Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selepas IPO Felda Global Ventures Holding kini IPO IHH Healthcare Berhad (IHH) menjadi buruan para pelabur. IHH adalah sebuah syarikat pengendali rangkaian perubatan swasta ke dua terbesar di dunia yang dikuasai oleh Khazanah Nasional Sdn Bhd. Harga tawaran saham IHH pada RM2.85 di Malaysia dan SGD1.18 di Singapore dengan jumlah tawaran sebanyak 2.23 billion yang merupakan tawaran ke tiga terbesar di dunia selepas Facebook dan FGVH.
360 juta saham IHH ditawarkan untuk langganan pelabur Bumiputera yang perlu memohon melalui MiTi. Pemohonan langganan saham Bumiputera untuk saham IHH seperti juga untuk saham yang lain yang mesti mengikuti syarat-syarat MiTi yang telah ditetapkan. Pemohonan saham IHH untuk langganan Bumiputera akan tamat pada 5/7/2012. Kepada yang telah memohon saham IHH boleh memeriksa status secara online di Status Pemohonan Saham MiTi. Kepada yang belum mendaftar dengan MiTi boleh belajar cara daftar di Cara Mendaftar Saham Bumiputera.
Kepada pelabur yang terlepas peluang langganan Bumiputera saham IHH masih ada peluang dengan langganan awam. Kepada Rakan Blogger yang belum pernah terlibat sebenarnya tak susah mana pun. Pertama kena buka akaun CDS di syarikat broker berhampiran bukan mahal mana pun hanya RM10 sahaja. Nak beli saham bukan kena tunggu ada duit juta-juta, kita boleh bermula dari jumlah yang kecil kemudian perlahan-lahan akan jadi banyak. Untuk saham IHH satu lot harganya RM2850. Kalau kita memohon 5 lot maknanya RM2850 x 5. Kalau ditakdirkan permohonan kita gagal duit tersebut akan dipulangkan kembali ke dalam akaun bank kita. Sekarang nak memohon beli saham mudah boleh beli lansung dari akaun bank tak perlu nak buat cek atau money order seperti dulu. Nak tahu cara beli saham IHH melalui bank boleh baca entri “Beli saham dengan Maybank2u“.
Beli saham langganan baru seperti saham IHH memang tak ada risiko rugi sebab syarikat ini dikendalikan Khazanah Nasional jadi pastilah akan untung pada hari pertama cuma berapa banyak tu bergantung kepada keadaan pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) ketika disenaraikan pada 25/7/2012. Sama seperti saham Felda setelah di senaraikan harganya terus naik sedikit demi sedikit. Ada analisa yang menjangkakan saham IHH akan melebih prestasi saham Felda di hari pertama penyenaraian.
Pada awal penglibatan aku melanggan saham dulu aku dan beberapa kawan buat tabung sebab masing-masing kekurangan dana. Setiap kali ada saham baru kami akan bergilir mengguna nama. Mungkin formula ini boleh digunakan oleh Rakan Blogger yang nak melibatkan diri tapi kurang dana. Yang penting mesti jujur dan jangan tamak.
Jangan lepaskan peluang memohon langgan awam saham IHH Healthcare Berhad.
Harga terkini IHH Healthcare Berhad (Klik)
153 Comments
Hasil dituai penuh berguni,
Mendapat hasil di paras tinggi,
Saham dibeli ada waktunya naik lagi,
Jangan ketinggalan mendapatkan kini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Saham ini pasti naik lagi,
Sama dengan FGVH yg terdahulu,
Ada kewangan bolehlah beli,
Pasti dpt untung bila saham naik selalu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Satu saham Felda Global Ventures Holding,
Satu lagi IHH Healtcare Berhad didagangkan,
Kedua-dua saham yg mendatangkan untung,
Kepada pelabur yang dah mula berkenan….teruskan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Sepertinya prospek bagus yah, wah kalau da dana bisa ikutan beli nih. Salam
Curahan rasa BikinHoki @ ..JSS Tripler Going Strong
Memang prospek menanam saham di IHH heathcare bagus sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Askep Hepatitis
Bagus gak saham IHH… Pilihan kedua pelabur selepas FGVH hari tu.
Kedua-duanya dirasakan akan mendatangkan keuntungan.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Mini Legoland
Sepertinya bagus dan menarik sahabat sahamnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Askep Hepatitis
memang berminat. tapi rezeki masih belum tiba. insyaAllah. ada rezeki akan ceburkan diri. insyaAllah. nanti minta saudara DenaiHati tunjuk ajar ye. 🙂
Curahan rasa riffzam @ ..Musik : The Legendary Concert 2012
dari tetangga sebelah..
ijin nyimak dulu ya untuk sahamnya..
mesti beli nih…
Curahan rasa dinsblog @ ..Dividen KPF 18% bagi tahun berakhir 2011
belum bermula dengan saham.. kena belajar selok belok dulu ni
Curahan rasa syiela @ ..Gelagat Kembar.. mereka menghampiri 9 bulan
Pelaburan seumpama ini baik utk simpanan masa depan…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Malam Nisfu Syaaban
Sepakat dengan hal tersebut sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Askep Hepatitis
Terima kasih di atas perkongsian info ini..
Memang teringin nak beli saham ni.. Insya Allah kalau ada rezeki nanti boleh mengikuti jejak langkah rakans epejabat saya yang telah mempelbagaikan cabang pelaburan seperti rumah, perniagaan, emas, saham dan sebagainya..
Tapi buat masa ini saya terpaksa tangguhkan dahulu hasrat untuk membeli saham disebabkan belum ada budjet lagi.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Sebahagian Besar Rakyat Malaysia di bebani Hutang Rumah dan Kereta
Selamat pagi DH, bestnya rasanya ingin belajar camana nak beli saham dgn denai hati…..
bestnyaaa.. macam tengok mudah je nak beli saham nih.. kena study dulu…
Curahan rasa KiD @ ..Raja Kunyit Musang King Sungai Besar
Pelaburan yg menguntungkan patut disambar dgn cepat, keberhasilan saham ini adalah pengerak bursa saham Malaysia utk terus kukuh dan stabil di rantau asia Tenggara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Keuntungan pasti berlipatkali-ganda jika terus naik. Saham yg menyakinkan pelabur utk membeli saham IHH Healthcare Berhad.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Comments are closed.