mereka. ‘Ya Alloh limpahkan mereka kebahagiaan di dalam menyambut hari nan fitri..’
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang BahagiaMy Profile

    1. Semua amal ibadah menjadi berlipat ganda, pintu sorga menjadi terbuka, syaithon-pun menjadi tidak berdaya Namun setelah Ramadhan tiada, semoga kami tetap bisa tetap menjaga, untuk sepanjang masa dan tidak menjadi sia-sia dari setiap makna yang kami terima.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang BahagiaMy Profile

      1. Dan semoga setelah sebulan melakukan Riyadlotun Nafs (olah jiwa), Himyah (penjagaan) dan Junnah (perlindungan) kami semakin kokoh, untuk tidak selalu mengikuti godaan hawa nafsu, dan semoga bisa senantiasa Imsak dan Wara’.

        1. Kita menyadari, di dalam diri ini masih saja ada sifat iri, dengki, rasa benci, kurang instrospeksi, kurang mawas diri, kadang kurang berempati, kurang punya rasa peduli. Oleh karenanya Ya Ilahi Rabbi, di hari nan fitri ini, ampuni dosa dan kesalahan kami, dosa ibu bapak kami, para leluhur kami, guru-guru kami, para pejuang dan pahlawan kami, pemimpin kami dan semua saudara-saudara kami sebangsa dan setanah air, kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, mimmasyaaarikil ardli ilaa maghaaribihaa.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang BahagiaMy Profile

  3. Tuk setiap tutur yang khilaf, tuk setiap perangai yang membekas, tuk segenap kerak di hati yang tak kunjung luruh ku mohon maaf. Bila ada langkah membekas luka, bila ada kata menggores dusta, Dengan sepenuh jiwa, seikhlas niat,sepenuh hati dan sebening embun yang telah dibasuh di bulan suci . Taqobal ya karim, moga ramadhan thn ini dpt mjadi bekal d khidupan 11 bln mendatang, dan qt tdk mbuat ksalahn yg sm lg. Moga qt selalu istiqomah dijlnNya. Amien
    “SELAMAT IDUL FITRI1431H”Minal aidin wal faidinMohon maaf lahir batin.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang BahagiaMy Profile

  4. Selamat hari raya bro DH, maaf zahir dan batin yer..semoga ceria n berbahagia selalu di hari raya .. 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!