Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selepas IPO Felda Global Ventures Holding kini IPO IHH Healthcare Berhad (IHH) menjadi buruan para pelabur. IHH adalah sebuah syarikat pengendali rangkaian perubatan swasta ke dua terbesar di dunia yang dikuasai oleh Khazanah Nasional Sdn Bhd. Harga tawaran saham IHH pada RM2.85 di Malaysia dan SGD1.18 di Singapore dengan jumlah tawaran sebanyak 2.23 billion yang merupakan tawaran ke tiga terbesar di dunia selepas Facebook dan FGVH.
360 juta saham IHH ditawarkan untuk langganan pelabur Bumiputera yang perlu memohon melalui MiTi. Pemohonan langganan saham Bumiputera untuk saham IHH seperti juga untuk saham yang lain yang mesti mengikuti syarat-syarat MiTi yang telah ditetapkan. Pemohonan saham IHH untuk langganan Bumiputera akan tamat pada 5/7/2012. Kepada yang telah memohon saham IHH boleh memeriksa status secara online di Status Pemohonan Saham MiTi. Kepada yang belum mendaftar dengan MiTi boleh belajar cara daftar di Cara Mendaftar Saham Bumiputera.
Kepada pelabur yang terlepas peluang langganan Bumiputera saham IHH masih ada peluang dengan langganan awam. Kepada Rakan Blogger yang belum pernah terlibat sebenarnya tak susah mana pun. Pertama kena buka akaun CDS di syarikat broker berhampiran bukan mahal mana pun hanya RM10 sahaja. Nak beli saham bukan kena tunggu ada duit juta-juta, kita boleh bermula dari jumlah yang kecil kemudian perlahan-lahan akan jadi banyak. Untuk saham IHH satu lot harganya RM2850. Kalau kita memohon 5 lot maknanya RM2850 x 5. Kalau ditakdirkan permohonan kita gagal duit tersebut akan dipulangkan kembali ke dalam akaun bank kita. Sekarang nak memohon beli saham mudah boleh beli lansung dari akaun bank tak perlu nak buat cek atau money order seperti dulu. Nak tahu cara beli saham IHH melalui bank boleh baca entri “Beli saham dengan Maybank2u“.
Beli saham langganan baru seperti saham IHH memang tak ada risiko rugi sebab syarikat ini dikendalikan Khazanah Nasional jadi pastilah akan untung pada hari pertama cuma berapa banyak tu bergantung kepada keadaan pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) ketika disenaraikan pada 25/7/2012. Sama seperti saham Felda setelah di senaraikan harganya terus naik sedikit demi sedikit. Ada analisa yang menjangkakan saham IHH akan melebih prestasi saham Felda di hari pertama penyenaraian.
Pada awal penglibatan aku melanggan saham dulu aku dan beberapa kawan buat tabung sebab masing-masing kekurangan dana. Setiap kali ada saham baru kami akan bergilir mengguna nama. Mungkin formula ini boleh digunakan oleh Rakan Blogger yang nak melibatkan diri tapi kurang dana. Yang penting mesti jujur dan jangan tamak.
Jangan lepaskan peluang memohon langgan awam saham IHH Healthcare Berhad.
Harga terkini IHH Healthcare Berhad (Klik)
153 Comments
Kalau berminat boleh jugak ceburi bidang saham ni. Tapi kena juga ada ilmu saham kalau tak duit akan hilanglaaa….
Curahan rasa Shasha Catering @ ..Rempah dan Herba Untuk Kesihatan
kena belajar ni.pelan2 pasal saham ni
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Pendedahan Terkini Handphone Menjadi Sumber Pendapatan
Salam DH. Banyak portfolio dah simpan nih. Dah x larat dah. Cuma healthcare marginal gain/loss macam yo-yo – terlalu sensitif kepada keadaan semasa. Tak berani. Macam DH suggest – perladangan is one of the best.
Curahan rasa irsah @ ..Eyriqazz vs Denaihati : NamaSayaIKEA-SOP.
masih tak berani nak berjinak dengan saham.. byk nak kena belajar lagi.. nak mudah emas dan perak je la.. hehe
Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar speed trap ada di MYEG
tak tahu sgt bab2 saham ni…. pas ni kena blaja…..
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Tidak lagi Keseorangan – Bila Diri Di Sayangi
Beli saham sambil buka usaha baru, boleh jg lah…
tp apa nak bole buat, modal tak da…
so baca for nyari referensi jha…
Curahan rasa Edyn Laskar @ ..Cara Cepat Meningkatkan Alexa Rank + 5 Bintang
tak berani aku nak main saham ni bro…risiko tinggi wooo..he3x!!!
Curahan rasa yas @ ..[4] GAMBAR SHARIFAH SOFEA BERTUDUNG
mengenai saham lagi postingannya ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Belajar mengenal akan saham kembali
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pola Hidup Sehat
Good for future tapi jgn sampai melekakan kita nanti
bila saham tgh naik..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Bantuan mencari adik Izzat Saffuan hilang sejak semalam
Lebih baik leka main saham dari leka main FB heeee.
Curahan rasa denaihati @ ..Beli Blog Hosting mahal ke
Jom2 apply. *promote sebagai staff IMU, salah satu anak IHH* :p
Curahan rasa bubbles182 @ ..Madagascar 3 movie night out!
Staff IMU dapat share IHH ke?
dapat allocation je, duit tetap keluar sendri. tapi insyaAllah ambik. nak ada pengalaman beli saham 😀
Curahan rasa bubbles182 @ ..Madagascar 3 movie night out!
nak dapat allocation tu yg susah. Kalau ada kawan2 yang kurang duit contact lah boleh kita kongsi2 saham tu.
Curahan rasa denaihati @ ..Income Blog untuk apa
wah, kalau dpt allocated share utk saham IHH ni, mmg untung ni. actually byk syarikat2 swasta yg dpt kelebihan cmtu. mcm IPO Gas haritu pon ada je staf syarikat korporat lain dpt share tu. tp dgr citer yb2 politik xdiberikan share utk IPO Gas Malaysia. btol ke? bgs la kalau btol. huhu
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Rekaan Dapur Moden Australia Ilham Darren James
baru nak tulis pasal benda ni. hehe.. ada apply tak?
Curahan rasa ariff @ ..Demam Tapi Tak Nak Jumpa Doktor
Jom la apply… meramaikan pemegang saham IHH. hehe
Curahan rasa bubbles182 @ ..Madagascar 3 movie night out!
Mesti ada dan adalah bagi sikit kat team DH.
Curahan rasa Denaihati @ ..Saham IHH Healthcare Berhad terkini
camne nak apply ye?
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..IX Mirrors: Kreativiti Ron Gilad Pada 9 Buah Cermin Dinding
untuk langganan awam mudah je kalau ada akaun maybank2u > login > investment > eshare > apply
Curahan rasa denaihati @ ..Income Blog untuk apa
IHH Healthcare, salah satu operator rumah sakit terbesar di Asia, pada hari ini mengumumkan berencana meraup US$2 miliar atau setara dengan 6,4 miliar ringgit dari penawaran umum perdana di bursa Malaysia dan Singapura.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
IPO itu akan menjadi yang terbesar ketiga pada tahun ini setelah Facebook Inc. dan Felda Bhd, perusahaan Malaysia yang bergerak di industri minyak sawit
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Saham IHH direncanakan mulai diperdagangkan pada 25 Juli mendatang.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Perseroan akan melepas hingga 1,8 miliar saham, sementara pemegang saham lainnya, Abraaj Capital, akan menjual 435 juta saham dengan harga sekitar 2,85 ringgit
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Sekitar dua pertiga sahamnya telah dibeli oleh 22 investor institusi.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Adapun perusahaan investasi Malaysia, Khazanah Nasional memiliki 48% saham IHH yang mengoperasikan 30 rumah sakit di seluruh Asia hinga Turki.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
meski belum pernah melihat dan mesakan namanya saham tak salahpun menambah pengetahuan tentang hal ini
Curahan rasa smp3lembang @ ..9 Tempat Tujuan Bulan Madu terbaik Di dunia
Sama berarti sama saya bang Munir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Menambah pengetahuan baru serta wawasan dalam dunia saham
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
wah!!! kenapa la time2 macam ni kekeringan pulak..ehehee.. sayangnya.. kalau tak, dapat gak melabur sikit
Curahan rasa boni @ ..Aku Kacak
Tahu jugaklah ttg saham ni, tapi duit je tak ada. Sekadar ambil tahu, mana tahu kot jadi kaya sekelip mata, turun dr langit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Comments are closed.